.

Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

cooking.

assalamualaikum wbt.


a very tiring week for me.
assignments, presentations, quizzes, and also midterm exams.
minggu neh pon serabut jugak.
midterm exams sedang melambai-lambai untuk berjumpe.
hukhuk. takmo jumpe boleh? :P


semester neh i'm taking cooking skill 1.
semester lepas ambil counseling skill 1, 
so patutnya semester neh harus sambung counseling skill 2.
tapi rasa macam bosan je skill 2 tu. 
so i decided untuk tukar ambil cooking skill.
heee. seronok!


cooking class baru je bermula 2 weeks ago.
minggu pertama kelas kitorang belajar nak buat mee hailam.
tapi kitorang tolong Uncle Chef potong-potong dan sedia bahan je.
yang part masak-masak Uncle Chef yang masak.
kitorang memerhati sambil ambil bau. kehkeh. :P


last week kitorang diajar nak masak english breakfast.
bahan utama ialah telur.
muakkkkk sangat!
bayang laaa kitorang guna 9 biji telur pastu kena la makan kan sebab sape lagi nak makan kalau bukan kitorang? sobs. hahaha.


sunnyside by me. Uncle Chef kate good! heeee. :)

scramble egg on toast by gha. :)

french toast by lela. :)

akibat telur ada lebih, maka terciptalah omelette by gha. :D

our so-called-english-breakfast. ekeke

with lela. :D


sape-sape nak resipi gtaw laa eh. hahaha.
hopefully this week menu Uncle Chef ialah spaghetti!
takmo dah telurrrr.
mabuk rasa makan 9 biji. kikikiki.


p/s: tiket balik raya haji dah beli. 4th november! weeehuuuu~ ;))


p/s/s: tak perlulah nak keluarkan statement kentang putar kalau dah tahu diri tu salah. arasso? anda kelihatan sangat kelakar. 


p/s/s/s: ramai kate pucat. ade yang dapat detect i fake my smile. ada kate nampak effort untuk senyum tu tapi tak menjadi katenye. hahaha. adehh. harus gimana lagi dong? :P


p/s/s/s/s: ohh hari tu berpeluang jugak sertai IIUM Got Talent Iron Chef. kikiki. tapi kalah. cuba la lainkali menu tu jangan traditional sangat. lemah tol. hahaha :P


much love. ♥



Friday, August 26, 2011

biskut arab.

assalamualaikum wbt.


selamat bertemu dalam rancangan Riang Ria Biskut Raya. :P
menu kita hari ini ialah biskut arab warna warni ye.
dulu time kecik2 mama buat biskut arab warna putih je, 
pastu letak ceri merah cincang kt tengah. ekeke.


oleh kerana ada request daripada cikgu dan beberapa orang kawan minta share resepi biskut arab yang saya upload gambarnya semalam d Facebook,
maka saya pun sediakanlah entry khas ini. hihihi.




biskut arab versi saya. hehe.


Bahan A  
80g gula aising 
130g minyak sapi
Bahan B 
250g tepung gandum 
20g tepung jagung 
Caranya; 
1. ayakkan bahan B lepas tu ketepikan.  
2. sebatikan bahan A dan pukul biar kembang. (bagi dia bertukar cerah sikit warnanya) 
3. masukkan bahan B tadi. kacau dan uli bagi sebati. ( if adunannya mungkin lembik sedikit, tambah tepung gandum) 
4. bahagikan kepada 3 bahagian (neh ikot suka ye. if nak bg warna warni lagi, 4 pun boleh) dan masukkan pewarna kesukaan anda. (macam saya, saya letak merah dan hijau je. lagi satu bahagian saya biarkan putih je. hehe) 
5. ambil sedikit adunan warna merah, hijau dan putih tadi, cantumkan dan uli dia bulat-bulat. 
6. susun dalam loyang yg telah d griskan. (saya x griskan loyang dgn butter, saya lapik loyang dengan baking paper sebab xnak biskut berminyak. hehe) 
7. bakar pada suhu 170C selama 20 minit. 
8. bila biskut da sejuk, golekkan biskut tu dengan gula kastor then masukkan ke dalam paper cups. :)


heeee. senang dan simple kan? selamat mencuba! 



much love. ♥




Sunday, August 7, 2011

mari ke dapur.

assalamualaikum wbt.

baru selesai memerap ayam dan kambeng untuk dibakar kejap lagi.
hehehe.
ape menu berbuka korang hari neh?
tak kisah la buka makan ape pun,
yang penting jangan berlebihan dan mengganggu ibadah nanti ye. :)




semalam kawan-kawan kak ngah datang iftar kat rumah.
tiap kali ada orang datang untuk makan,
selalunya satu family akan turun ke dapur untuk masak.
dan ketua chef nye ialah papa.
dibantu oleh mama.
saya ialah budak suruhan.
hahaha. tapi salunye part dessert ialah part saya.

yes.
papa sangat pandai masak.
mama pun!
tiap kali raya or buat konon open house,
papa dan mama dan masak macam2 jenis makanan kat dapur.
dan sepupu serta kaum kerabat saya tahu akan kesedapan papa dan mama masak.
kadang dorang datang sebab excited nak makan masakan papa dan mama.
hehe :D

my adik2 pun pandai masak.
even firdaus yg berusia 12 tahun tu.
dan kami adik beradik masak ikot gaya papa.
campak masuk je ape yang ade.
semua tu influence rancangan masakan kat tv.
hahaha.
dan if kat tv tade rancangan yang best,
maka channel AFC dan juga channel Asian Food Network akan menjadi pilihan.
pastu mula la nak try buat itu ini. :P

dear future hubby,
awak tak perlu pandai masak pun if awak tak reti.
jangan risau.
cuma saya harap awak akan makan masakan saya dengan ikhlas walaupun tak sedap. hehe.
tapi if awak pandai masak,
tu bonus la untuk saya.
tade la saya masak, saya makan.
nak jugak awak masak, saya makan.
hihihi.
takde la nak suruh awak masak tiap2 hari pun,
on special occasion ke, wat surprise ke. hehehe. *okayyy da berangan. :P*

p/s: semoga aku dapat bersabar untuk 4 bulan je lagi. ameen!

p/s/s: dear future hubby, this one is for you. "cintai aku dengan hatimu seperti aku mencintaimu. ♥ "

p/s/s/s: ohh gediknyaa kau. tak payah nak eekk ekkk sangat laa~ meluat. titik.


much love. ♥




Sunday, July 17, 2011

nisfu syaaban.

assalamualaikum wbt.


tepat dua minggu tak update blog neh.
maaf maaf.
nak kate busy, tak la busy sangat pun.
cuma idea kejap datang, kejap hilang. hehe.


okayyy.
dah dua minggu berada di rumah.
macam biasa bila balik rumah dan bercuti,
kerja saya adalah full time driver mama dan part time baker.
buat cupcakes, cookies, mini muffin jual dekat budak2 sekolah.
alhamdulillah.
nak kate untung berjuta tu takde la.
tapi boleh laa.
dapat la jugak income sikit sikit. hehehe. :D







hati in a deep blue sea VS hati dalam taman. :P


oh ye.
this coming friday i'll be in Cheratingggg!
hehehe.
excited nak holiday dengan family.
dah lamaaaaa sangat tak holiday. :D :D
kak ngah pun will be in Malaysia this 20th.
so puasa dan raya nanti, adik beradik semua ada.
*melonjak keriangan* :))


haa.
cakap pasal puasa dan raya,
today nisfu Syaaban.
maksud nya ada 15 hari je lagi Ramadhan akan muncul.
ahlan wasahlan ya Ramadhan! hihi.
puasa tahun neh saya akan berada sebulan di rumah.
sebab lepas raya baru balik UIA.
selalunye seminggu nak raya or dua minggu before raya baru berpeluang nak puasa di rumah.
sukaaaa tapi tak sukaa. :P
sebab tahun neh tak dapat puasa dengan kawan2.
tak dapat sahur bersama.
tak dapat teraweh bersama.
tak dapat pergi bazaar beli makanan berbuka.
sedih pun ade. sob3.


setiap keadaan tu ada suka dan duka nya kan.
ada pros dan cons nye.
tapi takpe.
nanti boleh raya sama2 dengan mereka, kan? :)


these past few days,
saya suka tengok gambar2 lama dengan family and friends.
zaman dekat PJ dulu. zaman dekat Nilai.
some things still remain the same.
but ada jugak certain things yang berubah.
some changes tu ada yang buat saya tersenyum.
tapi ada jugak some changes tu yang buat saya sedih.
kawan yang rapat dulu, sekarang dah jarang jumpa.
jarang keluar bersama.
kawan yang rapat dulu, sekarang bila bertegur sapa agak awkward.
kawan yang rapat dulu, sekarang dah jadi a total stranger.
kawan yang rapat dulu, sekarang dah kurang rapat.
T__T


tak semua benda yang kita nak kita akan dapat kan.
certain things kita kena belajar to let go.
and for certain things we need to fight for it. kan? :)


Nabi bersabda, "Allah melihat kpd hambaNya pd mlm Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hambaNya kecuali orang yg syirik dan yg sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)


ampunkan salah dan silap saya.
maafkan segala kekhilafan diri ini.
semoga Ramadhan yang bakal tiba akan jadi Ramadhan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. :)




much love. ♥




p/s: terhenti disini. 



Tuesday, May 24, 2011

butter teddy cookies.

assalamualaikum wbt.
tak pernah2 saya berkongsi resepi kt blog.
tapi kali neh nak share sebab saya pun mencuba aje resepi neh.
bukan resepi sendirik.
nak share resepi sendiri maluuu.
yelaaa. bukan nya terer pun.
malu je if tak sedap.
hihihi.


terjumpanya resepi Butter Teddy neh sebab adik bongsu saya request saya buat cookies untuk hari guru sekolah dia.
nak bagi dekat cikgu cikgu katanya.
tahun lepas pun saya buat cookies untuk diberikan kepada cikgu cikgu sekolah dia.
tapi cari punya cari,
resepi cookies yang saya buat tahun lepas entah simpan kat mana. huuu~


maka saya pun mula laa merayu pertolongan inche google. kikiki ;D
maka terjumpa lah dengan resepi Butter Teddy neh.
nampak comey aje, tu yang rasa nak cuba.


Butter Teddy cookies neh sebenarnya biskut butter.
saya kureng sikit makanan manis manis neh.
contoh macam cupcakes, kuih muih, puding dan sebagainya.
sangat suka dan minat baking them, but not eating them.
nasib adik2 sukaa makan. hihihi.


baik lah. ini resepinya. 

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji medium size )

  • 8 oz mentega tanpa garam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 susu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika perlu)
  • pewarna coklat
  • cip coklat secukupnya

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan garam dan esen vanila.
  3. Tambah kuning telur dalam adunan. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul rata.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tambah pewarna coklat ke dalam bahagian doh yang lebih sedikit. Biarkan satu bahagian dalam warna asal.
  6. Balut doh dengan cling wrapper dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
  7. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bentukkan bulat besar dengan doh warna asal dan dua bulat kecil dengan doh coklat. 
  8. Letak dua cip coklat untuk mata. * boleh guna ising untuk membentuk mulut teddy.
  9. Bakar dalam oven (pre-heated) selama 15 minit dengan suhu 170C.

tadaaaa~ 
da siappp. 
neh la rupa Butter Teddy saya for the first attempt.




cookies yg da siap di packed. :)


hihihihi.
semoga bertemu lagi kita pada episod yang akan datang ye.
selamat mencuba kawan-kawan! ;)


p/s: da tengok Nur Kasih The Movie semalam dekat Wangsa Walk. tak sedih sangat pun. Kdrama 49 Days laaaaaaaaagi sedih kot. Episode last 49 Days berjaya buat saya menangis sehingga airmata melimpah ruang bak chocolate melimpah ke ladang gandum. agaga.


p/s/s: met Iqram Dinzly sewaktu di Wangsa Walk. auwwww nsemmm!! *melt* :P


much love. ♥


Monday, May 23, 2011

my mum is amazing.



first attempt; butter teddy cookies and anchovies chilli pertz by me. ;)


assalamualaikum wbt.
wifi uia lately sangat sangat mencabar jiwa dan raga saya.
slowwwwwwwwwww yang amat.
connection tulis excellent, taaaaapi, loading satu page pn failed.
huwaaa.
nasib laa ada broadband.
boleh la guna walaupun online kejap kejap je sebab broadband da sampai limit dan belum bayar lagi bulan neh punya fees. heee


hari neh hari shopping dan mencuci mata sambil mengambil udara luar.
went to SOGO dan round round Jalan Masjid India.
lenguhhh yang amat kaki.
kami ke sana pukul 1030 pagi, dan balik 530 petang.
memang best laaa kan cuci mata sampai rambang mata rasa nakkkk semuaaa.
ekekeke.
bought a pashmina, blouse and satu tudung express untuk turun cafe. ;DD


i am sooooo in love with flat shoes.
if pergi kedai kasut, mesti akan tengok flats dulu.
and i am sooooo adore flats yang Song Yi Kyung pakai dalam cerita Kdrama 49 Days tuuuu.
huwaaaaa. *envyyy*
nanti da kerja boleh je kan pakai flats?
tak pakai heels pun takpe kan?
ke kena jugak?
i hate high heels. hua3. :P


ohhh.
regarding title post,
orang lain da lama post their wishes untuk mama, mak, ibu, bunda, ummi mereka sempena Mother's Day 8 May hari tu.
memang da plan nak buat a special post pasal tu,
tapi tak sempat menyempat nak update blog.
so here it goes, ;)


mama.
ye. saya dan adik adik panggil mak kami, mama.
mama yang tak pernah komplen penat layan kerenah kami.
kami selalu buat mama risau, buat mama sedih.
sebab masa kecik2 dulu kami adik beradik suka sangat gaduh.
mama selalu cakap, "jangan gaduh adik beradik. nanti mama dan papa takde, yang ada adik beradik je. mama dan papa takde harta nak bagi."


setiap kali mama cakap macam tu,
air mata pasti mengalir.
sebab saya tak dapat nak bayangkan hari hari saya tanpa mama dan papa.
masa saya sedang bersiap sedia untuk bertarung dengan final exam bulan Disember 2010,
mama jatuh sakit.
dont know what was exactly went wrong,
but menurut papa, tiba2 mama sesak nafas.
papa teros hantar mama ke hospital.
adik2 kat rumah call.
nanges2 beritahu and tanya if saya dapat balik.
saya call papa cakap nak balik,
then i heard suara mama tersekat2 bercakap.
"mama okay kak yong. takpe. kak yong nak final. mama okay"


mama tipu.
saya tahu mama tak okay.
suara mama time tu lemahhh sangat.
tak pernah saya dengar mama selemah itu.
tu kali kedua mama tipu.
sebelum tu mama suruh adik2 jangan beritahu saya mama masuk wad.
sebab time tu saya busy dengan pelbagai assignments dan nak dekat finals.
time tu jugak rasa nak terbang balik rumah.
tapi mama kata tak perlu, sebab mama da okay.
mama kata jangan risau.


time saya jaga mama di hospital,
saya tolong mama berwuduk,
sapukan air wuduk dekat tangan dan kaki mama.
baru saya perasan, banyaknya kedut kt tangan mama.
tidur saya tak pernah lena di hospital.
setiap jam terjaga,
check mama okay ke tak.
sesungguhnya saya TAKUT.
amat takut.
takut kehilangan mama.
saya berdoa biarlah saya yang tanggung sakit tu.
tak sanggup tengok mama tahan sakit.


mama saya sangat hebat.
mama tak mahu anak2 dia risau dan sedih.
tapi kami selalu buat mama risau dan sedih.
maafkan kami mama!


dalam bulan May ada Mother's Day, ada Nurse's Day, dan jugak Teacher's Day.
mama seorang mak, seorang nurse dan juga seorang cikgu kepada kami adik beradik.
terima kasih, mama.


mama,
ayong sayang mama sangat sangat!
ayong minta maaf sebab selalu tak dengar mama nasihat.
selalu buat mama sedih,
selalu buat mama marah,
selalu menyusahkan mama.




TERIMA KASIH MAMA.
I LOVE YOU, LOADSSSS.
ALWAYS HAVE AND ALWAYS WILL. ♥






She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…





As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing


much love. ♥

Tuesday, April 19, 2011

hari kelima cuti.

assalamualaikum wbt.

dah lima hari berada di rumah.
tiba-tiba rasa cuti makin pendek walaupun masih ada lebih 2 minggu lagi.
kehkeh. :P

takde cerita baru yang nak di kongsi.
just nak cerita what happen few days back.

alhamdulillah. 6 papers untuk finals sudah pun saya duduki.
walaupun tak berpuas hati sangat,
tapi saya tahu saya dah pun cuba yang sebaik mungkin.
sekarang neh berdoa supaya lecturers murah hati time tanda kertas.
saya dah serik kena repeat. xmahu dahhh. huuu.

saya rasa penghujung semester neh sangat best.
sangat buat saya tersenyum.
sebab?
sebab kami belajar, makan, gelak bersama macam first year dengan second year dulu2.
sukaaaa3!! hehehe.

in between the exams,
kami pergi Jusco makan Mcd, Johnny's, main kt arcade, carik tape kotak (okay tu saya sorang je nk beli. hahaha), jalan2 tengok toys, order delivery Domino's ke UIA, makan malam kt Evoke, dan banyak lagi.


inche lappy saya. da gaye macam nak grad je. kih3.

khazanah alam saya sepanjang berada di UIA. hehe. kalah orang nak g oversea.

penat yang amat okay packing barang. saya tidur 2 jam je. 
tu pun terlelap sebab penat sangat. 
oleh sebab short sem nanti saya pindah ke Block C, jadi barang2 semua kena angkut ke store Block C.
nasib la dekat level 1 je.
tapi tu pun ada la dalam 15 kali saya turun naik tangga angkut barang2 neh sorang2.
macam nak tercabut kaki dan bahu.
pukul 3 petang,
saya bertolak ke KL Sentral untuk ke LCCT.

flight jam 615 petang.
i'm homeeeeee! hihihi. ;)

pasta alfredo. requested by a-ah. 
red velvet cupcake untuk birthday Gee. nasib jadi. first try. :)

dumplings! hehehe. first time buat juge. ;DD

haaa. tu je la summarization mengenai 5 hari saya berada di rumah.
sorry la post kali neh bosan sikit. 
nanti saya free, saya update lagi ye.

much love. ♥



Monday, February 28, 2011

of the ayam and the barbeque.

assalamualaikum wbt.


saya tukar layout saya sebab layout lama tiba-tiba buat hal. 
kena register apa tah. sobsobs.
sangat buruk kan?
aishhh. nak kena tukar lagi neh nampaknya. :P


okay.
seperti yang telah saya maklumkan dalam previous post,
jumaat lepas saya ada BBQ and Movie night.
mari kita lihat gambar-gambar pada hari kejadian.
*whoaa. meletops kan BM saya? ngeee.*


we're the Program Managers. kehkeh.

gambar neh kelihatan blurr. tapi tu sebenarnye asap ye. biase la bukan camera DSLR kan. agaga. :P

membakar selama 5 jam! huuuu. terbakar habis lemak i. hahaha!





keceriaan-keceriaan saya. ;)

thanks girls! ;)


alhamdulillah.
everything went well.
ramai puji makanan semua sedappp! hihihi.


haa. neh pula result ultrasound abdomen saya.


inilah yang doctor tu bagi after ultrasound.

neh bukan baby ye! hahaha. neh usus. agaga.

neh pula bukan baby kembar ye! ini adalah my kidneys. hakhak.

haaa. neh laa result nye. nampak tak? ape? tak nampak? sila click pada gambar untuk tumbesaran. :P


p/s: minggu neh minggu yang serabuuuuuuutttttt! ada 2 presentations, ada 2 papers midterm, ada 3 assignment nak kena hantar, ada 1 quiz. permudahkanlah urusanku ya Allah! ;(


p/s/s: when you started to dislike someone, everything they do annoys you. hmm.


p/s/s/s: saya rinduuuuu rumahhhhhh! T__T


much love. ♥

Thursday, February 24, 2011

sayang.

assalamualaikum wbt.
update pagi buta sebab ke-serabut-an pemikiran melanda.
next week will be very very hectic.
i have quiz, 2 presentations, 2 midterms, tutors and 3 assignments on due. T__T
ohh. jumaat neh ada BBQ and movie night which saya dan Leya adalah Program Manager nye.
hope everything smooth je that day.
risau sangatttt. huuu.
whoahhhhh.
i wish i have 25 hours. 
esok ada gap pukul 1130 - 330petang.
saya akan berlari naik bas metro 91 ke Ong Tai Kim untuk beli barang-barang BBQ.
thanks Aiza sebab nak teman. heee. :)


ohhh. sekarang sangat addicted dengan variety show korea, Running Man.
soooo funnyyyyyyyy!
hehe.
Gary and Ji Hyo sangat sweeeeeeetttt!
Gary nampak sangat suka dekat Ji Hyo. kehkehkeh. comey je. ♥
thanks to Aiza and Diraa.
sebab kalian saya addicted tahu tak? ngeeee. ;D


okeh.
nak tanya neh.
pernah tak korang rasa nak luah something tapi tak tahu bagaimana?
ehhh. dont get me wrong ye.
ini bukan topic nak buat love confession.
korang bab-bab love laju je kan? :P


ini sebenarnya pasal bagaimana nak explain things to make the other party to understand apa yang hati awak meronta nak bagitahu. gituuu~ :P
lagi-lagi nak bagi the opposite gender untuk paham dengan certain situation yang girls selalu alami.
like berkawan. 
girls kan selalu ada gang dia.
and group budak perempuan tak sama dengan group budak laki.


for me,
awak boleh kawan dengan mereka - group perempuan,
tapi untuk sesuaikan diri dengan cara mereka in their group, sangat susah!
from apa yang saya nampak,
lelaki sangat mudah.
kadang budak lelaki sesama budak lelaki neh,
baru kenal 5 minit da boleh berborak sakan macam dah kenal setahun.
i'm sooo envy tahu.
macam mana korang lakukan ye? 0_o
sangat kagum dan respect.


ini adalah spaghetti carbonara yang saya masak untuk cik-cik room-mates tersayang. heee. nasib mereka kata sedap. :)
p/s: saya da buat da ultrasound abdomen tu. insyaAllah saya akan cerita result nye dalam post akan datang.


p/s/s: diluah sakit, ditelan pun sakit. 

p/s/s/s: nak cakap macam mana lagi? bukan saya tak suka luangkan masa bersama mereka. saya sangat sukaaa okay. if only mereka tahu saya sayangkan mereka yang amat sangat sampaikan saya tak boleh nak bayangkan how my life will be bila grad nanti. rasa macam nak je menjerit "aku sayang korang banyakkkk banyakkkk tahu tak?!" dekat mana2 pergunungan. 


p/s/s/s/s: sile dengar lagu neh. sangat bestttt. layannnn. credits to Aiza. :D





much love. ♥



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...