.

Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

bebelan ramadhan.







assalamualaikum wbt.


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
sedar tak sedar dah separuh bulan Ramadhan.
sedar tak sedar dah separuh bulan kita berpuasa.
dah cukup ke amal ibadah kita?
dah berpuas hati ke dengan pencapaian kita setakat neh?
ada separuh bulan je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.
adakah kita sempat nak bertemu Ramadhan yang seterusnya?


tadi semasa tengah drive ke airport nak amik kak ngah,
terdengar ada ustaz neh cakap kat ikim.fm.


Rasulullah paling banyak bersedekah time bulan Ramadhan. 
kita neh kalau bulan lain tak banyak bersedekah, cuba bersedekah time Ramadhan neh.
insyaAllah after Ramadhan, bersedekah tu akan jadi one of our habit.
sama jugak berbuat baik dengan orang.
tapi kalau bulan lain tak bersedekah, tak berbuat baik, lepas tu bulan Ramadhan pun tak cuba buat,
insyaAllah lepas Ramadhan lagi liat kita nak buat demikian. 


nauzubillah. huhu.


maknanya, jangan sia-siakan Ramadhan.
ada orang tak sempat pun nak merasa Ramadhan tahun neh.
kita yang Allah beri peluang, patut rebut peluang neh.
maksud nya Allah beri kita kesempatan nak tambah amalan.
untuk tambah amal ibadah dan kebajikan.


terbaca dekat blog Nadiah,



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil,  dan doa orang yang dizalimi. Doa2 mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu2 langit. Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemuliaanku, Aku akan menolongmu"

(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)




jadi apa lagi? 
ada 14 hari lagi insyaAllah.
masih belum terlambat. :)


p/s: bebelan di atas adalah teguran dan motivasi buat diri sendiri terutamanya. hee :)


p/s/s: ohh. saya punya 3 blog sekarang. hahaha. tamak kan? 1 blogspot neh, dan 2 tumblr. 1 public dan 1 private. and i just love my secret hide out! kikiki. :P


p/s/s/s: maybe akan ke KL this 17th. my opah saudara koma now after operation. it's been a month. huhuhu. tolong doakan ye. 




Timelapse: Ramadhan from Tuan Zhariff on Vimeo.



i love kelantan. :P




much love. ♥



Wednesday, July 27, 2011

cerita hati.

assalamualaikum wbt.


mood berholiday dah habis.
sekarang mood driver dan baker kembali. kikiki.
i would say, i had an awesome jalan-jalan makan angin. hihi ♥
sukaaaa! 
hope nanti plan vacation dengan kawan-kawan menjadi realiti. tak sabarr! :DD







my fav. :)







sebenarnya ada je cerita nak beritahu.
tapi sifat malas nak mengarang bercambah-cambah pulak malam neh. keh3.
insyaAllah esok lusa ke bila sifat rajin datang, saya post ye. :D


p/s: tadi tengok cerita korea. bila fikir-fikir balik, kesian kan sebenarnye dekat 2nd hero/heroin. tak kisah la dalam cerita korea ke jepun ke melayu ke english ke indon ke, nasib 2nd hero/heroin mmg mcm tu. sebab dorang tak dapat orang yang mereka nak. sbb terpakse melepaskan demi hero/heroin tu. yelaa. cinta tak boleh dipaksa kan. cerita Nora Elena pn mcm tu gak. tapi what to do kan? hmm. 


p/s/s: saya nak ia terhenti.


p/s/s/s: gila tak kalau beritahu mama suruh carikan jodoh? kikikiki :P penat la beremosi dengan hati.


much love. ♥



Tuesday, June 14, 2011

RSARA. :)

assalamualaikum wbt.






tengah bosan tak tahu nak buat apa.
padahal ade assignment case CF.
tapi kene submit on 23rd.
so takpe boleh buat esok2. 
hihi yeahh buruk perangai tangguh2, i know~ :P


malam neh nak membebel je kat sini.
membebel pasal ape?
pasal nama saye.
okay okayy memang tak menarik langsung pn.
ade aku kesah?
blog saye suka hati saya laa.
kikiki :P


RAJA SITI AFIQAH.


saya tak tahu la sape yg pilih nama Afiqah tu.
maybe mutual agreement mama dan papa.
tapi yang saya tahu,
Siti tu papa yang beriya-iya nak letak.
sebab? entah saya pun tak tahu.
hahaha.


Afiqah membawa maksud yang sangat berpengetahuan dan yang sangat pemurah. :D
saye tak rasa la saya neh seorang yang sangat berpengetahuan, 
but even though, i may not know things that most of people do,
but i do know things that only few people knew. :)
i'm still learning, still searching.
ilmu tu sampai mati pun takkan habis belajar kan?
ape yang penting, berusaha untuk belajar. heee. :)


dulu saye tak suka nama saye.
nak tahu kenape?
sebab nama saye panjang dan saye tak tahu kenape saye susaaaah sangat nk ingat name sendiri.
huhuhu.
so mase tadika,
saya pernah cakap kat mama saya nak tukar nama.
marah mama dan papa sebab bagi nama panjang sedangkan nama kawan2 semuanya pendek2 je.
masa tu saya rasa saya sorang je pelik. *sengal kan? haha*


lepas tu ada suatu hari ketika saye berumur 6 tahun,
pagi tu papa hantar pergi tadika.
saya tunjuk buku tulis saya dekat papa.
tanya kenape cikgu eja nama saye as, "R. S. Afiqah binti R. Azmi"
tanye R tu ape, S tu ape.
papa pun ambil pen pastu tulis nama saya dengan penuh.
papa cakap, "cakap dekat cikgu, jangan tulis cmtu da"


so sejak tu,
saya sangat tak suka orang pendek2 kan nama saye.
tapi masalah tu tetap berlaku ketika sekolah rendah dan sekolah menengah.
sebab name tag kan de limit berapa huruf.
cikgu kate if letak nama penuh, nanti tulisan tu kecik.
cikgu tak bagi.
so name tag saya nama, "Afiqah" je.


bila masuk form 4,
saya insist jugak nak letak Raja Siti Afiqah dekat name tag.
last2 cikgu bagi.
tapi tulisan mmg kecik la.
tapi tak kesah pun asalkan penuh.
hahahaha.
sebab saya rasa saya patut bangga dengan nama yang mama dan papa bagi.
ade orang nama lagi panjang kot.
da la panjang, pelik2 pulak tu.
berbelit lidah nak sebot.
hehehe.


tapi hal ini bukan saye sorang je lalui,
rupanya adek-beradek saye pun same.
name tag adek saya yang bongsu, A-ah tu, "R. Siti Solehah".
ahahahaha. nasib le~ :P


dan yg paling penting nak stress out kat sini ialah,
nama panggilan.
banyakkkkkkkkk sangat!
sampai kadang if ada kawan tersalah hantar msg,
saya jadi pening nak cakap macam mane.


"sorry awak salah hantar msg neh. neh fiqah."
"fiqah? fiqah mane?"
"err. raja siti afiqah"
"ohh. raje! cakap la raje." (_ _!)


hahahaha. adoiiii.
kat rumah + relatives semua panggil "ayong or kak yong."
no, mereka bukan pelat yeee.
ayong means kakak ikot loghat perak okayy. :P
schoolmates panggil, "raje".
bestfriends + kakak seniors yang rapat from school panggil "ja or mc ja."
dekat UIA neh kawan2 laki panggil "raje" ade la dua tiga orang panggil "fiqah", 
yang perempuan pulak mostly panggil, "pkah, pika, fiqah, fiqa", 
tapi ade jugak yang panggil, "raje"
diraa dan amal syahirah panggil "fifi",
syue dan sue panggil, "pikachu",
ade dua orang lelaki sengal panggil "dayang".


ahahaha.
tell me macam mana nak ingat sape panggil apa.
very confusingggg!
ahahaha. adehhh. 
nanti keje tak tahu name ape pulak.


p/s: ohh. kepada inche bakal suami, nanti panggil saye Iqa yee.
terasa diri ini comel je. hakhak. =))


much love. ♥


Monday, June 6, 2011

Raja Siti Solehah.

assalamualaikum wbt.


nama siapakah?
haa. itu lah nama adik bongsu kesayangan saya.
nama panggilan dia ialah A-ah.
dia sangat pantang if saya panggil dia Leha.
mula la dia membebel marah.
jadi itulah modal saya untuk menyakat dia.
kadang-kadang, if A-ah tak dengar kata,
saya akan jerit "Lehaaaaaaaaa" kuat2.
baru lah dia akan respon.
miahahaha! -_-


A-ah sekarang darjah 3.
lahir 19 August 2002.
means dia berumur 9 tahun.
taaaaaapi, mulut diaaa, mak aihhh.
bercakap macam makcik2!
mungkin sebab dia keluar 'ikot tingkap' (caesar),
tu yang perangai pelik sikit tu kot.
ahahaha.


tahun neh A-ah dilantik jadi pengawas.
satu-satunya pengawas dalam keluarga saya.
sebab saya dan adik2 perempuan yg lagi 3 tu hanyalah pustakawan sekolah.
yang adik lelaki 2 orang tu memang takde jawatan ape2. huahua.
jadi A-ah pecah rekod! :P


post saya kali neh memang berkisar mengenai adik bongsu saya yang sangaaattttt sengaaaal orangnye.
meh saya share beberapa perbualan dia.


di Popular;
a-ah: "kak yong. A-ah nak beli notebook kecik satu."
saya: "notebook kecik untuk ape?"
a-ah: "untuk tulis nama budak2 bising tak dengar kata nanti. a-ah kan pengawas"


bersemangat tak dia jadi pengawas?
hahaha. adoiiiiii.


suatu petang di ruang tamu rumah.
saya sedang membaca surat khabar.
A-ah bersama Firdaus (saya panggil Adik, A-ah panggil Abang) sedang menonton TV.
tiba2 di TV sedang iklan pasal Quaker Oat.
 
TV: "...penyakit jantung pembunuh utama lelaki dan wanita"
a-ah: "abang, iklan tu kata penyakit jantung bunuh lelaki dan wanita. maksud nye pondan tak sakit jantung ke?"


sengal tak? sengal tak? 
hahahahaha. 
saya yang baca paper terus terkesima kejap!
adik tak payah cakap laa, dia memang buat dunno je dengan soalan a-ah tuu.
hahahaha. adoi~


sedang bosan2 petang Ramadhan,
saya sengaja nak sakat A-ah.
time tu gigi depan dia baru je gugur ke bumi.
so dia takde 'pagar depan'. hakhak.
 
saya: "a-ah! sian nye a-ah raya tahun neh tade gigi~ hahaha!"
a-ah: "raya tak semestinye kene ade gigi"


papa yang ada sama time tu da tepuk tangan da dengar a-ah jawab.
huwaaaa. sabau jeee laaa dengan budak tu! (_ _!)


neh satu lagi time saya tengah bosan.
*suka sangat sakat budak tu. ekeke*
 
saya: "a-ah~ nape eh a-ah neh buncit?"
a-ah: "nak buat macam mana? da Allah nak cipta macam tu"


sekali lagi kalahhhh! huwaaaaaa.
sape ajar dia menyengal macam tu?
pastu mama dan papa mula la cakap,


"suka sangat sakat a-ah tu kenapa? kak yong umur berapa, a-ah tu umur berapa? haish."


ekekekeke. biasa laahhh.
kakak mana yang tak suka sakat adik kan?
errr. ke saya je macam tu? :P


haaa.
A-ah ada facebook.
dia yang mintak saya buatkan.
sebab nak main games kat facebook.
jadi saya pun buat la email dan facebook account untuk dia.
wall dia memang penuh games ajeee!
hahaha.


ada suatu petang tu,
dia tegur saya dekat facebook chat.
 
a-ah: "hai!" 
saya malas nak reply. jadi saya diam aje~
2 minit kemudian,
 
a-ah: "hai!"
a-ah: "hai!"
a-ah: "hai!"
 
hahaha. amik kau 3 teros dia hai.
taapi saya tetap diam malas layan.
then dalam 3 minit kemudian,
 
a-ah: "hoi jawab lah!" 
hahahaha. mengong tak?
then saya pun reply la,
 
saya: "ye. nape?"
a-ah: "takde pape. hihihihihihihihihihihi"


rasa nak je cepuk2 dia time tuu. 
hahaha. adehhhhh.


hari tu saya baca ada satu notebook A-ah.
front page dia tulis "my biodata"
tiba2 saya terjumpa sesuatu yang sangat kelakar.
cita-cita: peniaga dan tukang masak yang terkenal.
hahahaha. confirm ter-influence dengan mama neh.
sebab mama sekarang kan da pencen.
so skrg mama kat rumah amik tempahan buat frozen food, cakes dan macam2 jugak la.
hakhak. adoiiii.


semalam Gee cerita dekat facebook,
a-ah dah ada hobi baru iaitu menjaga anak-anak kucing.
kate Gee, bau A-ah dan kucing da same dah.
hahaha. 
A-ah tuh memang.
dia saaaaangat gila kucing.
sama macam saya kecik2 dulu.
tidur pun peluk kucing, 
memang tak boleh pisah sikit pun. ekeke.


if saya call rumah, cakap dengan A-ah,
A-ah mesti akan tanya,
"kak yong nak cakap dengan Spicy tak?" -__-
Spicy tu kucing~~~
huwaaa.
bukan saya sorang yang kene.
if Kak Ngah called daripada Czech pun,
dia akan tanya macam tu.
Kak Ngah cerita ada satu hari tu dia called rumah,
ingat kan bercakap dengan A-ah.
rupanya dia cakap sorang-sorang.
rupanya A-ah letak fon dekat Spicy.
hahahahahaha. sabarrrrrrrrrrr je laaa ade adik yang senget macam tu kan?


Raja Siti Solehah Binti Raja Azmi

adik sulung dan kakak bongsu. kikikiki :P :P

neh la Spicy. A-ah mms tengahari td. hahaha.




hihihi.
okeh.
selesai dah sesi mengumpat adik bongsu kesayangan.
mata da berat.
wifi cam sipot.
broadband dah reach quota.
so speed pun ala2 takde speed.
hahaha.
stresssss aku!!! :P :P


selamat malam, sayang! ;)


p/s: sorry. heart closed until further notice. :P


much love. ♥



Saturday, May 21, 2011

maaf maaf dan maaf.


cuba teka. neh betol2 ke tipu2? hihihi

assalamualaikum wbt.
maaf maaf maaf dan maaf kerana membiarkan blog neh terabai.
neh first post untuk bulan May walaupun May sudah pun berusia 21 hari.
huhu.
tak berkesempatan nak update.
idea nya ada, masa nya yang tiada. MAAF ye.
insyaAllah will update segala yang dah terlepas soon.

currently sedang bermarathon Kdrama 49 Days.
cerita dia ala ala Secret Garden.
sukaaaaaa. ;DD

and this is my fav OST. layannnnnn~ ♥




p/s: kenapa mesti berbohong?


much love. ♥

Thursday, April 28, 2011

i think i love you.

assalamualaikum wbt.


been busy and tak berkesempatan nak update blog regularly.
biasa lah duduk rumah kan.
macam macam nak buat.
tup tap tup tap, dah dua minggu dah pun berada di rumah.
tinggal seminggu jeeeeee lagi. sobs.


takpe takpe.
short sem 7 minggu je.
then saya akan cuti 3 bulan! hihihi.
puasa sebulan kat rumah tahun neh.
mama da rangka plan macam macam biskut, kueh dan kek dah untuk buat bisnes.
ekeke bisnes partner mama lah katekan. :P


haaa.
neh cheq nak habaq mai sikit.
hati cheq neh tengah sedihhhh.
cinta hati kesayangan cheq dah tinggal kan cheq. sobs.


hahaha.
haaa.
ampa semua jangan dok pikiaq bukan2 aih.
cheq neh single lagi.
cheq nak habaq, 
Joong Ki Oppa cheq akan tinggalkan Running Man!


Running Man tu menatang apa taktaw?
Running Man tu Variety Show Korea.
uihhhh tengah panas lani.
semua orang dok gila tengok, termasuk lah cheq.
agagaga.
cheq memang sukaaa sangat aih!
peminat setiaa. aircond-susah-nak-off! kikikiki. ;D


Lee Gwang Soo. Kim Jong Kook. Yoo Jae Suk. Song Ji Hyo. Song Joong Ki. Ji Suk Jin. HaHa. Kang Gary.

Joong Ki Oppa ♥

Last Episode Joong Ki Oppa, Ep41, will be aired 1 May. T__T




Joong Ki Oppa tu tarik diri daripada Running Man katanya nak focus pada lakonan dia.
yaa laaa. orang feymes kannn.
dia jugak pelakon dalam KDrama Sungkyunkwan Scandal.
alaaa yang Gu Yong Ha tu. hihihihi.


sedihhh hati cheq.
nanti takdak da la muka dia yang kiut dan comey tu dalam Running Man.
nanti takdak da la Song Song Couple (Song Ji Hyo + Song Joong Ki). sobsob. T___T
tapi takpa lah.
nanti cheq akan download semua cerita dia berlakon. :P


okay lah cheq nak p sambung buat keja lain.
nanti nanti cheq update lagi no. :P


p/s: Joong Ki Oppa, nomu nomu nomu saranghae!!! Hwaiting! ♥ ^^ ♥
p/s/s: saje je nk test taip dalam bahasa utara. hihihi. orang utara jangan marah no kalau ada silap. ;DD


much love. ♥


Tuesday, April 19, 2011

hari kelima cuti.

assalamualaikum wbt.

dah lima hari berada di rumah.
tiba-tiba rasa cuti makin pendek walaupun masih ada lebih 2 minggu lagi.
kehkeh. :P

takde cerita baru yang nak di kongsi.
just nak cerita what happen few days back.

alhamdulillah. 6 papers untuk finals sudah pun saya duduki.
walaupun tak berpuas hati sangat,
tapi saya tahu saya dah pun cuba yang sebaik mungkin.
sekarang neh berdoa supaya lecturers murah hati time tanda kertas.
saya dah serik kena repeat. xmahu dahhh. huuu.

saya rasa penghujung semester neh sangat best.
sangat buat saya tersenyum.
sebab?
sebab kami belajar, makan, gelak bersama macam first year dengan second year dulu2.
sukaaaa3!! hehehe.

in between the exams,
kami pergi Jusco makan Mcd, Johnny's, main kt arcade, carik tape kotak (okay tu saya sorang je nk beli. hahaha), jalan2 tengok toys, order delivery Domino's ke UIA, makan malam kt Evoke, dan banyak lagi.


inche lappy saya. da gaye macam nak grad je. kih3.

khazanah alam saya sepanjang berada di UIA. hehe. kalah orang nak g oversea.

penat yang amat okay packing barang. saya tidur 2 jam je. 
tu pun terlelap sebab penat sangat. 
oleh sebab short sem nanti saya pindah ke Block C, jadi barang2 semua kena angkut ke store Block C.
nasib la dekat level 1 je.
tapi tu pun ada la dalam 15 kali saya turun naik tangga angkut barang2 neh sorang2.
macam nak tercabut kaki dan bahu.
pukul 3 petang,
saya bertolak ke KL Sentral untuk ke LCCT.

flight jam 615 petang.
i'm homeeeeee! hihihi. ;)

pasta alfredo. requested by a-ah. 
red velvet cupcake untuk birthday Gee. nasib jadi. first try. :)

dumplings! hehehe. first time buat juge. ;DD

haaa. tu je la summarization mengenai 5 hari saya berada di rumah.
sorry la post kali neh bosan sikit. 
nanti saya free, saya update lagi ye.

much love. ♥



Saturday, February 5, 2011

miss lonely.

assalamualaikum wbt.
kehadapan pembaca pembaca, *cewahhh*
saya da seharian berada di universiti tercinta saya.
semalam tidur sorang.
malam neh pun tidur sorang.
cik-cik room-mate belum lagi memunculkan diri mereka.
esok petang barangkali mereka tiba.
sobsobsobs. ;(


flight saya yang sepatutnya pukul 520pm.
but, guess what?
i missed the flight! huuuuu.
rasa nak meraung dekat airport bila orang dekat kaunter tak bagi masuk.
katanya pilot dah tak mahu terima.
gate closed already.
huuuuu. 


kenapa boleh ter-missed?
jalan jem.
tak paham saya kenapa kota bharu jem yang amat bila cuti.
sesak mata saya tengok kereta jem sana sini.
dan satu lagi sebab,
memang salah saya juga.
sebab lambat.
packing last minute.


mama cadang suruh ambil flight saturday morning. *pagi tadi*
but then i refused.
sebab harganya melampau mahal.
ticket bas tak payah cakap laa.
memang dah habis.
if nak balik kl naik bas,
i need to skip classes.
8hb baru ada ticket bas.
so alang-alang dah ada dekat airport,
saya kata baik ambik next flight tu je.
jam 715pm, murah la sikit daripada flight sabtu or ahad.
mama tak berapa nak bagi sebab nanti saya akan sampai UIA agak ke-malam-an.
tambah pula saya keseorangan.


then saya naik juga flight 715pm tu.
sampai LCCT pukul 810pm.
solat maghrib, then naik skybus ke KL Sentral.
sampai KL Sentral dalam pukul 950pm.
naik LRT menuju ke Gombak.
sampai Gombak jam 10.20pm.
tengok-tengok bas RapidKL tade.
perempuan pun ada seorang dua je.
ramai sangat lelaki foreigners.
then buat keputusan naik teksi.
selamat tiba di UIA pukul 1040pm.
alhamdulillah.


hari neh saya room-keeping.
lipat baju-baju, basuh baju dan cadar, sapu bilik.
cafe tutup. kiosk pun tutup.
hari neh saya lunch makan megi,
dinner pun megi.
telefon mama beritahu santapan saya hari neh.
borak dengan si kecik A-ah.
A-ah kata mereka makan nasi ayam.
huwaaa. :( :(


tapi takpe lah.
saya bersyukur sebab saya masih punya makanan untuk d makan.
cuba bayangkan saudara-saudara lain yang tak punya makanan tu.
megi pun mereka takde kan? huhu.


saya bersyukur.
alhamdulillah. 
praised to Allah. :)




p/s: tengah tunggu mood rajin study datang. haihhh. -__-"


p/s/s: ayong minta maaf, mama. sebab menyusahkan mama lagi. T__T








much love. ♥


Tuesday, January 18, 2011

dulu dan sekarang.

assalamualaikum wbt.

pelik.
apa yang pelik?
dulu dan sekarang laaa. ish.
kan da terang2 letak dekat title post tu?
ahahaha.
tibatiba nak emo plak kan. :P :P

haa.
so apa nya yang dulu dan sekarang neh?
haa. 
nak cerita laa neh. hahaha.

dulu time sekolah,
bangun tidur pukul 6 pagi.
mandi, solat subuh, iron baju sekolah.
pukul 650 pagi da bertolak ke sekolah.
lepas tu jadi orang pertama pulak tu sampai.
pintu sekolah pun tak bukak lagi.
oleh sebab tu,
ustaz pun bagi la kunci pintu sekolah.
so saya pegang kunci sekolah.
hebat tak? hakhak. :D

sekarang time universiti,
bangun subuh 640 pagi.
pastu tidur balik.
if kelas start 830 pagi,
pukul 730 pagi bangun balik untuk iron baju dan mandi.
830 baru bertolak ke kelas.
sampai kelas 840 pagi.
lepas tu tak sampai 5 minit, tersengguk sengguk.
haihhhh. hahaha.
if kelas start pukul 10 pagi,
9 pagi bangun balik untuk iron baju dan mandi.
950 bertolak ke kelas.
sampai kelas tepat pukul 10 pagi.
tu pun semput semput sebab berjalan laju mengalahkan kelajuan cahaya.
hahaha. :D

dulu time sekolah,
subjek yang di ambil banyak gilaa.
time tingkatan 1 hingga tingkatan 3, ambil 14 subjects.
9 subjects akademik; bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab komunikasi, matematik, sains, sejarah, geografi, kemahiran hidup bersepadu, dan pendidikan islam.
lagi 5 subjects pulak subjects dinniyyah; tawheed, fiqh, sirah, akhlaq dan tajweed.
nak kata relax, takde laa relax.
sengal sengal otak jugak lah kan time nak PMR tu. keh3.
pastu time tingkatan 4 dan 5 pulak ambil 11 subjects.
tapi SPM 10 subjects je; bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab tinggi, pendidikan syari'ah islamiyyah, pendidikan quran dan sunnah, matematik moden, matematik tambahan, sains am, prinsip perakaunan dan sejarah. 
1 lagi subject iaitu subject IT hanyalah subject wajib sekolah.
tu pun takde laa bising2 sangat walopun banyak subjects.

sekarang dekat universiti,
satu sem ambil 6 subjects da semput semput otak da.
pabila membayangkan ambil 7 subjects, rasa kaki tak jejak tanah da.
hahaha. dahsyat betul kan? =))

dulu dekat sekolah,
jadual packed.
dari 7 pagi sampai la pukul 3 petang.
tu tanpa kelas tambahan.
tambah dengan kelas tambahan, makne nye dari 7 pagi sampai 530 petang.
mama datang ambil dalam pukul 6 petang.
singgah situ sini beli lauk untuk masak makan malam,
sampai rumah da pukul 630++ petang da.
mandi, makan, solat maghrib,
pergi tuition pulak pukul 8 sampai 10 malam.
balik dari tuition, buat homework.
siap tak siap, pukul 12 da nyenyak atas katil berbungkus dengan selimut.
pastu esoknya sambung buat dekat sekolah.
if tak siap jugak, lasstttt punya choice copy kawan punya.
tapi jarang laa. 
selalu nye i sempat je siap. ekeke. :P

sekarang dekat universiti,
if jadual packed pun,
still ade la jugak gap sejam, sejam setengah before next class.
tapi tu pun da monyok semacam sebab jadual packed sangat katenye.
kelas habis pukul 5, terus balik bilik.
rehat, solat, online, makan, siap boleh tidur kejap before maghrib.
pukul 8 malam on certain days ada tutor.
if bukan tutor pun ada meeting.
tapi bukan la tiap2 minggu.
kadang2 je.
habis tutor or meeting dalam pukul 10. paling lambat pun 1130 malam.
pastu katanya terpaksa stay up sebab ada esaimen nak kena hantar esok nya.
padahal malam malam sebelum tu relax je online fb sambil tengok cerita korea. 
hahaha. *dush3!*
tak siap esaimen mula laa gelabah.
cara yang terbaik ialah mintak pertolongan inche Google. =))

adoi. macam macam kan?
adakah makin tua makin mengada? hihihi. :P :P
renung renung kan. ;)

tingkatan 2. nak tutup kaki tak sempat. haha!

tingkatan 3. baru habis PMR. pegi melawat UM Nilam Puri.

dekat pantai. membina istana pasir. tingkatan 4. hihi.

bfff! tingkatan 5. program rehat minda sebelum SPM. air terjunnn! weehuu. ;D

p/s: i missed those days. loadsss! :')
p/s/s: saya takde kenangan tingkatan 1 sebab saya masuk tingkatan 1 bulan July 2002. ^^

much love. ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...