.

Tuesday, January 18, 2011

dulu dan sekarang.

assalamualaikum wbt.

pelik.
apa yang pelik?
dulu dan sekarang laaa. ish.
kan da terang2 letak dekat title post tu?
ahahaha.
tibatiba nak emo plak kan. :P :P

haa.
so apa nya yang dulu dan sekarang neh?
haa. 
nak cerita laa neh. hahaha.

dulu time sekolah,
bangun tidur pukul 6 pagi.
mandi, solat subuh, iron baju sekolah.
pukul 650 pagi da bertolak ke sekolah.
lepas tu jadi orang pertama pulak tu sampai.
pintu sekolah pun tak bukak lagi.
oleh sebab tu,
ustaz pun bagi la kunci pintu sekolah.
so saya pegang kunci sekolah.
hebat tak? hakhak. :D

sekarang time universiti,
bangun subuh 640 pagi.
pastu tidur balik.
if kelas start 830 pagi,
pukul 730 pagi bangun balik untuk iron baju dan mandi.
830 baru bertolak ke kelas.
sampai kelas 840 pagi.
lepas tu tak sampai 5 minit, tersengguk sengguk.
haihhhh. hahaha.
if kelas start pukul 10 pagi,
9 pagi bangun balik untuk iron baju dan mandi.
950 bertolak ke kelas.
sampai kelas tepat pukul 10 pagi.
tu pun semput semput sebab berjalan laju mengalahkan kelajuan cahaya.
hahaha. :D

dulu time sekolah,
subjek yang di ambil banyak gilaa.
time tingkatan 1 hingga tingkatan 3, ambil 14 subjects.
9 subjects akademik; bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab komunikasi, matematik, sains, sejarah, geografi, kemahiran hidup bersepadu, dan pendidikan islam.
lagi 5 subjects pulak subjects dinniyyah; tawheed, fiqh, sirah, akhlaq dan tajweed.
nak kata relax, takde laa relax.
sengal sengal otak jugak lah kan time nak PMR tu. keh3.
pastu time tingkatan 4 dan 5 pulak ambil 11 subjects.
tapi SPM 10 subjects je; bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab tinggi, pendidikan syari'ah islamiyyah, pendidikan quran dan sunnah, matematik moden, matematik tambahan, sains am, prinsip perakaunan dan sejarah. 
1 lagi subject iaitu subject IT hanyalah subject wajib sekolah.
tu pun takde laa bising2 sangat walopun banyak subjects.

sekarang dekat universiti,
satu sem ambil 6 subjects da semput semput otak da.
pabila membayangkan ambil 7 subjects, rasa kaki tak jejak tanah da.
hahaha. dahsyat betul kan? =))

dulu dekat sekolah,
jadual packed.
dari 7 pagi sampai la pukul 3 petang.
tu tanpa kelas tambahan.
tambah dengan kelas tambahan, makne nye dari 7 pagi sampai 530 petang.
mama datang ambil dalam pukul 6 petang.
singgah situ sini beli lauk untuk masak makan malam,
sampai rumah da pukul 630++ petang da.
mandi, makan, solat maghrib,
pergi tuition pulak pukul 8 sampai 10 malam.
balik dari tuition, buat homework.
siap tak siap, pukul 12 da nyenyak atas katil berbungkus dengan selimut.
pastu esoknya sambung buat dekat sekolah.
if tak siap jugak, lasstttt punya choice copy kawan punya.
tapi jarang laa. 
selalu nye i sempat je siap. ekeke. :P

sekarang dekat universiti,
if jadual packed pun,
still ade la jugak gap sejam, sejam setengah before next class.
tapi tu pun da monyok semacam sebab jadual packed sangat katenye.
kelas habis pukul 5, terus balik bilik.
rehat, solat, online, makan, siap boleh tidur kejap before maghrib.
pukul 8 malam on certain days ada tutor.
if bukan tutor pun ada meeting.
tapi bukan la tiap2 minggu.
kadang2 je.
habis tutor or meeting dalam pukul 10. paling lambat pun 1130 malam.
pastu katanya terpaksa stay up sebab ada esaimen nak kena hantar esok nya.
padahal malam malam sebelum tu relax je online fb sambil tengok cerita korea. 
hahaha. *dush3!*
tak siap esaimen mula laa gelabah.
cara yang terbaik ialah mintak pertolongan inche Google. =))

adoi. macam macam kan?
adakah makin tua makin mengada? hihihi. :P :P
renung renung kan. ;)

tingkatan 2. nak tutup kaki tak sempat. haha!

tingkatan 3. baru habis PMR. pegi melawat UM Nilam Puri.

dekat pantai. membina istana pasir. tingkatan 4. hihi.

bfff! tingkatan 5. program rehat minda sebelum SPM. air terjunnn! weehuu. ;D

p/s: i missed those days. loadsss! :')
p/s/s: saya takde kenangan tingkatan 1 sebab saya masuk tingkatan 1 bulan July 2002. ^^

much love. ♥


3 kata mereka.:

Leya said... [Reply to comment]

aww rindu zmn skolah juge.. =(

Anonymous said... [Reply to comment]

marhan!!
laaa hebatiah betul cik fiqa..

baru tau 1 skool ngn aan :)

.RSARA. said... [Reply to comment]

leya, heee. taw xpe!

diana, yup3! bukan setakat kawan sekolah menengah, tapi have been classmate sejak darjah 4 sampai laa tingkatan 5. hihihi. ohh. jiran rumah juge. :DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...