.

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

belated wishes.

assalamualaikum wbt.








ehem. walaupun dah agak terlambat,
tapi saya nak tetap nak ucap jugak.


Eidul Adha Mubarak!
Maaf Zahir dan Batin. ;)


raya tahu neh macam biasa lepas solat sunat hari raya,
kami ke Selising, Pasir Puteh untuk mengerjakan ibadah korban.
tahun neh empat ekor lembu disembelih didepan mata.
keempat-empat lembu tenang je. hihi.
dorang da tahu kot dorang akan masuk syurga. :)


semoga ia akan menjadi tunggangan kami ke syurga. ameen. ^^


pejam celik pejam celik, cuti dah nak sampai ke penghujungnya.
huwaaaa rase baru semalam sampai rumah dah nak kena balik UIA berjuang. sobs!
memang isnin neh kena pergi berjuang dekat department accounting pon.
my practical training akan start on 16th January 2012. 
my final paper utk final exam ialah pada jam 230pm on 15th January 2012!
mesti la exam tu abes 530pm.
pastu bilanye aku nak kemas segala khazanah alam tu?
dala akan berada di Kelantan for 9 months nanti.
if UIA x bagi letak barang dekat dalam store cmne?
pastu nak rushing balik rumah lagi.
kalau bas mesti jam 10 malam.
kalau flight kena amik last flight la nampaknye.
urghhh!
mati laaaaaa ai~ =,="


tak paham nape Dept nak sangat suruh start 16th tu. 
start je la 1st Feb. 
kan senang company nak bagi allowance. huuu.
da tu nanti cuti CNY pulak end of January tu. 
eee tak paham! *emo emo :P*


eh seronok pulak aku menaip panjang2 post neh kan?
tak sedar diri esaimen duk flying kiss dari tadi. hiks! :P


p/s: "hasbunallahu wa ni'mal wakil - (ali-imran: 173)" ^^
p/s/s: terima kasih kerana sentiasa doakan diri ini. it tears me knowing that you still remember me. lagi-lagi in your doa. i dunno whether betol ke tak, but i thank you. thank you, sahabat. thank you for the wishes and doa. thanks for the thoughtful thoughts. :)


much love. ♥


Sunday, October 30, 2011

redha.

Assalamualaikum wbt.

sedang melalui dan menghadapi tugasan-tugasan yang gila.
midterm exams yang berderet-deret, 
dengan esaimens yang setia menanti,
dan juga presentations yang sedang melambai-lambai.

Alhamdulillah.
2 minggu terjuang,
minggu neh relax lah sikit. sikit je laa.
sebab still ada 1 presentation, 1 report  dan 1 esaimen untuk disubmit dan 1 quiz.
ahhhhh~ cepat laaaa masa berlalu.
penat sangat dah neh.
tak larat dahhh~ :(

belajar untuk redha.
itulah process yang saya sedang lalui.
ye. redha.
redha dengan apa yang terjadi.
kerana saya mengharapkan redha Allah.
Allah jadikan sesuatu berlaku kerana bersebab.
Allah beri kita sesuatu, dan tarik balik sesuatu daripada pun bersebab.
jadi kenapa saya sebagai hamba nak persoalkan kan?
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
keep telling this to myself every time i go to sleep.
muhasabah untuk diri sendiri.
redha redha dan redha. :)

ada seminggu lagi sebelum pulang ke rumah.
fighting, RSARA! ^^

p/s: from weekend to weekend, i'm still waiting.

p/s/s: sedih bila makan dekat evoke dan mcd JJ wangsa maju. too much memories dengan mereka. rindu. yes. i missed those time. mianhae chinguya. .__.

p/s/s/s: Alhamdulillah. accepted oleh Jamal Amin & Partners sebagai intern di situ di kala hati dah mula give up dan mula fikir untuk tengok dept list. heee. syukur! ^^

p/s/s/s/s: tak pernah terlintas pon dalam hati walau sedikit untuk dibalas. rasa malu diletak ketepi dan diri digagahkan untuk luah supaya rasa lega dgn tak tipu diri sendiri. tiada niat lain atau permintaan pape pun. any persoalan, please ask me. jangan tanya orang lain. mereka tak tahu. arasso? :)





much love. ♥


Sunday, October 9, 2011

kebaikanku.



cinta hati.




assalamualaikum wbt.


maaf kepada sesiapa yang tak dapat access detik waktu itu beberapa hari lepas.
saya private kan sebab rasa serabot.
maaf maaf maaf.


hari neh saya gembira.
rasa macam Allah beri pelangi selepas beberapa hari asyik hujan.
awal pagi mama telefon.


mama: mama dekat cameron neh.
saya: cameron? whoaaa g cameron buat ape?
mama: honeymoon.
saya: *tergelak* cehh. hahaha.
mama: 11hb nanti mama papa g KL. nanti mama pergi tengok kak yong ngn afiq.
saya: siyes? yayyyy! cepat laaa datangggg! 


heeeee. yes! parents are coming here!
di saat saya down yang amat!
thank you Allah. thank you! ;) ;)


then tengahari tadi tiba-tiba dapat call.
mereka tanya saya turun Stabaz tak.
sengal je.
mentang-mentang aku regular customer selalu turun bawah.
hahaha. :P
then kami lunch sama.
seriously, saya happy.
mereka tak tahu what's happening,
tapi dorang made up my day.
sekali lagi,
thank you Allah. thank you!
thank you for the greatest friends! ♥


saya rasa bertuah.
bertuah sangat sangat.
terima kasih Allah untuk unconditional love ini.
maafkan hamba kerana terlambat mengetuk pintu Mu.
kerana sentiasa lupakanMu dikala senang. huhu.
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu.
terima kasih, terima kasih Allah!
Alhamdulillah. :) :)


ohhh lupa pulak.
sekarang sedang berlangsungnya Convocation Fiesta UIA atau singkatannya, CONVEST. :)
tahniah kepada semua graduate students! 
saya ada lagi 2 tahun. sabar sabar. hihihi.
mai laa datang memeriahkan STABAZ (Stalls and Bazaar) di sini.
memang heaven lah if nak shopping. hehe.


p/s: i pray the best for you. please pray the best for me too.


p/s/s: saya panggil anda dengan nama penuh kerana nama itu doa. tapi mungkin anda bukan kebaikan-ku, mungkin anda kebaikan someone else. saya redha dan saya akan let you go. :)


p/s/s/s: kecewa tak dapat join IIUM Got Talent Iron Chef! dah penuhhhh. :( :(




You can't lose what you never had, you can't keep what's not yours & you can't hold on to something that doesn't want to stay.
^^




much love. ♥

Friday, October 7, 2011

cemburu.

assalamualaikum wbt.




akhirnya minggu keempat dah berakhir.
a very very tough week for me.
and a very very sad week too.
penatnye.
penatnye prentend to be okay.
penatnye pretend yang tak pernah terjadi apa-apa. T_T


dia tak salah.
dia yang sorang lagi pon tak salah.
because i dont have rights.
it took a very strong person to say sorry but it took a very stronger person to forgive.
and i'm not that strong girl.
i'm not strong.
i may forgive you, but i'll never forget.
huhuhu. :(


i tried to forgive you, i laughed with you, i replied your messages as if nothing happened and i talked to you like we used to talk.
but.. hmmm. T_T


tadi me and him jadi awkward.
even my roomie pn cakap kenapa nampak pelik sangat?
we talked awkwardly and i even cant laugh with him.
saya tak boleh pandang dia time bercakap because i'm afraid i'm gonna cry depan dia.
hati rasa disiat-siat.
banyak perkara nak beritahu, but i just cant.
sebab i need to push him away from my heart.
i need to give up.
sebab i dont want to put my hopes dah on him.
cukuplah setahun. cukup.


macam mana nak berdepan dengan 10 minggu lagi neh? TT____TT






p/s: i hope you like that book. and i really hope you could take a good care of it. itu pemberian ikhlas hati ini. mungkin itu yang terakhir.


p/s/s: i need to get a grip on myself. because yes, i'm that jealous girl.


p/s/s/s: i wanna give my heart a break. 


p/s/s/s/s: this one is for you.


p/s/s/s/s/s: ingat sedap ke sedih2 marah2 cmni? 




ya Allah.
kuatkanlah hatiku. 
kuatkanlah. 
kuatkanlah.




much love. ♥

Monday, August 15, 2011

bebelan ramadhan.







assalamualaikum wbt.


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
sedar tak sedar dah separuh bulan Ramadhan.
sedar tak sedar dah separuh bulan kita berpuasa.
dah cukup ke amal ibadah kita?
dah berpuas hati ke dengan pencapaian kita setakat neh?
ada separuh bulan je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.
adakah kita sempat nak bertemu Ramadhan yang seterusnya?


tadi semasa tengah drive ke airport nak amik kak ngah,
terdengar ada ustaz neh cakap kat ikim.fm.


Rasulullah paling banyak bersedekah time bulan Ramadhan. 
kita neh kalau bulan lain tak banyak bersedekah, cuba bersedekah time Ramadhan neh.
insyaAllah after Ramadhan, bersedekah tu akan jadi one of our habit.
sama jugak berbuat baik dengan orang.
tapi kalau bulan lain tak bersedekah, tak berbuat baik, lepas tu bulan Ramadhan pun tak cuba buat,
insyaAllah lepas Ramadhan lagi liat kita nak buat demikian. 


nauzubillah. huhu.


maknanya, jangan sia-siakan Ramadhan.
ada orang tak sempat pun nak merasa Ramadhan tahun neh.
kita yang Allah beri peluang, patut rebut peluang neh.
maksud nya Allah beri kita kesempatan nak tambah amalan.
untuk tambah amal ibadah dan kebajikan.


terbaca dekat blog Nadiah,



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil,  dan doa orang yang dizalimi. Doa2 mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu2 langit. Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemuliaanku, Aku akan menolongmu"

(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)




jadi apa lagi? 
ada 14 hari lagi insyaAllah.
masih belum terlambat. :)


p/s: bebelan di atas adalah teguran dan motivasi buat diri sendiri terutamanya. hee :)


p/s/s: ohh. saya punya 3 blog sekarang. hahaha. tamak kan? 1 blogspot neh, dan 2 tumblr. 1 public dan 1 private. and i just love my secret hide out! kikiki. :P


p/s/s/s: maybe akan ke KL this 17th. my opah saudara koma now after operation. it's been a month. huhuhu. tolong doakan ye. 




Timelapse: Ramadhan from Tuan Zhariff on Vimeo.



i love kelantan. :P




much love. ♥



Sunday, August 7, 2011

mari ke dapur.

assalamualaikum wbt.

baru selesai memerap ayam dan kambeng untuk dibakar kejap lagi.
hehehe.
ape menu berbuka korang hari neh?
tak kisah la buka makan ape pun,
yang penting jangan berlebihan dan mengganggu ibadah nanti ye. :)




semalam kawan-kawan kak ngah datang iftar kat rumah.
tiap kali ada orang datang untuk makan,
selalunya satu family akan turun ke dapur untuk masak.
dan ketua chef nye ialah papa.
dibantu oleh mama.
saya ialah budak suruhan.
hahaha. tapi salunye part dessert ialah part saya.

yes.
papa sangat pandai masak.
mama pun!
tiap kali raya or buat konon open house,
papa dan mama dan masak macam2 jenis makanan kat dapur.
dan sepupu serta kaum kerabat saya tahu akan kesedapan papa dan mama masak.
kadang dorang datang sebab excited nak makan masakan papa dan mama.
hehe :D

my adik2 pun pandai masak.
even firdaus yg berusia 12 tahun tu.
dan kami adik beradik masak ikot gaya papa.
campak masuk je ape yang ade.
semua tu influence rancangan masakan kat tv.
hahaha.
dan if kat tv tade rancangan yang best,
maka channel AFC dan juga channel Asian Food Network akan menjadi pilihan.
pastu mula la nak try buat itu ini. :P

dear future hubby,
awak tak perlu pandai masak pun if awak tak reti.
jangan risau.
cuma saya harap awak akan makan masakan saya dengan ikhlas walaupun tak sedap. hehe.
tapi if awak pandai masak,
tu bonus la untuk saya.
tade la saya masak, saya makan.
nak jugak awak masak, saya makan.
hihihi.
takde la nak suruh awak masak tiap2 hari pun,
on special occasion ke, wat surprise ke. hehehe. *okayyy da berangan. :P*

p/s: semoga aku dapat bersabar untuk 4 bulan je lagi. ameen!

p/s/s: dear future hubby, this one is for you. "cintai aku dengan hatimu seperti aku mencintaimu. ♥ "

p/s/s/s: ohh gediknyaa kau. tak payah nak eekk ekkk sangat laa~ meluat. titik.


much love. ♥




Monday, August 1, 2011

ramadhan datang lagi! :)

assalamualaikum wbt.


Ramadhan is finally here!
alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan.
tapi tak tahu la kan sempat merasai Ramadhan hingga ke akhirnye ke tak. 
ajal maut di tangan Tuhan.
kita sebagai hamba neh kena selalu ingat dan selalu berdoa agar dipanjangkan umur dan dimatikan dalam iman.
bak kata Syam Kamikaze dalam Bicara Selebriti yang saya pergi semalam,
kalau umur panjang sampai 1000 tahun pun, tapi amal ibadah, solat tah kemana-mana, tak guna jugak.
so jangan la minta doa umur panjang je. 
minta lah juga semoga matinya kita nanti mati yang sempat mengucapkan syahadah. :)


alhamdulillah juga tadi berpeluang berterawikh di masjid.
raaamai sangat tadi. hehe. ;)
semoga Allah berikan ku kekuatan untuk melalui Ramadhan ini dengan sempurna.
kalau boleh Ramadhan kali neh saya nak tenang je.
sebab bila Ramadhan kita boleh mendisiplinkan dan mengawal diri.
saya nak kawal dan buang segala apa yang tak perlu saya fikir dan yang tak perlu saya rasa. :)


tiap kali Ramadhan tiba,
saya akan amat tersangat rinduuu pada kenangan di CFS Nilai. :')
ohh i wish i could go back to the time.
sebab Ramadhan itu saya rasa Ramadhan saya yang paling bermakna.
ohhhh RINDUUU! ekeke. :P


Doa malaikat Jibril menjelng Ramadhan "Ya Allah tolng abaiknpuasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukn hal2 berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dulu kpd kedua orang tuanya (jika masih ada)
 
* Tidak bermaafan terlebih dulu antra suami isteri; 
* Tidak bermaafan terlebih dulu dgn orang2 sekitarnya. 
Maka Rasulullah pun mengtakn Amiin sebanyak 3 kali.


saya nak minta maaf untuk semua salah dan silap saya.
ampunkan semua kekhilafan diri saya.
maafkan andai ada hati yang terguris dengan mana-mana kata dan perbuatan saya.
semoga Ramadhan kali ini memberi seribu penuh makna kepada kita semua.
salam Ramadhan Kareem. ^^


p/s: batuk makin menjadi-jadi. da seminggu tapi tak baik-baik lagi. huhu. 


selingan;
Ramadhan 2010.
kelihatan kucing ku bernama Spicy sedang minum air. jam menunjukkan pukul 3 petang.
a-ah: sedaaaapnyee tengok Spicy minum. terliur nye. *telan air liur* 
hahahaha. adoii. kucing minom air pun boleh tergugat puasa budak kecik tu. semoga Allah kuatkan imanmu, adikku sayang. :D


picnic @ Taman Tengku Anis. 29th July. ;)

RV for them. :)

Aisyah Hanaan dan bundanya Indah. :)




much love. ♥






That feeling you get when you see something that upsets you and your stomach drops and a lump forms in your throat and your eyes swell with tears and your body begins to shake and your heart is racing and your head is spinning and you feel the blood drain from your face and it feels as if you’re about to explode and then that first tear drops and you just break down as your body uncontrollably shakes and you gasp for air as you choke back tears.





Thursday, June 16, 2011

bakal imamku.

untuk bakal imamku,
bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang ganas, kasar, manja, mengada, cepat marah, suka nangis, sensitif, degil dan sebagainya. 
harap dapat bersabar. hihi

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

InsyaAllah. :)

credits to here. ^^,






p/s: mereka melihat kelebihan ini dengan kagum nya. "hebat lah awak!" "dahsyat lah awak!" "wow! kagum2!" , tapi saya melihat kelebihan ini sebagai sesuatu yang menyakitkan. knowing things that people didnt expect other people to know. found something that people hide it very well. well, it's fun. but when it comes to a certain thing, it hurts. a lot. i may be called as "lampi" or "slow" at times, but not in this matter. the truth hurts. damn~ :(

much love. ♥



Monday, May 23, 2011

my mum is amazing.



first attempt; butter teddy cookies and anchovies chilli pertz by me. ;)


assalamualaikum wbt.
wifi uia lately sangat sangat mencabar jiwa dan raga saya.
slowwwwwwwwwww yang amat.
connection tulis excellent, taaaaapi, loading satu page pn failed.
huwaaa.
nasib laa ada broadband.
boleh la guna walaupun online kejap kejap je sebab broadband da sampai limit dan belum bayar lagi bulan neh punya fees. heee


hari neh hari shopping dan mencuci mata sambil mengambil udara luar.
went to SOGO dan round round Jalan Masjid India.
lenguhhh yang amat kaki.
kami ke sana pukul 1030 pagi, dan balik 530 petang.
memang best laaa kan cuci mata sampai rambang mata rasa nakkkk semuaaa.
ekekeke.
bought a pashmina, blouse and satu tudung express untuk turun cafe. ;DD


i am sooooo in love with flat shoes.
if pergi kedai kasut, mesti akan tengok flats dulu.
and i am sooooo adore flats yang Song Yi Kyung pakai dalam cerita Kdrama 49 Days tuuuu.
huwaaaaa. *envyyy*
nanti da kerja boleh je kan pakai flats?
tak pakai heels pun takpe kan?
ke kena jugak?
i hate high heels. hua3. :P


ohhh.
regarding title post,
orang lain da lama post their wishes untuk mama, mak, ibu, bunda, ummi mereka sempena Mother's Day 8 May hari tu.
memang da plan nak buat a special post pasal tu,
tapi tak sempat menyempat nak update blog.
so here it goes, ;)


mama.
ye. saya dan adik adik panggil mak kami, mama.
mama yang tak pernah komplen penat layan kerenah kami.
kami selalu buat mama risau, buat mama sedih.
sebab masa kecik2 dulu kami adik beradik suka sangat gaduh.
mama selalu cakap, "jangan gaduh adik beradik. nanti mama dan papa takde, yang ada adik beradik je. mama dan papa takde harta nak bagi."


setiap kali mama cakap macam tu,
air mata pasti mengalir.
sebab saya tak dapat nak bayangkan hari hari saya tanpa mama dan papa.
masa saya sedang bersiap sedia untuk bertarung dengan final exam bulan Disember 2010,
mama jatuh sakit.
dont know what was exactly went wrong,
but menurut papa, tiba2 mama sesak nafas.
papa teros hantar mama ke hospital.
adik2 kat rumah call.
nanges2 beritahu and tanya if saya dapat balik.
saya call papa cakap nak balik,
then i heard suara mama tersekat2 bercakap.
"mama okay kak yong. takpe. kak yong nak final. mama okay"


mama tipu.
saya tahu mama tak okay.
suara mama time tu lemahhh sangat.
tak pernah saya dengar mama selemah itu.
tu kali kedua mama tipu.
sebelum tu mama suruh adik2 jangan beritahu saya mama masuk wad.
sebab time tu saya busy dengan pelbagai assignments dan nak dekat finals.
time tu jugak rasa nak terbang balik rumah.
tapi mama kata tak perlu, sebab mama da okay.
mama kata jangan risau.


time saya jaga mama di hospital,
saya tolong mama berwuduk,
sapukan air wuduk dekat tangan dan kaki mama.
baru saya perasan, banyaknya kedut kt tangan mama.
tidur saya tak pernah lena di hospital.
setiap jam terjaga,
check mama okay ke tak.
sesungguhnya saya TAKUT.
amat takut.
takut kehilangan mama.
saya berdoa biarlah saya yang tanggung sakit tu.
tak sanggup tengok mama tahan sakit.


mama saya sangat hebat.
mama tak mahu anak2 dia risau dan sedih.
tapi kami selalu buat mama risau dan sedih.
maafkan kami mama!


dalam bulan May ada Mother's Day, ada Nurse's Day, dan jugak Teacher's Day.
mama seorang mak, seorang nurse dan juga seorang cikgu kepada kami adik beradik.
terima kasih, mama.


mama,
ayong sayang mama sangat sangat!
ayong minta maaf sebab selalu tak dengar mama nasihat.
selalu buat mama sedih,
selalu buat mama marah,
selalu menyusahkan mama.




TERIMA KASIH MAMA.
I LOVE YOU, LOADSSSS.
ALWAYS HAVE AND ALWAYS WILL. ♥






She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…





As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing


much love. ♥

Thursday, February 17, 2011

not because of stress?

assalamualaikum wbt.
erm, nothing much nak cerita.
pagi semalam after kelas Company Law, saya pergi clinic UIA.
then doctor suruh pergi ada satu clinic dekat Jalan Raja Laut.
something wrong somewhere.
dont know what's wrong with my abdomen.
so untuk tahu apa yang wrong tu,
doctor suruh buat ultrasound abdomen.
masa mula-mula dengar tu,
saya blurr.


"ohhh. so it isn't because of stress or too much pressure then?"
"no. so you better go to that clinic, and then we'll find out what is exactly went wrong"




balik ke bilik,
saya teros tanya inche Google apa maksud perkataan ultrasound abdomen.
jawapan yang inche Google bagi ialah,
"Abdominal ultrasound is an imaging procedure used to examine the internal organs of the abdomen, including the liver, gallbladder, spleen, pancreas, and kidneys. The blood vessels that lead to some of these organs can also be looked at with ultrasound."

An ultrasound is most often done for the following reasons:
  • To diagnose an injury or disease
  • To help determine the cause of abdominal pain
  • To identify gallbladder stones or kidney stones
  • To assess masses in the abdomen
  • To help determine why an internal organ is enlarged
  • To evaluate changes or problems in the blood vessels

Allah. janganlah ada penyakit apa2.
saya nak sihat je. T__T

mula-mula decide tak mahu beritahu mama.
i dont want her and papa to be worried.
but then petang dalam pukul 4 saya telefon mama and beritahu.
nak tanya whether i should do the ultrasound or not.
bukan tak percaya pada doctor,
but since mama and papa pun dalam in this bidang,
so mereka pun tahu menahu juge.
after talking,
mama kata pergi lah buat.
since the bill clinic UIA yang tanggung. :PP

huuuuuuu.
i wish i'm home.
sejujurnya saya takut.
i kept thinking..
what if, this? what if, that?
hmmm.
Allah. kuatkan hatiku.
permudahkan segalanya ya Allah.
hamba mohon dengan sangat.

p/s: please doakan juge ye. 

much love. ♥


Friday, January 28, 2011

ulangtahun.



i love you. always have and always will. forever. :)


assalamualaikum wbt.
although da 2 hari terlambat post entry neh,
ingin saya ucap juga buat mama saya yang tersayang.


happy 58th birthday mama!
26 january 1953 - 26 january 2011.
semoga panjang umur dan sihat selalu.


selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 22 juga!
26 january 1989 - 26 january 2011.
hehehe.
i love mama and papa much much.
tiada apa yang ku ingin harapkan selain daripada kalian diberikan kesihatan diri yang baik. :)


oh. 26 january juga merupakan hari mama bersara.
selamat bersara mama! hehe.
so ada 3 events on that 26th.
sorry ayong tak boleh nak balik awal tolong mama handle majlis bersara tu dekat rumah.
and ayong minta maaf sebab terpaksa spent lebih because of the change flight.
and i'm sorry sebab tak dapat berada di rumah on your birthday and anniversary.
walauapapun,
ayong sentiasa sayang mama! ♥ ♥


p/s: ada satu lagi paper pukul 815 malam neh. tak sabar nak ulang ke rumah esok! mama papa, adek2, kucing2 ku yg comey, ayong rinduuuuu! ekeke. :D


p/s/s: adoi. after cuti ade 4 paper berderet! 11th, 12th, 13th and 14th. sooo dead meat! T__T


p/s/s/s: hoorayy. aiza pulang bercuti ke rumah saya. hihi.


much love. ♥


Tuesday, November 16, 2010

opah.

opah; ketiga dari kiri. eidfitri 2009.


saya: papa mama, semalam ayong mimpi opah. ayong terjaga pukul 1, pastu xley do da.

papa: mimpi jumpe kt mane?

saya: tak tahu la tempat tu kt mana. tp semua sedara ada.

papa: oh. xpe. banyak2 doa untuk arwah opah.

mama: kak yong mimpi sebab kak yong selalu baca yassin untuk arwah opah kot. dia teringat cucu dia la tu.

satu-satunya opah yang saya ada ialah opah belah papa dekat Ipoh.
opah kembali ke rahmatullah pada 14 nov lepas.
terkilan sebab tak sempat nk tengok opah untuk kali terakhir.
time dapat berita tu,
mama dan papa ke Kuantan sebab nak ambil Aisyah dari sekolah dia oleh kerana tiket bas balik Kelantan semua da habis.
mama kate,
time malam sebelum tu,
sepupu saya telefon maklum kan opah tak sedarkan diri dan masuk hospital.
mama kate,
papa tak tidur semalaman.
huhuhu.

ya Allah yang Maha Pengasih, kuatkan lah kami. tabahkan lah kami. berilah kesihatan yang baik buat kedua ibubapa ku. ringankanlah beban yang tidak dapat ku tanggung ya Allah. tempatkan arwah opahku di dalam kalangan orang2 yang beriman. semoga rohnya tenang menemui Mu. Ameen.


much love.♥



save you. :)


MyEm0.Com


"Save You"

Take a breath
I pull myself together
Just another step till I reach the door
You'll never know the way it tears me up inside to see you
I wish that I could tell you something
To take it all away

Sometimes I wish I could save you
And there're so many things that I want you to know
I won't give up till it's over
If it takes you forever I want you to know

When I hear your voice
Its drowning in a whisper
It's just skin and bones
There's nothing left to take
And no matter what I do I can't make you feel better
If only I could find the answer
To help me understand

Sometimes I wish I could save you
And there're so many things that I want you to know
I wont give up till it's over
If it takes you forever I want you to know

That if you fall, stumble down
I'll pick you up off the ground
If you lose faith in you
I'll give you strength to pull through
Tell me you won't give up cause I'll be waiting if you fall
Oh you know I'll be there for you

If only I could find the answer
To take it all away

Sometimes i wish i could save you
And there're so many things that I want you to know
I wont give up till it's over
If it takes you forever I want you to know
(Oh)
I wish I could save you
I want you to know
(Ohohh)
I wish I could save you (oh) 


p/s: thanks my dear sayang, Athirah Othman for this song.
loveeeeeee it. i miss YOU!

p/s/s: al fatihah untuk opah. moga tenang di sana. ameen. :(


much love. ♥



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...