.

Showing posts with label uia. Show all posts
Showing posts with label uia. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Contengan.




Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih daripada segalanya.
Dan kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang kita tidak hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yang kita lakukan.

-Nah! Untuk Awak. Nirrosette. Jemari Seni.-


p/s: Lukisan di atas terhasil dalam kelas Zakat Accounting. Konon sesi kaunseling with Atiq Yudin. 
1. Draw a person. 
2. Draw an opposite gender to the person in (1). 
3. Draw a person in the rain. 
4. Draw a family. 
Kikikiki. Setiap lukisan dan tulisan kita sebenarnya menunjukkan siapa diri kita dan sifat kita. And no. Am not going to tell what are the hidden meanings behind those 4 'contengan'. :P

p/s/s: I can't wait for tomorrow. Selamatkan perjalanan mereka ya Allah. ^^


Much love.




Sunday, January 6, 2013

2013 :)

Assalamualaikum wbt.
It's been a year since my last post. :)
No post in 2012.
Yes. Not a single post.
Haha.
2012, a very long year for me.
Internship, home, bestfriend's wedding, bestfriend's engagement..
And yet, 2012 left me with so much memories.
Alhamdulillah.

I'm still learning to be better.
And am trying to be much better for 2013.
^^
"Tiada yang mudah melainkan Allah jadikannya mudah."
May Allah ease the ways. 
Ameen.

My sweet 23. The best evening ever so far. :')

Much love.

P/s: Final exams. 3 papers done. 3 more to go.  




Sunday, December 25, 2011

finally~







assalamualaikum wbt.
*tiup-tiup habuk*
been VERYYYYYYYYY busy lately.
kesian inche blog kan.
terabai. kehkeh.
maaf!


banyakkkk sangat happen last november.
on 20112011, saya hilang purse.
eh no.
bukan hilang, tercicir.
nak tahu tercicir kat mana?
believe or not, saya tercicir purse saya dalam bas rapidKL.
time tu baru pulang dari Jusco Wangsa Maju bersama Aiza.
sampai je dekat bus stop sumayyah,
saya baru perasan purse tade dalam bag.
time tu dah menangis dah dekat bus stop.
time tu juga ramai foreigners lelaki dekat bus stop tu.
dorang dah pandang pelik da.
hahaha. ahh pedulik ape aku. :P
call aiza tanya dia kot2 dia ada ternampak purse saya or terambil ke.
aiza kata tade. 
air mata makin lebat memikirkan, "mati laaa mama marah nanti. nak kena buat police report lg, ic baru, lesen kereta, matric card, block bank cards..." 


hati dan perasaan saya kuat mengatakan purse saya ada dalam bas rapidKL. 
maka dengan berat hati saya call zati minta tolong if boleh hantarkan saya ke Terminal LRT Gombak.
nasib baik zati boleh hantarkan. huuu.
sampai je dkt LRT Gombak,
kitorang cakap dgn ada pakcik guard kt situ utk nak check bas.
pakcik tu cakap, "awak jangan berharap sangat la purse tu ada. sebab ramai yang naik turun bas. selalunya mesti dah tade da."
huuuu mmg ade kebenaran dalam kata-kata pakcik tu.
taaapi, pakcik!! kata-kata pakcik are not helping! hahaha. aish.
bila pintu bas buka, saya teros masuk, check dekat seat yg saya duduk sebelum tu.
Alhamdulillah~ elok je purse tu ada dekat seat tu. huhu.
check dalam purse, semuanya ada. tade pape pn yang hilang. Alhamdulillah lagi. ;D
pakcik tadi cakap, "awak memang bernasib baik. mmg rezeki awak la neh."
hehehe.
thank you Zati dan Wadil sebab tolong! :D :D


keesokan harinya, saya tercicir handphone pulak. hahaha. -_-
tercicir dekat General Lab Econs.
pukul 330pm baru perasan phone tade dalam bag.
maksudnya dah sejam setengah phone tade dgn saya baru saya perasan. ngee.
kawan-kawan semua dah membebel dah sebab tercicir barang utk 2 hari berturut. kehkeh.
nasib pukul 530pm, phone saya dijumpai. 
terima kasih abg GL, sebab simpankan! 
dan terima kasih kepada org yang jumpa tu sebab tolong serahkan kepada abg GL tuu. :D


gila kan? hahaha.
nak kata stress, time tu saya langsung tak stress. 
tah la kenapa.
mengada-ngada mungkin. :P


and for the past 3 weeks,
kaki neh bagai tak jejak tanah siapkan segala mak nenek assignments dan projects.
serious penat sangatttttt.
tapi Alhamdulillah everything dah pun selesai dan dah selamat di-submit-kan dah pon. hehehe.


and now, it's finals time!


27/12 - 230pm - Accounting for Islamic Banks 
29/12 - 9am     - Malaysian Taxation 
31/12 - 9am     - Advanced Accounting 
4/1     - 9am     - Public Sector Accounting 
8/1     - 9am     - Decision Making and Control          
          - 230pm - Analysis and Design for Accounting Information System 
11/1   - 740pm - HOME SWEET HOME! ;) 
16/1-13/7 - Practical Training! :(

doakan kejayaan kami ye! hehe.


p/s: bila musim finals cmni, i miss those moments. rindu. yang. amat. sangat. now. it's. gone. damn you.


much love. ♥ 

Friday, November 4, 2011

my sweet 22. ;)

assalamualaikum wbt.


hai hai!
ehehehe. terlebih ceria laa pulak kan? ekeke.
ye. saya sudah genap 22 tahun pada 2 november lepas.
Alhamdulillah.
365 hari telah berlalu.
365 hari yang penuh dengan macam-macam perkara.
yang gembira, yang sedih.
ada yang datang, ada yang pergi.
yang mengajar itu dan ini untuk saya lebih kuat mengharungi masa depan.
semoga 365 hari akan datang akan lebih bermakna.
a year older, a year wiser.
insyaAllah. ;)


tahun neh saya dapat dua birthday cakes!
terharuuuuu yang amat! :') :')


from kak hanem. <3




pada malam 2 nov, 930malam,
my ex-roommate, kak hanem telefon.
saya yang ketika itu baru jee tersedar daripada tidur akibat keletihan dan PMS,
menjawab fon dengan penuh mamai-mamai.


kak hanem: "awak kat mana neh?" 
saya: "kte kat bilik." 
kak hanem: "baru bangun tdo ke neh?" 
saya: "ha'ah. hihihi" 
kak hanem: "oh okay lah. bye!" 
saya: "itu jee? itu ajee?" 
kak hanem: "ha'ah la. tu je. bye." *talian diputuskan*


time tu mood da berbolak-balik da sebab kak hanem tak wish pon birthday saya.
i thought she forgot.
tak lame kemudian dalam 10 minit lepas tu,
dapat satu sms daripada kak hanem,


"kak anem ade nak bg something dekat awak neh. kak anem letak dkt pondok dekat post pakgad. turun sekarang tau."


saya dengan keadaan yang masih mamai me-reply,


"neh main2 ke betol2 kak anem?"


tak sampai 10 saat kak anem reply,


"neh betol2 laa bukan cobaan!"


hahahaha. teros saya capai tudung yang da tersedia pastu turun ke pondok yg dikatakan.
dengan muka yg tak basuh nye baru bangun tdo,
saya mencari-cari kelibat kak anem.
tapi tak nampak la pulak sape2 dekat pondok tu.
yang kelihatan satu kotak kecik dalam plastic.
tengok ada satu kertas atas kotak.
it's from kak hanem. :')
teros berderai air mata saya.
memang lebat jugak laa air mata menitis. hahaha.


pastu saya pun pulang ke bilik bersama kek tu dengan air mata masih belum mahu berhenti.
sampai-sampai bilik, cik zati ade depan muka pintu bilik saya.
kesian zati sampai terkejut tgk saya sedang nanges.
hahaha. lawak je kan zati? ekeke :P


from zati, myra, leya dan BK. <3<3<3<3




pastu tadi pukul 1030malam,
sejurus selepas saya dah siap packing bag untuk pulang ke rumah tercinta esok pagi,
cik zati, cik myra, cik BK dan cik leya datang pulak buat surprise dengan sebiji lagi kek.
huwaaaa. time tu mmg terkejutttt sgt!
tapi airmata tak boleh nak menitis dah sebab penat packing bag. hahaha. 
tapi siyes korang sangat2 superb! :')


my dear family, bestfriends and friends, 
thank you for the wishes, thoughts and the doa. 
cant thank you guys enough. 
semoga Allah juga merahmati kalian. 
sayang korangggg ketat3! ♥




from nur aqilah usri. <3<3




p/s:

My heart is a kite

held by a string
in the middle of a storm

O Allah,
I’m not asking You
for a calmer storm
Rather, I am asking You
for a thicker string

O Allah,
I’m not asking You
to end this storm soon
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends

                             
much love. ♥

Sunday, October 30, 2011

redha.

Assalamualaikum wbt.

sedang melalui dan menghadapi tugasan-tugasan yang gila.
midterm exams yang berderet-deret, 
dengan esaimens yang setia menanti,
dan juga presentations yang sedang melambai-lambai.

Alhamdulillah.
2 minggu terjuang,
minggu neh relax lah sikit. sikit je laa.
sebab still ada 1 presentation, 1 report  dan 1 esaimen untuk disubmit dan 1 quiz.
ahhhhh~ cepat laaaa masa berlalu.
penat sangat dah neh.
tak larat dahhh~ :(

belajar untuk redha.
itulah process yang saya sedang lalui.
ye. redha.
redha dengan apa yang terjadi.
kerana saya mengharapkan redha Allah.
Allah jadikan sesuatu berlaku kerana bersebab.
Allah beri kita sesuatu, dan tarik balik sesuatu daripada pun bersebab.
jadi kenapa saya sebagai hamba nak persoalkan kan?
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
keep telling this to myself every time i go to sleep.
muhasabah untuk diri sendiri.
redha redha dan redha. :)

ada seminggu lagi sebelum pulang ke rumah.
fighting, RSARA! ^^

p/s: from weekend to weekend, i'm still waiting.

p/s/s: sedih bila makan dekat evoke dan mcd JJ wangsa maju. too much memories dengan mereka. rindu. yes. i missed those time. mianhae chinguya. .__.

p/s/s/s: Alhamdulillah. accepted oleh Jamal Amin & Partners sebagai intern di situ di kala hati dah mula give up dan mula fikir untuk tengok dept list. heee. syukur! ^^

p/s/s/s/s: tak pernah terlintas pon dalam hati walau sedikit untuk dibalas. rasa malu diletak ketepi dan diri digagahkan untuk luah supaya rasa lega dgn tak tipu diri sendiri. tiada niat lain atau permintaan pape pun. any persoalan, please ask me. jangan tanya orang lain. mereka tak tahu. arasso? :)





much love. ♥


Sunday, October 9, 2011

kebaikanku.



cinta hati.




assalamualaikum wbt.


maaf kepada sesiapa yang tak dapat access detik waktu itu beberapa hari lepas.
saya private kan sebab rasa serabot.
maaf maaf maaf.


hari neh saya gembira.
rasa macam Allah beri pelangi selepas beberapa hari asyik hujan.
awal pagi mama telefon.


mama: mama dekat cameron neh.
saya: cameron? whoaaa g cameron buat ape?
mama: honeymoon.
saya: *tergelak* cehh. hahaha.
mama: 11hb nanti mama papa g KL. nanti mama pergi tengok kak yong ngn afiq.
saya: siyes? yayyyy! cepat laaa datangggg! 


heeeee. yes! parents are coming here!
di saat saya down yang amat!
thank you Allah. thank you! ;) ;)


then tengahari tadi tiba-tiba dapat call.
mereka tanya saya turun Stabaz tak.
sengal je.
mentang-mentang aku regular customer selalu turun bawah.
hahaha. :P
then kami lunch sama.
seriously, saya happy.
mereka tak tahu what's happening,
tapi dorang made up my day.
sekali lagi,
thank you Allah. thank you!
thank you for the greatest friends! ♥


saya rasa bertuah.
bertuah sangat sangat.
terima kasih Allah untuk unconditional love ini.
maafkan hamba kerana terlambat mengetuk pintu Mu.
kerana sentiasa lupakanMu dikala senang. huhu.
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu.
terima kasih, terima kasih Allah!
Alhamdulillah. :) :)


ohhh lupa pulak.
sekarang sedang berlangsungnya Convocation Fiesta UIA atau singkatannya, CONVEST. :)
tahniah kepada semua graduate students! 
saya ada lagi 2 tahun. sabar sabar. hihihi.
mai laa datang memeriahkan STABAZ (Stalls and Bazaar) di sini.
memang heaven lah if nak shopping. hehe.


p/s: i pray the best for you. please pray the best for me too.


p/s/s: saya panggil anda dengan nama penuh kerana nama itu doa. tapi mungkin anda bukan kebaikan-ku, mungkin anda kebaikan someone else. saya redha dan saya akan let you go. :)


p/s/s/s: kecewa tak dapat join IIUM Got Talent Iron Chef! dah penuhhhh. :( :(




You can't lose what you never had, you can't keep what's not yours & you can't hold on to something that doesn't want to stay.
^^




much love. ♥

Tuesday, October 4, 2011

pilihan.









assalamualaikum wbt.


dari pagi hingga sekarang (pukul 6.02 petang) hujan still rintik-rintik.
eh. i'm talking about the real weather ye bukan kias-kiasan. hihi.
entah bila laaa baju-baju di jemuran tu nak kering. dah 3 hari neh sidai. ><


sepatutnya pukul 5 petang tadi ada kelas cooking.
sampai-sampai je di tempat kejadian, ada notis kata kelas postponed to 740pm.
adoii. penat makcik berjalan macam kilat tau! hahaha.
so saya dan cik lela pulang semula ke mahallah.
and now i end up depan lappy padahal esok pagi ada prensentation Public Sector Accounting dan petangnya ada quiz Malaysian Tax.
haa elok lah kan. adehhh.


ohh ye.
apa kaitan nya dengan tajuk kita pada hari neh ye?
pilihan, choices, options.
benda yang membawa maksud yang sama.
kalau kita diberi dua pilihan, kanan dan kiri untuk ke sesuatu destinasi.
dan kita tahu kanan tu banyak sangat berlaku kemalangan dan kiri adalah jalan yang selamat,
mestilah kita akan pilih kiri kan?
taaaaaapi kenapa ramai yang degil ikut kanan jugak?
bila dah kemalangan baru nak menyesal dan mengeluh kenapa tak ikut kiri.
salah siapa?
salah sendiri lah kan? huhuhu.


sama jugak dengan hati dan perasaan.
kalau dah tahu orang tu memang perangai dia macam tu,
kenapa hati tu nak suka jugak?
padahal you can point out every bad attitudes that orang tu ada.
you knew him all out. 
tapi suka degil kan.
menidakkan benda yang benar.
then sendiri merana sakit hati.
padahal ramai lagi manusia kat luar sana.
kenapa mesti nak menangis dan menunggu dekat luar pintu yang terkunci rapat tu?
sedangkan pintu-pintu lain elok je terbuka.
kenapa?


dan bila sesuatu yang tak pernah kau duga terjadi,
barulah nak rasa menyesal bagai kan.
tapi takpe.
belum terlambat.
sempat lagi bangun daripada pintu tu dan pergi kat pintu lain yang sedang menunggu. :)


saya nekad.
from what happen today,
saya takkan letakkan kepercayaan saya pada orang 100%.
walaupun pada best friend sendiri.
i've had enough.
i've seen enough.
i've cried enough.
dan saya dah sabar enough.
cukuplah.
cukuplah 3 tahun lepas saya rasa sedih macam neh.
cukuplah sekali je saya menangis dengan lemahnye.
dan saya taknak peristiwa 3 tahun lepas terjadi lagi.
jadi dengan ini,
kepada cik hati,
saya nak awak berehat.
saya nak awak lupakan semua bebanan.
saya nak awak gembira.
rehatlah puas-puas okay.
saya akan pastikan awak akan tersenyum je lepas neh. :)


dan kepada anda,
saya bukan tali untuk di tarik dan di tolak sesuka hati.
saya tak rasa anda sebengap itu untuk tak nampak.
jika anda tahu dan tak dapat terima, dan niat anda ingin menjaga persahabatan kita menyebabkan anda cuba menjaga hati saya dengan berbaik dengan saya,
maka saya harap lupakanlah.
kerana anda ibarat menuang garam ke luka saya.
you've knew about my previous love.
but yet anda serupa je.
jadi dont you worry.
mulai saat tengahari tadi,
saya nekad untuk stop semua benda neh.
whatever happens to you,
whatever about you,
saya dah tak peduli.
saya tak mahu kehilangan anda sebagai kawan,
tapi tolonglah bagi saya masa untuk sort things out.
i'm confused.
mix feelings.


dan kepada anda yang sorang lagi,
i trusted you dengan semua cerita dan segala cerita hati saya.
but then saya taktahu kenapa you did this to me.
bukan saya nak marah awak dengan dia,
it just kenapa?
kenapa macam nak rahsiakan?
kenapa?
hmmm.
tapi jangan risau.
saya takkan bencikan awak semata-mata kerana lelaki.
it's not worth it.
my girlfriends are more precious than my boyfriends.
tapi maaf la ye if trust saya pada awak dah takde.
trust is like an eraser. it gets smaller after every mistakes.
it's not completely because of you,
tapi sebab hal ini, saya ada a strong reason kenapa saya perlu give up this feelings.
so, i thank you.


saya minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan post ini.
ye. agak emotional post kali neh.
maaf maaf maaf maaf.


p/s: deactivated my fb. serabot. malas nak nampak dan tahu apa-apa.

p/s/s: saya dah sepenuhnya give up. jadi tak usah rasa gusar atau tak selesa atau sebagainya. 



p/s/s/s: tak penah2 aku tinggalkan nasi sepinggan penuh macam tu je. huhuhu.


p/s/s/s/s: i'm okay. :)


p/s/s/s/s/s: addicted to fix a heart and lightweight by demi lovato. ♥






ohhh. 
happy birthdayyyyy Aiza Adibah Roslan. 
sweet 22 dearest! i love youuuuu! thank you for always being there. 
friends through thick and thin! muah3! ;) ;)




much love. ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...