.

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, August 26, 2011

biskut arab.

assalamualaikum wbt.


selamat bertemu dalam rancangan Riang Ria Biskut Raya. :P
menu kita hari ini ialah biskut arab warna warni ye.
dulu time kecik2 mama buat biskut arab warna putih je, 
pastu letak ceri merah cincang kt tengah. ekeke.


oleh kerana ada request daripada cikgu dan beberapa orang kawan minta share resepi biskut arab yang saya upload gambarnya semalam d Facebook,
maka saya pun sediakanlah entry khas ini. hihihi.




biskut arab versi saya. hehe.


Bahan A  
80g gula aising 
130g minyak sapi
Bahan B 
250g tepung gandum 
20g tepung jagung 
Caranya; 
1. ayakkan bahan B lepas tu ketepikan.  
2. sebatikan bahan A dan pukul biar kembang. (bagi dia bertukar cerah sikit warnanya) 
3. masukkan bahan B tadi. kacau dan uli bagi sebati. ( if adunannya mungkin lembik sedikit, tambah tepung gandum) 
4. bahagikan kepada 3 bahagian (neh ikot suka ye. if nak bg warna warni lagi, 4 pun boleh) dan masukkan pewarna kesukaan anda. (macam saya, saya letak merah dan hijau je. lagi satu bahagian saya biarkan putih je. hehe) 
5. ambil sedikit adunan warna merah, hijau dan putih tadi, cantumkan dan uli dia bulat-bulat. 
6. susun dalam loyang yg telah d griskan. (saya x griskan loyang dgn butter, saya lapik loyang dengan baking paper sebab xnak biskut berminyak. hehe) 
7. bakar pada suhu 170C selama 20 minit. 
8. bila biskut da sejuk, golekkan biskut tu dengan gula kastor then masukkan ke dalam paper cups. :)


heeee. senang dan simple kan? selamat mencuba! 



much love. ♥




Monday, August 15, 2011

bebelan ramadhan.







assalamualaikum wbt.


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
sedar tak sedar dah separuh bulan Ramadhan.
sedar tak sedar dah separuh bulan kita berpuasa.
dah cukup ke amal ibadah kita?
dah berpuas hati ke dengan pencapaian kita setakat neh?
ada separuh bulan je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.
adakah kita sempat nak bertemu Ramadhan yang seterusnya?


tadi semasa tengah drive ke airport nak amik kak ngah,
terdengar ada ustaz neh cakap kat ikim.fm.


Rasulullah paling banyak bersedekah time bulan Ramadhan. 
kita neh kalau bulan lain tak banyak bersedekah, cuba bersedekah time Ramadhan neh.
insyaAllah after Ramadhan, bersedekah tu akan jadi one of our habit.
sama jugak berbuat baik dengan orang.
tapi kalau bulan lain tak bersedekah, tak berbuat baik, lepas tu bulan Ramadhan pun tak cuba buat,
insyaAllah lepas Ramadhan lagi liat kita nak buat demikian. 


nauzubillah. huhu.


maknanya, jangan sia-siakan Ramadhan.
ada orang tak sempat pun nak merasa Ramadhan tahun neh.
kita yang Allah beri peluang, patut rebut peluang neh.
maksud nya Allah beri kita kesempatan nak tambah amalan.
untuk tambah amal ibadah dan kebajikan.


terbaca dekat blog Nadiah,



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil,  dan doa orang yang dizalimi. Doa2 mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu2 langit. Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemuliaanku, Aku akan menolongmu"

(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)




jadi apa lagi? 
ada 14 hari lagi insyaAllah.
masih belum terlambat. :)


p/s: bebelan di atas adalah teguran dan motivasi buat diri sendiri terutamanya. hee :)


p/s/s: ohh. saya punya 3 blog sekarang. hahaha. tamak kan? 1 blogspot neh, dan 2 tumblr. 1 public dan 1 private. and i just love my secret hide out! kikiki. :P


p/s/s/s: maybe akan ke KL this 17th. my opah saudara koma now after operation. it's been a month. huhuhu. tolong doakan ye. 




Timelapse: Ramadhan from Tuan Zhariff on Vimeo.



i love kelantan. :P




much love. ♥



Friday, August 12, 2011

kad raya dan setem.

assalamualaikum wbt.




tahukah anda bahawa setem 30 sen sudah tidak ada?
apaa? tak tahu?
sama la kita.
saya pun tahu beberapa hari lepas.
itu pun sebab ke pejabat pos untuk beli setem sebab nak pos kad raya.
malu je i dengan abang dan kakak kaunter tu.


saya: kak, setem 30 sen ada?
kakak kaunter: eh dik, setem 30 sen da setahun tade.


terdiam kejap.
kalau ikotkan malu,
memang da buat drama berlari keluar daripada pejabat pos.
heh. nampak sangat pergi pejabat pos setahun sekali. hahaha.
blank otak saya.


saya: ohh yeke. habes tu if nak hantar kad raya kene gune setem berapa sen kak?
kakak kaunter: 50 sen dik. if kad tu jenis panjang, 60 sen. tapi kalau sampul bercorak, 80 sen.


mak aihh!
da tu macam mana nak pupuk kan balik budaya pos kad raya macam dulu-dulu?
cuba habaq mai chek nak dengaq! 
eh emo pulak. hahaha.


tak tahu la pulak kan setem 30 sen da takde setahun.
sebab saya tengok iklan Pos Malaysia pasal yang dia jual poskad 8 keping sekali dengan setem 30sen RM5.
dah tu mana datang nye setem 30 sen tu?
huwaaaa.
pening.
maka saya pun dengan muka terkebil-kebil membeli setem 50 sen. -_-


tiba-tiba perasaan nak pos kad raya banyak2 berbolak-balik. hahahaha. :P :P


p/s: Allah akan uji kita dengan perkara kita paling lemah. Sekiranya kita mudah sangat kecik hati, Allah akan hantar beribu manusia yg membuat kita kecil hati. huhuhu. 


p/s/s: fasa kedua Ramadhan alreadyy! :)






much love. ♥





Sunday, August 7, 2011

mari ke dapur.

assalamualaikum wbt.

baru selesai memerap ayam dan kambeng untuk dibakar kejap lagi.
hehehe.
ape menu berbuka korang hari neh?
tak kisah la buka makan ape pun,
yang penting jangan berlebihan dan mengganggu ibadah nanti ye. :)




semalam kawan-kawan kak ngah datang iftar kat rumah.
tiap kali ada orang datang untuk makan,
selalunya satu family akan turun ke dapur untuk masak.
dan ketua chef nye ialah papa.
dibantu oleh mama.
saya ialah budak suruhan.
hahaha. tapi salunye part dessert ialah part saya.

yes.
papa sangat pandai masak.
mama pun!
tiap kali raya or buat konon open house,
papa dan mama dan masak macam2 jenis makanan kat dapur.
dan sepupu serta kaum kerabat saya tahu akan kesedapan papa dan mama masak.
kadang dorang datang sebab excited nak makan masakan papa dan mama.
hehe :D

my adik2 pun pandai masak.
even firdaus yg berusia 12 tahun tu.
dan kami adik beradik masak ikot gaya papa.
campak masuk je ape yang ade.
semua tu influence rancangan masakan kat tv.
hahaha.
dan if kat tv tade rancangan yang best,
maka channel AFC dan juga channel Asian Food Network akan menjadi pilihan.
pastu mula la nak try buat itu ini. :P

dear future hubby,
awak tak perlu pandai masak pun if awak tak reti.
jangan risau.
cuma saya harap awak akan makan masakan saya dengan ikhlas walaupun tak sedap. hehe.
tapi if awak pandai masak,
tu bonus la untuk saya.
tade la saya masak, saya makan.
nak jugak awak masak, saya makan.
hihihi.
takde la nak suruh awak masak tiap2 hari pun,
on special occasion ke, wat surprise ke. hehehe. *okayyy da berangan. :P*

p/s: semoga aku dapat bersabar untuk 4 bulan je lagi. ameen!

p/s/s: dear future hubby, this one is for you. "cintai aku dengan hatimu seperti aku mencintaimu. ♥ "

p/s/s/s: ohh gediknyaa kau. tak payah nak eekk ekkk sangat laa~ meluat. titik.


much love. ♥




Friday, August 5, 2011

kenangan puasa.

assalamualaikum wbt.


alhamdulillah. 
dah masuk 5 Ramadhan. 
semoga diri dan iman kita masih sihat la ye. hee ;)


haaa.
neh nak cerita pengalaman dan kenangan puasa saya time kecik-kecik.
saya mula belajar puasa masa umur 5 ke 6 tahun tah dah lupa.
masa tu macam budak-budak sekarang la,
puasa separuh-separuh hari.
contoh hari neh puasa separuh hari, esok separuh hari,
jadi totalnya satu hari.
tak aci kan kira macam tu? ekeke.


bila masuk darjah 1,
ramai kawan-kawan puasa.
tapi yang tak puasa pun ada.
time tu cikgu kata darjah 1 takpe.
dibenarkan lagi tak puasa pun.
tapi disebabkan kawan-kawan puasa, saya pun puasa la jugak.
bila balik rumah,
mengadu penat pastu minta izin mama nak puasa separuh je.
hahaha.
tapi sebab balik rumah pun dah pukul 3 - 4 petang, 
mama kata tahan la sikit jeee.
jadi masa darjah 1,
ada kot tiga empat hari ponteng. 
sebab weekend. ekeke. :P


dulu time puasa mama selalu buat kek chocolate.
ramai la yang tempah kek dengan mama.
dan saya time tu memang tak reti apa-apa.
tahu menyebokkan diri kat dapur je tengok mama buat.
lepas adunan tu da dimasukkan ke dalam loyang,
kan ade saki-baki yang melekat dekat dalam bekas adunan tu,
tanpa sedar, saya mencalit sedikit pada tangan dan makan.
hahaha. memang tak sengaja tahu!
sebab da terbiasa makan adunan tepung tu.
eleyyy. korang masa kecik2 pun makan jugak kan kan kan? *carik geng. :P*


saya puasa penuh masa darjah 2.
tu pun banyak jugak la songeh nye.
hihihihi.


ada sekali tu,
lupa time tu darjah berapa,
lepas penat solat teraweh,
saya tertidur.
tiba-tiba bila tersedar,
saya dengar mama dengan papa dan adik2 tengah makan.
mengamuk saya nangis2 sebab ingat mama tak kejut saya sahur.
rupanya,


"kak yong, neh baru pukul 11 malam. bukan sahur lagi."


hahahahaha. rupanya salah paham.
adoiii. sengal tak?




gambau daripada inche Gugel.




masa kecik saya suka makan kek pisang.
ala kek pisang yang logo die pisang pakai topi chef tuuu.
pernah makan tak?
sedap kan? hahaha.
konon nak makan time sahur,
tapi saya asyik lupa.
time tu takde lagi sticky note tu.
so saya koyak kertas sedikit,
tulis: "jangan lupa makan kek pisang"
lepas tu selotape dengan baju tidur yang saya sedang pakai tu.
hahahaha.
semangat gila tak? :P


haaa.
teringat masa saya tingkatan 2,
masa tu mama dan papa ambil saya pulang sekolah lambat sebab saya ada apa tah kat sekolah.
lepas tu pergi bazaar Ramadhan.
beli la satay.
dan satay itu dipegang oleh saya.
masuk je kereta,
automatic tangan bukak plastik satay tu,
dan ambil satu cucuk, masuk mulut!
hahahaha.
siyes tak sedar langsung.
mungkin sebab terasa lapar, dan biasa makan dalam kereta macam tu,
so TERmakan satay tu.
bila kat traffic light,
pelik la jugak sebab orang dalam kereta sebelah duk tengok2.
tiba-tiba mama kata, 


"eh. kak yong tak puasa ke?"
"eh alamakkk!!! lupaaaa!!"


time tu dah 5 cucuk satay saya makan.
jam menunjukkan pukul 630pm.
hahaha.
rezeki saya. kikikiki. ;D


ada jugak satu masa neh,
saya terlupa saya puasa,
makan nasi habis sepinggan,
lepas tu baru teringat saya puasa.
masa tu tengah bancuh air.
so tak sempat minum.
tercekik gak la rasa time tu.
hahahaha. :P


rinduuuu nye puasa dekat sekolah dulu. :(


p/s: baru 2 minggu lepas demam, neh rasa nak demam lagi. batuk still belum hilang. dan i'm having flu. da seminggu. huuu. -_- takpe. sakit tu penghapus dosa kan?


p/s/s: terasa pulak dengan lirik nya. agagaga. perasan.

p/s/s/s: be positive positive positive positive okay!




much love. ♥


Monday, August 1, 2011

ramadhan datang lagi! :)

assalamualaikum wbt.


Ramadhan is finally here!
alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan.
tapi tak tahu la kan sempat merasai Ramadhan hingga ke akhirnye ke tak. 
ajal maut di tangan Tuhan.
kita sebagai hamba neh kena selalu ingat dan selalu berdoa agar dipanjangkan umur dan dimatikan dalam iman.
bak kata Syam Kamikaze dalam Bicara Selebriti yang saya pergi semalam,
kalau umur panjang sampai 1000 tahun pun, tapi amal ibadah, solat tah kemana-mana, tak guna jugak.
so jangan la minta doa umur panjang je. 
minta lah juga semoga matinya kita nanti mati yang sempat mengucapkan syahadah. :)


alhamdulillah juga tadi berpeluang berterawikh di masjid.
raaamai sangat tadi. hehe. ;)
semoga Allah berikan ku kekuatan untuk melalui Ramadhan ini dengan sempurna.
kalau boleh Ramadhan kali neh saya nak tenang je.
sebab bila Ramadhan kita boleh mendisiplinkan dan mengawal diri.
saya nak kawal dan buang segala apa yang tak perlu saya fikir dan yang tak perlu saya rasa. :)


tiap kali Ramadhan tiba,
saya akan amat tersangat rinduuu pada kenangan di CFS Nilai. :')
ohh i wish i could go back to the time.
sebab Ramadhan itu saya rasa Ramadhan saya yang paling bermakna.
ohhhh RINDUUU! ekeke. :P


Doa malaikat Jibril menjelng Ramadhan "Ya Allah tolng abaiknpuasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukn hal2 berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dulu kpd kedua orang tuanya (jika masih ada)
 
* Tidak bermaafan terlebih dulu antra suami isteri; 
* Tidak bermaafan terlebih dulu dgn orang2 sekitarnya. 
Maka Rasulullah pun mengtakn Amiin sebanyak 3 kali.


saya nak minta maaf untuk semua salah dan silap saya.
ampunkan semua kekhilafan diri saya.
maafkan andai ada hati yang terguris dengan mana-mana kata dan perbuatan saya.
semoga Ramadhan kali ini memberi seribu penuh makna kepada kita semua.
salam Ramadhan Kareem. ^^


p/s: batuk makin menjadi-jadi. da seminggu tapi tak baik-baik lagi. huhu. 


selingan;
Ramadhan 2010.
kelihatan kucing ku bernama Spicy sedang minum air. jam menunjukkan pukul 3 petang.
a-ah: sedaaaapnyee tengok Spicy minum. terliur nye. *telan air liur* 
hahahaha. adoii. kucing minom air pun boleh tergugat puasa budak kecik tu. semoga Allah kuatkan imanmu, adikku sayang. :D


picnic @ Taman Tengku Anis. 29th July. ;)

RV for them. :)

Aisyah Hanaan dan bundanya Indah. :)




much love. ♥






That feeling you get when you see something that upsets you and your stomach drops and a lump forms in your throat and your eyes swell with tears and your body begins to shake and your heart is racing and your head is spinning and you feel the blood drain from your face and it feels as if you’re about to explode and then that first tear drops and you just break down as your body uncontrollably shakes and you gasp for air as you choke back tears.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...