assalamualaikum wbt.
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
sedar tak sedar dah separuh bulan Ramadhan.
sedar tak sedar dah separuh bulan kita berpuasa.
dah cukup ke amal ibadah kita?
dah berpuas hati ke dengan pencapaian kita setakat neh?
ada separuh bulan je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.
adakah kita sempat nak bertemu Ramadhan yang seterusnya?
tadi semasa tengah drive ke airport nak amik kak ngah,
terdengar ada ustaz neh cakap kat ikim.fm.
Rasulullah paling banyak bersedekah time bulan Ramadhan.
kita neh kalau bulan lain tak banyak bersedekah, cuba bersedekah time Ramadhan neh.
insyaAllah after Ramadhan, bersedekah tu akan jadi one of our habit.
sama jugak berbuat baik dengan orang.
tapi kalau bulan lain tak bersedekah, tak berbuat baik, lepas tu bulan Ramadhan pun tak cuba buat,
insyaAllah lepas Ramadhan lagi liat kita nak buat demikian.
nauzubillah. huhu.
maknanya, jangan sia-siakan Ramadhan.
ada orang tak sempat pun nak merasa Ramadhan tahun neh.
kita yang Allah beri peluang, patut rebut peluang neh.
maksud nya Allah beri kita kesempatan nak tambah amalan.
untuk tambah amal ibadah dan kebajikan.
terbaca dekat blog Nadiah,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi. Doa2 mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu2 langit. Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemuliaanku, Aku akan menolongmu"
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
jadi apa lagi?
ada 14 hari lagi insyaAllah.
masih belum terlambat. :)
p/s: bebelan di atas adalah teguran dan motivasi buat diri sendiri terutamanya. hee :)
p/s/s: ohh. saya punya 3 blog sekarang. hahaha. tamak kan? 1 blogspot neh, dan 2 tumblr. 1 public dan 1 private. and i just love my secret hide out! kikiki. :P
p/s/s/s: maybe akan ke KL this 17th. my opah saudara koma now after operation. it's been a month. huhuhu. tolong doakan ye.
Timelapse: Ramadhan from Tuan Zhariff on Vimeo.
i love kelantan. :P
much love. ♥
1 kata mereka.:
selamat hari raye :)
Post a Comment