.

Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

finally~







assalamualaikum wbt.
*tiup-tiup habuk*
been VERYYYYYYYYY busy lately.
kesian inche blog kan.
terabai. kehkeh.
maaf!


banyakkkk sangat happen last november.
on 20112011, saya hilang purse.
eh no.
bukan hilang, tercicir.
nak tahu tercicir kat mana?
believe or not, saya tercicir purse saya dalam bas rapidKL.
time tu baru pulang dari Jusco Wangsa Maju bersama Aiza.
sampai je dekat bus stop sumayyah,
saya baru perasan purse tade dalam bag.
time tu dah menangis dah dekat bus stop.
time tu juga ramai foreigners lelaki dekat bus stop tu.
dorang dah pandang pelik da.
hahaha. ahh pedulik ape aku. :P
call aiza tanya dia kot2 dia ada ternampak purse saya or terambil ke.
aiza kata tade. 
air mata makin lebat memikirkan, "mati laaa mama marah nanti. nak kena buat police report lg, ic baru, lesen kereta, matric card, block bank cards..." 


hati dan perasaan saya kuat mengatakan purse saya ada dalam bas rapidKL. 
maka dengan berat hati saya call zati minta tolong if boleh hantarkan saya ke Terminal LRT Gombak.
nasib baik zati boleh hantarkan. huuu.
sampai je dkt LRT Gombak,
kitorang cakap dgn ada pakcik guard kt situ utk nak check bas.
pakcik tu cakap, "awak jangan berharap sangat la purse tu ada. sebab ramai yang naik turun bas. selalunya mesti dah tade da."
huuuu mmg ade kebenaran dalam kata-kata pakcik tu.
taaapi, pakcik!! kata-kata pakcik are not helping! hahaha. aish.
bila pintu bas buka, saya teros masuk, check dekat seat yg saya duduk sebelum tu.
Alhamdulillah~ elok je purse tu ada dekat seat tu. huhu.
check dalam purse, semuanya ada. tade pape pn yang hilang. Alhamdulillah lagi. ;D
pakcik tadi cakap, "awak memang bernasib baik. mmg rezeki awak la neh."
hehehe.
thank you Zati dan Wadil sebab tolong! :D :D


keesokan harinya, saya tercicir handphone pulak. hahaha. -_-
tercicir dekat General Lab Econs.
pukul 330pm baru perasan phone tade dalam bag.
maksudnya dah sejam setengah phone tade dgn saya baru saya perasan. ngee.
kawan-kawan semua dah membebel dah sebab tercicir barang utk 2 hari berturut. kehkeh.
nasib pukul 530pm, phone saya dijumpai. 
terima kasih abg GL, sebab simpankan! 
dan terima kasih kepada org yang jumpa tu sebab tolong serahkan kepada abg GL tuu. :D


gila kan? hahaha.
nak kata stress, time tu saya langsung tak stress. 
tah la kenapa.
mengada-ngada mungkin. :P


and for the past 3 weeks,
kaki neh bagai tak jejak tanah siapkan segala mak nenek assignments dan projects.
serious penat sangatttttt.
tapi Alhamdulillah everything dah pun selesai dan dah selamat di-submit-kan dah pon. hehehe.


and now, it's finals time!


27/12 - 230pm - Accounting for Islamic Banks 
29/12 - 9am     - Malaysian Taxation 
31/12 - 9am     - Advanced Accounting 
4/1     - 9am     - Public Sector Accounting 
8/1     - 9am     - Decision Making and Control          
          - 230pm - Analysis and Design for Accounting Information System 
11/1   - 740pm - HOME SWEET HOME! ;) 
16/1-13/7 - Practical Training! :(

doakan kejayaan kami ye! hehe.


p/s: bila musim finals cmni, i miss those moments. rindu. yang. amat. sangat. now. it's. gone. damn you.


much love. ♥ 

Wednesday, September 28, 2011

I thank YOU. :)

assalamualaikum wbt.


sedang takde mood nak study ADAIS.
mari layan lagu di bawah. :P






Everything I know about love I learned from you, from you
And everything I know about pain I learned from you, from you
You were my only, You were my first
You showed me lonely, and you took me in when I was hurt
But the most important thing you ever gave me,
You was the one that hurt the most

So thankyou for the broken heart, oh yeah
And thankyou for the permanent scar
Cause if it wasn’t for you
I might forget, how it feels to let go
And how it feels to get a brand new start
So thankyou for the broken heart

I still remember when you called
and said that he didn’t admit anything
How could you expect me to look at you the same way
You were my only but not my last
You showed me lonely, and you made me put you in the past
The most important thing you ever gave me was the one that hurt the most

So thankyou for the broken heart, oh yeah
And thankyou for the permanent scar
Cause if it wasn’t for you
I might forget, how it feels to let go
And how it feels to get a brand new start
So thankyou for the broken heart

And everytime I find myself alone in pieces
I find myself I’ll just remember when you hurt me and I made it

So thankyou for the broken heart
And thankyou for the permanent scar
Cause if it wasn’t for you
I wouldn’t be here, With the love of my life all my pain disappear
I’ve come so far
So thankyou for the broken heart
I thank you, I thank you
For the broken heart
Oh yeah oh, Broken heart..



p/s: happy birthdayyyyyyy to my dear Nur Aliah Azhari dan Aida Safiyyah Ismail! love you both much much! muah3! ♥







much love. ♥


Friday, August 12, 2011

kad raya dan setem.

assalamualaikum wbt.




tahukah anda bahawa setem 30 sen sudah tidak ada?
apaa? tak tahu?
sama la kita.
saya pun tahu beberapa hari lepas.
itu pun sebab ke pejabat pos untuk beli setem sebab nak pos kad raya.
malu je i dengan abang dan kakak kaunter tu.


saya: kak, setem 30 sen ada?
kakak kaunter: eh dik, setem 30 sen da setahun tade.


terdiam kejap.
kalau ikotkan malu,
memang da buat drama berlari keluar daripada pejabat pos.
heh. nampak sangat pergi pejabat pos setahun sekali. hahaha.
blank otak saya.


saya: ohh yeke. habes tu if nak hantar kad raya kene gune setem berapa sen kak?
kakak kaunter: 50 sen dik. if kad tu jenis panjang, 60 sen. tapi kalau sampul bercorak, 80 sen.


mak aihh!
da tu macam mana nak pupuk kan balik budaya pos kad raya macam dulu-dulu?
cuba habaq mai chek nak dengaq! 
eh emo pulak. hahaha.


tak tahu la pulak kan setem 30 sen da takde setahun.
sebab saya tengok iklan Pos Malaysia pasal yang dia jual poskad 8 keping sekali dengan setem 30sen RM5.
dah tu mana datang nye setem 30 sen tu?
huwaaaa.
pening.
maka saya pun dengan muka terkebil-kebil membeli setem 50 sen. -_-


tiba-tiba perasaan nak pos kad raya banyak2 berbolak-balik. hahahaha. :P :P


p/s: Allah akan uji kita dengan perkara kita paling lemah. Sekiranya kita mudah sangat kecik hati, Allah akan hantar beribu manusia yg membuat kita kecil hati. huhuhu. 


p/s/s: fasa kedua Ramadhan alreadyy! :)






much love. ♥





Friday, August 5, 2011

kenangan puasa.

assalamualaikum wbt.


alhamdulillah. 
dah masuk 5 Ramadhan. 
semoga diri dan iman kita masih sihat la ye. hee ;)


haaa.
neh nak cerita pengalaman dan kenangan puasa saya time kecik-kecik.
saya mula belajar puasa masa umur 5 ke 6 tahun tah dah lupa.
masa tu macam budak-budak sekarang la,
puasa separuh-separuh hari.
contoh hari neh puasa separuh hari, esok separuh hari,
jadi totalnya satu hari.
tak aci kan kira macam tu? ekeke.


bila masuk darjah 1,
ramai kawan-kawan puasa.
tapi yang tak puasa pun ada.
time tu cikgu kata darjah 1 takpe.
dibenarkan lagi tak puasa pun.
tapi disebabkan kawan-kawan puasa, saya pun puasa la jugak.
bila balik rumah,
mengadu penat pastu minta izin mama nak puasa separuh je.
hahaha.
tapi sebab balik rumah pun dah pukul 3 - 4 petang, 
mama kata tahan la sikit jeee.
jadi masa darjah 1,
ada kot tiga empat hari ponteng. 
sebab weekend. ekeke. :P


dulu time puasa mama selalu buat kek chocolate.
ramai la yang tempah kek dengan mama.
dan saya time tu memang tak reti apa-apa.
tahu menyebokkan diri kat dapur je tengok mama buat.
lepas adunan tu da dimasukkan ke dalam loyang,
kan ade saki-baki yang melekat dekat dalam bekas adunan tu,
tanpa sedar, saya mencalit sedikit pada tangan dan makan.
hahaha. memang tak sengaja tahu!
sebab da terbiasa makan adunan tepung tu.
eleyyy. korang masa kecik2 pun makan jugak kan kan kan? *carik geng. :P*


saya puasa penuh masa darjah 2.
tu pun banyak jugak la songeh nye.
hihihihi.


ada sekali tu,
lupa time tu darjah berapa,
lepas penat solat teraweh,
saya tertidur.
tiba-tiba bila tersedar,
saya dengar mama dengan papa dan adik2 tengah makan.
mengamuk saya nangis2 sebab ingat mama tak kejut saya sahur.
rupanya,


"kak yong, neh baru pukul 11 malam. bukan sahur lagi."


hahahahaha. rupanya salah paham.
adoiii. sengal tak?




gambau daripada inche Gugel.




masa kecik saya suka makan kek pisang.
ala kek pisang yang logo die pisang pakai topi chef tuuu.
pernah makan tak?
sedap kan? hahaha.
konon nak makan time sahur,
tapi saya asyik lupa.
time tu takde lagi sticky note tu.
so saya koyak kertas sedikit,
tulis: "jangan lupa makan kek pisang"
lepas tu selotape dengan baju tidur yang saya sedang pakai tu.
hahahaha.
semangat gila tak? :P


haaa.
teringat masa saya tingkatan 2,
masa tu mama dan papa ambil saya pulang sekolah lambat sebab saya ada apa tah kat sekolah.
lepas tu pergi bazaar Ramadhan.
beli la satay.
dan satay itu dipegang oleh saya.
masuk je kereta,
automatic tangan bukak plastik satay tu,
dan ambil satu cucuk, masuk mulut!
hahahaha.
siyes tak sedar langsung.
mungkin sebab terasa lapar, dan biasa makan dalam kereta macam tu,
so TERmakan satay tu.
bila kat traffic light,
pelik la jugak sebab orang dalam kereta sebelah duk tengok2.
tiba-tiba mama kata, 


"eh. kak yong tak puasa ke?"
"eh alamakkk!!! lupaaaa!!"


time tu dah 5 cucuk satay saya makan.
jam menunjukkan pukul 630pm.
hahaha.
rezeki saya. kikikiki. ;D


ada jugak satu masa neh,
saya terlupa saya puasa,
makan nasi habis sepinggan,
lepas tu baru teringat saya puasa.
masa tu tengah bancuh air.
so tak sempat minum.
tercekik gak la rasa time tu.
hahahaha. :P


rinduuuu nye puasa dekat sekolah dulu. :(


p/s: baru 2 minggu lepas demam, neh rasa nak demam lagi. batuk still belum hilang. dan i'm having flu. da seminggu. huuu. -_- takpe. sakit tu penghapus dosa kan?


p/s/s: terasa pulak dengan lirik nya. agagaga. perasan.

p/s/s/s: be positive positive positive positive okay!




much love. ♥


Wednesday, July 27, 2011

cerita hati.

assalamualaikum wbt.


mood berholiday dah habis.
sekarang mood driver dan baker kembali. kikiki.
i would say, i had an awesome jalan-jalan makan angin. hihi ♥
sukaaaa! 
hope nanti plan vacation dengan kawan-kawan menjadi realiti. tak sabarr! :DD







my fav. :)







sebenarnya ada je cerita nak beritahu.
tapi sifat malas nak mengarang bercambah-cambah pulak malam neh. keh3.
insyaAllah esok lusa ke bila sifat rajin datang, saya post ye. :D


p/s: tadi tengok cerita korea. bila fikir-fikir balik, kesian kan sebenarnye dekat 2nd hero/heroin. tak kisah la dalam cerita korea ke jepun ke melayu ke english ke indon ke, nasib 2nd hero/heroin mmg mcm tu. sebab dorang tak dapat orang yang mereka nak. sbb terpakse melepaskan demi hero/heroin tu. yelaa. cinta tak boleh dipaksa kan. cerita Nora Elena pn mcm tu gak. tapi what to do kan? hmm. 


p/s/s: saya nak ia terhenti.


p/s/s/s: gila tak kalau beritahu mama suruh carikan jodoh? kikikiki :P penat la beremosi dengan hati.


much love. ♥



Tuesday, June 14, 2011

RSARA. :)

assalamualaikum wbt.






tengah bosan tak tahu nak buat apa.
padahal ade assignment case CF.
tapi kene submit on 23rd.
so takpe boleh buat esok2. 
hihi yeahh buruk perangai tangguh2, i know~ :P


malam neh nak membebel je kat sini.
membebel pasal ape?
pasal nama saye.
okay okayy memang tak menarik langsung pn.
ade aku kesah?
blog saye suka hati saya laa.
kikiki :P


RAJA SITI AFIQAH.


saya tak tahu la sape yg pilih nama Afiqah tu.
maybe mutual agreement mama dan papa.
tapi yang saya tahu,
Siti tu papa yang beriya-iya nak letak.
sebab? entah saya pun tak tahu.
hahaha.


Afiqah membawa maksud yang sangat berpengetahuan dan yang sangat pemurah. :D
saye tak rasa la saya neh seorang yang sangat berpengetahuan, 
but even though, i may not know things that most of people do,
but i do know things that only few people knew. :)
i'm still learning, still searching.
ilmu tu sampai mati pun takkan habis belajar kan?
ape yang penting, berusaha untuk belajar. heee. :)


dulu saye tak suka nama saye.
nak tahu kenape?
sebab nama saye panjang dan saye tak tahu kenape saye susaaaah sangat nk ingat name sendiri.
huhuhu.
so mase tadika,
saya pernah cakap kat mama saya nak tukar nama.
marah mama dan papa sebab bagi nama panjang sedangkan nama kawan2 semuanya pendek2 je.
masa tu saya rasa saya sorang je pelik. *sengal kan? haha*


lepas tu ada suatu hari ketika saye berumur 6 tahun,
pagi tu papa hantar pergi tadika.
saya tunjuk buku tulis saya dekat papa.
tanya kenape cikgu eja nama saye as, "R. S. Afiqah binti R. Azmi"
tanye R tu ape, S tu ape.
papa pun ambil pen pastu tulis nama saya dengan penuh.
papa cakap, "cakap dekat cikgu, jangan tulis cmtu da"


so sejak tu,
saya sangat tak suka orang pendek2 kan nama saye.
tapi masalah tu tetap berlaku ketika sekolah rendah dan sekolah menengah.
sebab name tag kan de limit berapa huruf.
cikgu kate if letak nama penuh, nanti tulisan tu kecik.
cikgu tak bagi.
so name tag saya nama, "Afiqah" je.


bila masuk form 4,
saya insist jugak nak letak Raja Siti Afiqah dekat name tag.
last2 cikgu bagi.
tapi tulisan mmg kecik la.
tapi tak kesah pun asalkan penuh.
hahahaha.
sebab saya rasa saya patut bangga dengan nama yang mama dan papa bagi.
ade orang nama lagi panjang kot.
da la panjang, pelik2 pulak tu.
berbelit lidah nak sebot.
hehehe.


tapi hal ini bukan saye sorang je lalui,
rupanya adek-beradek saye pun same.
name tag adek saya yang bongsu, A-ah tu, "R. Siti Solehah".
ahahahaha. nasib le~ :P


dan yg paling penting nak stress out kat sini ialah,
nama panggilan.
banyakkkkkkkkk sangat!
sampai kadang if ada kawan tersalah hantar msg,
saya jadi pening nak cakap macam mane.


"sorry awak salah hantar msg neh. neh fiqah."
"fiqah? fiqah mane?"
"err. raja siti afiqah"
"ohh. raje! cakap la raje." (_ _!)


hahahaha. adoiiii.
kat rumah + relatives semua panggil "ayong or kak yong."
no, mereka bukan pelat yeee.
ayong means kakak ikot loghat perak okayy. :P
schoolmates panggil, "raje".
bestfriends + kakak seniors yang rapat from school panggil "ja or mc ja."
dekat UIA neh kawan2 laki panggil "raje" ade la dua tiga orang panggil "fiqah", 
yang perempuan pulak mostly panggil, "pkah, pika, fiqah, fiqa", 
tapi ade jugak yang panggil, "raje"
diraa dan amal syahirah panggil "fifi",
syue dan sue panggil, "pikachu",
ade dua orang lelaki sengal panggil "dayang".


ahahaha.
tell me macam mana nak ingat sape panggil apa.
very confusingggg!
ahahaha. adehhh. 
nanti keje tak tahu name ape pulak.


p/s: ohh. kepada inche bakal suami, nanti panggil saye Iqa yee.
terasa diri ini comel je. hakhak. =))


much love. ♥


Monday, June 6, 2011

Raja Siti Solehah.

assalamualaikum wbt.


nama siapakah?
haa. itu lah nama adik bongsu kesayangan saya.
nama panggilan dia ialah A-ah.
dia sangat pantang if saya panggil dia Leha.
mula la dia membebel marah.
jadi itulah modal saya untuk menyakat dia.
kadang-kadang, if A-ah tak dengar kata,
saya akan jerit "Lehaaaaaaaaa" kuat2.
baru lah dia akan respon.
miahahaha! -_-


A-ah sekarang darjah 3.
lahir 19 August 2002.
means dia berumur 9 tahun.
taaaaaapi, mulut diaaa, mak aihhh.
bercakap macam makcik2!
mungkin sebab dia keluar 'ikot tingkap' (caesar),
tu yang perangai pelik sikit tu kot.
ahahaha.


tahun neh A-ah dilantik jadi pengawas.
satu-satunya pengawas dalam keluarga saya.
sebab saya dan adik2 perempuan yg lagi 3 tu hanyalah pustakawan sekolah.
yang adik lelaki 2 orang tu memang takde jawatan ape2. huahua.
jadi A-ah pecah rekod! :P


post saya kali neh memang berkisar mengenai adik bongsu saya yang sangaaattttt sengaaaal orangnye.
meh saya share beberapa perbualan dia.


di Popular;
a-ah: "kak yong. A-ah nak beli notebook kecik satu."
saya: "notebook kecik untuk ape?"
a-ah: "untuk tulis nama budak2 bising tak dengar kata nanti. a-ah kan pengawas"


bersemangat tak dia jadi pengawas?
hahaha. adoiiiiii.


suatu petang di ruang tamu rumah.
saya sedang membaca surat khabar.
A-ah bersama Firdaus (saya panggil Adik, A-ah panggil Abang) sedang menonton TV.
tiba2 di TV sedang iklan pasal Quaker Oat.
 
TV: "...penyakit jantung pembunuh utama lelaki dan wanita"
a-ah: "abang, iklan tu kata penyakit jantung bunuh lelaki dan wanita. maksud nye pondan tak sakit jantung ke?"


sengal tak? sengal tak? 
hahahahaha. 
saya yang baca paper terus terkesima kejap!
adik tak payah cakap laa, dia memang buat dunno je dengan soalan a-ah tuu.
hahahaha. adoi~


sedang bosan2 petang Ramadhan,
saya sengaja nak sakat A-ah.
time tu gigi depan dia baru je gugur ke bumi.
so dia takde 'pagar depan'. hakhak.
 
saya: "a-ah! sian nye a-ah raya tahun neh tade gigi~ hahaha!"
a-ah: "raya tak semestinye kene ade gigi"


papa yang ada sama time tu da tepuk tangan da dengar a-ah jawab.
huwaaaa. sabau jeee laaa dengan budak tu! (_ _!)


neh satu lagi time saya tengah bosan.
*suka sangat sakat budak tu. ekeke*
 
saya: "a-ah~ nape eh a-ah neh buncit?"
a-ah: "nak buat macam mana? da Allah nak cipta macam tu"


sekali lagi kalahhhh! huwaaaaaa.
sape ajar dia menyengal macam tu?
pastu mama dan papa mula la cakap,


"suka sangat sakat a-ah tu kenapa? kak yong umur berapa, a-ah tu umur berapa? haish."


ekekekeke. biasa laahhh.
kakak mana yang tak suka sakat adik kan?
errr. ke saya je macam tu? :P


haaa.
A-ah ada facebook.
dia yang mintak saya buatkan.
sebab nak main games kat facebook.
jadi saya pun buat la email dan facebook account untuk dia.
wall dia memang penuh games ajeee!
hahaha.


ada suatu petang tu,
dia tegur saya dekat facebook chat.
 
a-ah: "hai!" 
saya malas nak reply. jadi saya diam aje~
2 minit kemudian,
 
a-ah: "hai!"
a-ah: "hai!"
a-ah: "hai!"
 
hahaha. amik kau 3 teros dia hai.
taapi saya tetap diam malas layan.
then dalam 3 minit kemudian,
 
a-ah: "hoi jawab lah!" 
hahahaha. mengong tak?
then saya pun reply la,
 
saya: "ye. nape?"
a-ah: "takde pape. hihihihihihihihihihihi"


rasa nak je cepuk2 dia time tuu. 
hahaha. adehhhhh.


hari tu saya baca ada satu notebook A-ah.
front page dia tulis "my biodata"
tiba2 saya terjumpa sesuatu yang sangat kelakar.
cita-cita: peniaga dan tukang masak yang terkenal.
hahahaha. confirm ter-influence dengan mama neh.
sebab mama sekarang kan da pencen.
so skrg mama kat rumah amik tempahan buat frozen food, cakes dan macam2 jugak la.
hakhak. adoiiii.


semalam Gee cerita dekat facebook,
a-ah dah ada hobi baru iaitu menjaga anak-anak kucing.
kate Gee, bau A-ah dan kucing da same dah.
hahaha. 
A-ah tuh memang.
dia saaaaangat gila kucing.
sama macam saya kecik2 dulu.
tidur pun peluk kucing, 
memang tak boleh pisah sikit pun. ekeke.


if saya call rumah, cakap dengan A-ah,
A-ah mesti akan tanya,
"kak yong nak cakap dengan Spicy tak?" -__-
Spicy tu kucing~~~
huwaaa.
bukan saya sorang yang kene.
if Kak Ngah called daripada Czech pun,
dia akan tanya macam tu.
Kak Ngah cerita ada satu hari tu dia called rumah,
ingat kan bercakap dengan A-ah.
rupanya dia cakap sorang-sorang.
rupanya A-ah letak fon dekat Spicy.
hahahahahaha. sabarrrrrrrrrrr je laaa ade adik yang senget macam tu kan?


Raja Siti Solehah Binti Raja Azmi

adik sulung dan kakak bongsu. kikikiki :P :P

neh la Spicy. A-ah mms tengahari td. hahaha.




hihihi.
okeh.
selesai dah sesi mengumpat adik bongsu kesayangan.
mata da berat.
wifi cam sipot.
broadband dah reach quota.
so speed pun ala2 takde speed.
hahaha.
stresssss aku!!! :P :P


selamat malam, sayang! ;)


p/s: sorry. heart closed until further notice. :P


much love. ♥



Thursday, April 28, 2011

i think i love you.

assalamualaikum wbt.


been busy and tak berkesempatan nak update blog regularly.
biasa lah duduk rumah kan.
macam macam nak buat.
tup tap tup tap, dah dua minggu dah pun berada di rumah.
tinggal seminggu jeeeeee lagi. sobs.


takpe takpe.
short sem 7 minggu je.
then saya akan cuti 3 bulan! hihihi.
puasa sebulan kat rumah tahun neh.
mama da rangka plan macam macam biskut, kueh dan kek dah untuk buat bisnes.
ekeke bisnes partner mama lah katekan. :P


haaa.
neh cheq nak habaq mai sikit.
hati cheq neh tengah sedihhhh.
cinta hati kesayangan cheq dah tinggal kan cheq. sobs.


hahaha.
haaa.
ampa semua jangan dok pikiaq bukan2 aih.
cheq neh single lagi.
cheq nak habaq, 
Joong Ki Oppa cheq akan tinggalkan Running Man!


Running Man tu menatang apa taktaw?
Running Man tu Variety Show Korea.
uihhhh tengah panas lani.
semua orang dok gila tengok, termasuk lah cheq.
agagaga.
cheq memang sukaaa sangat aih!
peminat setiaa. aircond-susah-nak-off! kikikiki. ;D


Lee Gwang Soo. Kim Jong Kook. Yoo Jae Suk. Song Ji Hyo. Song Joong Ki. Ji Suk Jin. HaHa. Kang Gary.

Joong Ki Oppa ♥

Last Episode Joong Ki Oppa, Ep41, will be aired 1 May. T__T




Joong Ki Oppa tu tarik diri daripada Running Man katanya nak focus pada lakonan dia.
yaa laaa. orang feymes kannn.
dia jugak pelakon dalam KDrama Sungkyunkwan Scandal.
alaaa yang Gu Yong Ha tu. hihihihi.


sedihhh hati cheq.
nanti takdak da la muka dia yang kiut dan comey tu dalam Running Man.
nanti takdak da la Song Song Couple (Song Ji Hyo + Song Joong Ki). sobsob. T___T
tapi takpa lah.
nanti cheq akan download semua cerita dia berlakon. :P


okay lah cheq nak p sambung buat keja lain.
nanti nanti cheq update lagi no. :P


p/s: Joong Ki Oppa, nomu nomu nomu saranghae!!! Hwaiting! ♥ ^^ ♥
p/s/s: saje je nk test taip dalam bahasa utara. hihihi. orang utara jangan marah no kalau ada silap. ;DD


much love. ♥


Friday, April 15, 2011

buat awak, wahai bakal pemilik hati.

p/s: post neh sebenarnya dah berada dalam draft since december lepas. saje saje nk bagi panjang sikit surat nye. so saya edit sikit2 bila idea datang. al maklum lah kan teristimewa buat bakal cinta hati pengarang jantung saya a.k.a bakal imam dan bakal suami saya. agagaga. :P tapi inche bakal suami belum lagi saya ketahui siapakah gerangan. so if one day, i've met dia yang tercipta untukku, saya print je post neh bg dia bace. tak pun, pandai2 la dia google search blog saya. kehkeh. :P :P 
p/s/s: i'm home for 3 weeks. yayy! \(^^)/



assalamualaikum wbt.

menemui bakal suami ku yang akan ku cintai dengan sepenuh hati dan setulus ikhlas, Inche ______. saya harap awak akan membaca surat ini dengan senyuman hingga ke telinga kerana saya menaip surat ini dengan penuh keceriaan. *ecehh. :P*  

tujuan utama saya menaip surat ini adalah sebagai warning kepada awak. saya nak bila saya kawen dengan awak nanti, awak akan terima saya dan sayang saya berserta dengan kelemahan diri saya. sebab saya pun akan terima awak dan sayang awak termasuk lah dengan kelemahan awak. kelemahan saya mungkin kekuatan awak, dan kelemahan awak mungkin kekuatan saya. hihihi.

pertama sekali yang saya nak awak tahu, saya tak suka pakai high heels. jadi jangan bagi high heels sebagai hantaran kepada saya. bagi flatt shoes je suda. yang ala ala kasut ballet tu. selesa je saya pakai. lagipun high heels kan tak elok pakai. nanti tua jadi bongkok. saya tak mau la saya sorang bongkok tapi awak maintain tough. if awak nak saya pakai heels, awak pun kene pakai sekali. mari kita bongkok same2. sweet tak saya? hikhik. :P

kedua, saya tak makan buah. buah yang saya makan secara begitu saja cuma satu je. buah stoberi. ekeke. cara pemakanan saya tentang buah neh mungkin akan buat awak pening dan konfius. sebagai contoh, saya tak makan pisang yang mentah tu. tapi saya makan pisang goreng, pengat pisang, cekodok pn saya makan. lagi satu contoh, mango. saya minum je air kotak mango, nestle bliss mango tu. tapi if mango juice yang d blend fresh, saya tak minum. heee. mesti awak tak paham kan? takpe takpe. kita punya banyak masa. cuma saya nak beritahu kat sini, maafkan saya if nanti lepas makan saya lupa untuk hidang buah-buahan untuk awak or lupa nak re-stock buah-buahan kt dapur. ngehngeh. tapi~ saya sangat gile makan sayur! hehe. tapi saya tak makan timun. ulam-ulaman pn tak makan. saya pelik ke?

ketiga, saya sangat suka cuba resipi baru. tak kire la lauk-pauk, kek, pastry, mahupun manisan. if cubaan pertama kali saya gagal, jangan la kutuk teruk2 sangat. awak telan je taw! pura2 makan dengan sedapnye eh? hehehe. sebab saya akan keep cuba sampai sedap. dan awak la yg akan jadi judge nye, awak la yang akan jd mangsa untuk habiskan nye. :D

keempat, saya tak makan sambal belacan, cencaluk, tempoyak, mahupun budu dan seangkatan dengannye. saya even tak suka bau tempoyak atau lebih tepat saya tak boleh bau bau durian. nanti migrain saya datang. :P saya minta maaf if kesemua di atas adalah feveret awak. tapi saya memang tak tahu buat. huhuhu. 

kelima, saya tak minum coffee or nescafe or yang sama waktu dengan nya. memang dari kecik papa tak bagi minum kafein. so bila saya minum, saya akan rasa mengantuk dan dizzy. so jangan cuba jadikan coffee untuk buat saya tidur. tak pasal2 saya migrain nanti. awak jugak yang susah. :P :P

keenam, saya suka if kadang2 awak rely on saya. maksudnye jangan keep it to yourself je. ada apa2 masalah, saya ada. telinga saya telinga awak. bahu saya pun bahu awak. so jangan terbeban sorang2. masalah awak, masalah saya juge. saya bukan jadi isteri awak hanya untuk teman awak makan, masak untuk awak je.  saya nak jadi isteri yang buat awak senang hati. seorang isteri yang memahami. if saya ada probs, awak wajib kena sediakan telinga awak untuk dengar taw. if saya nangis, saya nak pinjam bahu awak. sorry if nanti baju awak basah sebab air mata dan air hidung saye. ekekeke. 

ketujuh, nanti if saya mengidam apa2, awak jangan lah komplen macam2. anak awak neh yang ngidam. saya jadi perantaraan je. hikhikhik. if saya morning sickness, saya harap awak bersabar dan paham. if nanti saya allergic dengan bau awak sampai awak kene tidur luar, saya harap awak tak kecik hati taw. bukan saya yg nak, anak awak tu. hahaha.

kelapan, if kita gaduh, dan saya merajuk, awak jangan la merajuk jugak. nanti saya stress! hahaha. kang bila saya stress, mula la jerawat saya tumbuh. pastu awak komplen muka saya berjerawat la ape la. eeei. tu memang nak kene laa tuu. pandai2 laa awak pujuk saya. saya bukan nak merajuk sangat pn. saje je nak manje2 ngn awak, nak test tahap kesabaran awak dengan saya. tapi tu tak bermakna awak boleh buat dek je eh! hahahaha.

kesembilan, saya kuat cemburu. jadi jangan nak mengada eye-ing pompuan lain pastu nak compare2 kelebihan pompuan tu dengan saya. cuba la if berani~~ hmph!! pastu jangan nak mengada gurau2 konon saja2 nak tengok saya cemburu ke tak. kang saya majuk tak cakap 2 jam dengan awak kang. :P tapi if saya puji lelaki2 korea hensem ke, awak jangan laa cemburu sampai haramkan saya tengok cerita korea. saya gila cerita korea taw! kehkehkeh. awak, walaupun saya kata dorang hensem, saya tetap sayang awak sorang je. nak cemburu manje2 takpe. lelaki nampak kiut je if cemburu2. tapi sikit je suda! hehehe.

kesepuluh, saya nak awak imamkan solat saya. saya nak ameen kan doa awak. saya nak kita puasa bersama, bukak puasa bersama, berterawikh bersama, berqiamullail bersama, bertilawah quran bersama. saya nak awak tegur dan nasihat saya bila saya salah dan alpa. ingatkan saya bila saya lupa. sebab saya nak kita berdua jadi penghuni syurga. sebab saya nak bercinta dengan awak sampai ke syurga. :) :)

dan yang kesebelas, grow old together with me eh? heeee. saya harap awak takkan bosan tengok muka saya yang berkedut seribu dan rambut yg da penuh uban. saya nak sampai ke tua if kita pergi jalan2, kita tetap pegang tangan. jalan sama2. seperti yang saya catatkan dalam nombor kesepuluh, saya nak bercinta sampai ke syurga dengan awak. saya nak jadi bidadari awak dekat syurga nanti dan awak jadi bidadara saya. ♥ ♥ ♥

saya harap awak terima saya seadanya. saya akan cuba berubah menjadi yang terbaik untuk awak.

yang benar,
bakal bidadari syurgamu. (0o,) ♥


click on the picture if it does not animated. :)


p/s/s: sorry if ayat agak jiwang ke ape. surat untuk bakal suami saya, saya punya suka lah. ekekeke. :P


much love. ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...