.

Tuesday, May 24, 2011

butter teddy cookies.

assalamualaikum wbt.
tak pernah2 saya berkongsi resepi kt blog.
tapi kali neh nak share sebab saya pun mencuba aje resepi neh.
bukan resepi sendirik.
nak share resepi sendiri maluuu.
yelaaa. bukan nya terer pun.
malu je if tak sedap.
hihihi.


terjumpanya resepi Butter Teddy neh sebab adik bongsu saya request saya buat cookies untuk hari guru sekolah dia.
nak bagi dekat cikgu cikgu katanya.
tahun lepas pun saya buat cookies untuk diberikan kepada cikgu cikgu sekolah dia.
tapi cari punya cari,
resepi cookies yang saya buat tahun lepas entah simpan kat mana. huuu~


maka saya pun mula laa merayu pertolongan inche google. kikiki ;D
maka terjumpa lah dengan resepi Butter Teddy neh.
nampak comey aje, tu yang rasa nak cuba.


Butter Teddy cookies neh sebenarnya biskut butter.
saya kureng sikit makanan manis manis neh.
contoh macam cupcakes, kuih muih, puding dan sebagainya.
sangat suka dan minat baking them, but not eating them.
nasib adik2 sukaa makan. hihihi.


baik lah. ini resepinya. 

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji medium size )

  • 8 oz mentega tanpa garam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 susu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika perlu)
  • pewarna coklat
  • cip coklat secukupnya

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan garam dan esen vanila.
  3. Tambah kuning telur dalam adunan. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul rata.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tambah pewarna coklat ke dalam bahagian doh yang lebih sedikit. Biarkan satu bahagian dalam warna asal.
  6. Balut doh dengan cling wrapper dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
  7. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bentukkan bulat besar dengan doh warna asal dan dua bulat kecil dengan doh coklat. 
  8. Letak dua cip coklat untuk mata. * boleh guna ising untuk membentuk mulut teddy.
  9. Bakar dalam oven (pre-heated) selama 15 minit dengan suhu 170C.

tadaaaa~ 
da siappp. 
neh la rupa Butter Teddy saya for the first attempt.




cookies yg da siap di packed. :)


hihihihi.
semoga bertemu lagi kita pada episod yang akan datang ye.
selamat mencuba kawan-kawan! ;)


p/s: da tengok Nur Kasih The Movie semalam dekat Wangsa Walk. tak sedih sangat pun. Kdrama 49 Days laaaaaaaaagi sedih kot. Episode last 49 Days berjaya buat saya menangis sehingga airmata melimpah ruang bak chocolate melimpah ke ladang gandum. agaga.


p/s/s: met Iqram Dinzly sewaktu di Wangsa Walk. auwwww nsemmm!! *melt* :P


much love. ♥


4 kata mereka.:

Leya said... [Reply to comment]

ehehe....
sedap sedap..nak lagi..nak brownies..hehe =P

.RSARA. said... [Reply to comment]

@Leya
heeee. t kte wt lagi eh. :)

che sakinah said... [Reply to comment]

huyoo... best2 kita suke butter cookies jugak .... nice~
wiee.. jelesnye dpt jumpa iqram!! ;p

.RSARA. said... [Reply to comment]

@che sakinah
hehehe. try la bwt kak kina. senang je. :D

kan3? siyes tak sangke dpt jumpe Iqram Dinzly live. ekekeke. ;DDD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...