.

Sunday, November 14, 2010

my heavenly true love. ♥

seperti adam dan hawa.

yang cintanya sampai ke syurga.

saat pertama awak bertandang ke pintu hati,

semacam tahu yang saya tak perlu beralih,

telah banyak yang berkunjung,

mungkinkah awak takdir sampai ke syurga saya?

saat pertama awak bertandang dalam mimpi saya,

semacam sedar apa yang di hadapan saya ini,

telah ramai yang menegur,

mungkinkah ini takdir sampai syurga ku?

sudikah awak? sudikah awak? sudikah awak?

bawa saya ke syurga.


kemana saja cinta sejati pergi,

saya akan ikut ke sana juga.


dan bila awak keseorangan,

kebuntuan tentang cinta,

jangan lah cepat awak lupa,

DIA yang telah beri segalanya.


carilah di mana cinta sejati itu.

ikuti lah jalan cinta sejati itu.

turuti kata cinta sejati,

kejarlah ia!


sudikah awak? sudikah awak? sudikah awak?

bawa saya ke syurga.


ingatlah.

bila awak ditimpa badai dan awak masih mampu menepisnya,

mungkin itulah peluang untuk awak terselamat dari fitnah dunia.

dan jika awak berjaya mengharungi onak dan duri,

mungkin inilah masa untuk awak lebih kenal DIA.


saat pertama awak bertandang ke pintu hati,

semacam tahu yang saya tak perlu beralih.

telah banyak yang berkunjung,

mungkin awak takdir sampai syurga saya.


di saat saya tatap mata awak,

saya tahu ia cinta yang mantap.

tak mungkin saya biar ia berlalu,

kerana mungkin ini takdir sampai syurga ku.


tika saat awak kata, "saya sudi",

saya yakin dengan cinta ini.

dan takdir kita sudah ditentukan,

inilah takdir sampai syuga saya dan awak. ♥

carilah cinta sejati,

bersabarlah mencari cinta sejati,

biar akhirnya,

bercinta sampai ke SYURGA. (^^,)
MyEm0.Com

.heaven - yusuf islam.


p/s: i'm home for 3 weeks. heee. happy hols, people!


much love. ♥




0 kata mereka.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...