.

Monday, August 30, 2010

solat teraweh.

assalamualaikum. hari neh meh same2 renung2 sambil baca neh. kepada yang terasa, bukan niat saye nk suh terasa, tp nak share ilmu yg saye dapat.

Copy dari artikel ustaz zaharuddin. sila klik - Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


Copy dari artikel ustaz zaharuddin: Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan dan Luar Ramadhan

1. Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah
Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini. Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.


2. Hadir ke masjid dengan berwangian.
Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid.


Soal-jawab berkaitan [copy dari] artikel Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan dan Luar Ramadhan


1. Ustaz, kalau suami dan anak lelaki afdal solat berjemaah di masjid, maka perempuan akan dapat pahala yang sedkit sebab solat seorang. Kalau berjemaah itu 27 kali gandakan ustaz. Terima kasih.

UZAR: Wanita yang solat dirumah sendirian pahalanya sama dgn lelaki solat jemaah di masjid. kerana itulah arahan nabi, kecuali jika ada kuliah di masjid, boleh solat di masjid juga.



2. Assalammuaikum Ust, Saya ada mengerjakan solat tarawih dgn membawa anak berumur 5 tahun. Saya rasa berdosa pula kerana umurnya yang kecil dia hanya bermain dan berlari dan kadang-kadang buat bising. Di rumah tak ada org yang boleh jaga dia jadi bagaimana kedudukan saya dalam mengerjakan ibadah sama ada lebih baik berada di rumah tanpa mengerjakan solat tarawih disebabkan akan mengganggu jemaah lain ataupun pergi saja ke masjid walaupun anak saya tak duduk diam. Saya sudah nasihatkannya untuk ikut bersembahyang dan duduk diam namun biasalah ustaz kan umurnya baru 5 tahun sedangkan yang jauh lebih besar darinya pun tak duduk diam juga.

UZAR: WANITA LEBIH ELOK DAN BESAR PAHALA JIKA HANYA SOLAT DI RUMAH...ITU YANG DISEBUT OLEH NABI S.A.W

JIKA ITU DIBUAT, MAKA TIADA TIMBUL MASALAH ANAK BERLARI DAN MEMBUAT BISING TADI.

wallahu'alam.

p/s: moral of the story, bpe kali nk ckp. dont assume others. manusia tak layak nak judge manusia yg lain. sbb dalam setiap perbuatan, niat tu yang diambil kira. dan hanya Allah tahu ape yang ade dalam hati hambaNya.

p/s/s: jauhi lah aku daripada perasaan riak. ameen.

0 kata mereka.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...