.

Saturday, August 14, 2010

ya Ramadhan Kareem!

assalamualaikum wbt.
tup tap tup tap,
da hari ke-4 da bpuasa.
masih blom terlewat rasenye untuk ucap, ahlan wasahlan Ramadhan kareem!
selamat menjalani ibadah puasa~
dalam bulan yang mulia neh,
marilah kte same2 memperbanyakkan amal ibadah.
pahala nye berganda2.
tapi jgn la bulan Ramadhan je wat amal2 ibadah, bulan2 len xwat langsung.
hehe.


credits to Brotherhood Arts.

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir, pasti mulut kita tidak lekang berzikir, memuji Allah. Al-Quran jadi teman setia. Tapi kita cuma berazam, tidak melakukan. Lebih banyak bercerita tentang dunia berbanding cerita agama. Adakah masih ada Ramadhan pada tahun depan untuk kita? Adakah umur kita cukup panjang?

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir, pasti kita berbuka sekadar kurma dan air sahaja. Sekadar alas perut, tak perlu terlalu kenyang. Yang lain2, kita sedekahkan pada anak2 yatim dan masjid. Tapi kita cuma berazam, tidak melakukan. Adakah masih ada Ramadhan pada tahun depan untuk kita? Adakah umur kita cukup panjang? 

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir, pasti kita akan bersedekah dan terus menderma. Hanya cukup2 sahaja tinggal untuk kita dan keluarga. Pasti kita akan tinggalkan kemewahan. Tapi kita cuma berazam, tidak melakukan. Adakah masih ada Ramadhan pada tahun depan untuk kita? Adakah umur kita cukup panjang?

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir dan andai kita mengetahui kelebihan Tarawikh, tentu kita akan ke sanggup masjid walaupun terpaksa merangkak. Namun kita masih tak mahu buat, kerana ingin menunggu Ramadan tahun depan. Tapi panjangkah umur kita?

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir, tentu waktu malam kita sibukkan diri dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud, mengadu, merintih, meminta belas kasih "Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU". Namun kita masih tak mahu buat, kerana menunggu Ramadan tahun depan. Tapi panjangkah umur kita?


 p/s: selamat meng-topup ibadah! :)

 p/s/s: tak sabar nak balik rumah. lagi 3 minggu! (>_<)

 p/s/s/s: sedih tak bkesempatan lagi utk solat teraweh kt masjid UIA. tiap2 malam ade je kelas and tutorial. huhu. bersolat teraweh d MultiPurpose Hall Mahallah Sumayyah and kat bilik je.

0 kata mereka.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...