.

Thursday, March 4, 2010

beritahu pada muslimah itu.

beritahu pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerna pulut santan binasa.
kerna kata badan binasa.

beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian;
ia mencerminkan peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam mana sekali pun.
biar orang kenal,
DIA orang ISLAM. :)

beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis MALU;
kerana malu itu,
sebahagian daripada IMAN. ^^

p/s: sekali lagi peringatan buat diriku dikala aku alpa. terima kasih kepada yang sering mengingati, yang tak putus2 mnyayangi diri ini. terima kasih. :)

Tuhan,
kirimkanlah aku,
yang mencintai Mu,
lebih daripada mencintai ku.
yang mencintai ku,
apa ada nya.
serta pelihara lah diri ku,
untuk dirinya. ameen. :)

0 kata mereka.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...