.

Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

finally~







assalamualaikum wbt.
*tiup-tiup habuk*
been VERYYYYYYYYY busy lately.
kesian inche blog kan.
terabai. kehkeh.
maaf!


banyakkkk sangat happen last november.
on 20112011, saya hilang purse.
eh no.
bukan hilang, tercicir.
nak tahu tercicir kat mana?
believe or not, saya tercicir purse saya dalam bas rapidKL.
time tu baru pulang dari Jusco Wangsa Maju bersama Aiza.
sampai je dekat bus stop sumayyah,
saya baru perasan purse tade dalam bag.
time tu dah menangis dah dekat bus stop.
time tu juga ramai foreigners lelaki dekat bus stop tu.
dorang dah pandang pelik da.
hahaha. ahh pedulik ape aku. :P
call aiza tanya dia kot2 dia ada ternampak purse saya or terambil ke.
aiza kata tade. 
air mata makin lebat memikirkan, "mati laaa mama marah nanti. nak kena buat police report lg, ic baru, lesen kereta, matric card, block bank cards..." 


hati dan perasaan saya kuat mengatakan purse saya ada dalam bas rapidKL. 
maka dengan berat hati saya call zati minta tolong if boleh hantarkan saya ke Terminal LRT Gombak.
nasib baik zati boleh hantarkan. huuu.
sampai je dkt LRT Gombak,
kitorang cakap dgn ada pakcik guard kt situ utk nak check bas.
pakcik tu cakap, "awak jangan berharap sangat la purse tu ada. sebab ramai yang naik turun bas. selalunya mesti dah tade da."
huuuu mmg ade kebenaran dalam kata-kata pakcik tu.
taaapi, pakcik!! kata-kata pakcik are not helping! hahaha. aish.
bila pintu bas buka, saya teros masuk, check dekat seat yg saya duduk sebelum tu.
Alhamdulillah~ elok je purse tu ada dekat seat tu. huhu.
check dalam purse, semuanya ada. tade pape pn yang hilang. Alhamdulillah lagi. ;D
pakcik tadi cakap, "awak memang bernasib baik. mmg rezeki awak la neh."
hehehe.
thank you Zati dan Wadil sebab tolong! :D :D


keesokan harinya, saya tercicir handphone pulak. hahaha. -_-
tercicir dekat General Lab Econs.
pukul 330pm baru perasan phone tade dalam bag.
maksudnya dah sejam setengah phone tade dgn saya baru saya perasan. ngee.
kawan-kawan semua dah membebel dah sebab tercicir barang utk 2 hari berturut. kehkeh.
nasib pukul 530pm, phone saya dijumpai. 
terima kasih abg GL, sebab simpankan! 
dan terima kasih kepada org yang jumpa tu sebab tolong serahkan kepada abg GL tuu. :D


gila kan? hahaha.
nak kata stress, time tu saya langsung tak stress. 
tah la kenapa.
mengada-ngada mungkin. :P


and for the past 3 weeks,
kaki neh bagai tak jejak tanah siapkan segala mak nenek assignments dan projects.
serious penat sangatttttt.
tapi Alhamdulillah everything dah pun selesai dan dah selamat di-submit-kan dah pon. hehehe.


and now, it's finals time!


27/12 - 230pm - Accounting for Islamic Banks 
29/12 - 9am     - Malaysian Taxation 
31/12 - 9am     - Advanced Accounting 
4/1     - 9am     - Public Sector Accounting 
8/1     - 9am     - Decision Making and Control          
          - 230pm - Analysis and Design for Accounting Information System 
11/1   - 740pm - HOME SWEET HOME! ;) 
16/1-13/7 - Practical Training! :(

doakan kejayaan kami ye! hehe.


p/s: bila musim finals cmni, i miss those moments. rindu. yang. amat. sangat. now. it's. gone. damn you.


much love. ♥ 

Sunday, October 30, 2011

redha.

Assalamualaikum wbt.

sedang melalui dan menghadapi tugasan-tugasan yang gila.
midterm exams yang berderet-deret, 
dengan esaimens yang setia menanti,
dan juga presentations yang sedang melambai-lambai.

Alhamdulillah.
2 minggu terjuang,
minggu neh relax lah sikit. sikit je laa.
sebab still ada 1 presentation, 1 report  dan 1 esaimen untuk disubmit dan 1 quiz.
ahhhhh~ cepat laaaa masa berlalu.
penat sangat dah neh.
tak larat dahhh~ :(

belajar untuk redha.
itulah process yang saya sedang lalui.
ye. redha.
redha dengan apa yang terjadi.
kerana saya mengharapkan redha Allah.
Allah jadikan sesuatu berlaku kerana bersebab.
Allah beri kita sesuatu, dan tarik balik sesuatu daripada pun bersebab.
jadi kenapa saya sebagai hamba nak persoalkan kan?
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
keep telling this to myself every time i go to sleep.
muhasabah untuk diri sendiri.
redha redha dan redha. :)

ada seminggu lagi sebelum pulang ke rumah.
fighting, RSARA! ^^

p/s: from weekend to weekend, i'm still waiting.

p/s/s: sedih bila makan dekat evoke dan mcd JJ wangsa maju. too much memories dengan mereka. rindu. yes. i missed those time. mianhae chinguya. .__.

p/s/s/s: Alhamdulillah. accepted oleh Jamal Amin & Partners sebagai intern di situ di kala hati dah mula give up dan mula fikir untuk tengok dept list. heee. syukur! ^^

p/s/s/s/s: tak pernah terlintas pon dalam hati walau sedikit untuk dibalas. rasa malu diletak ketepi dan diri digagahkan untuk luah supaya rasa lega dgn tak tipu diri sendiri. tiada niat lain atau permintaan pape pun. any persoalan, please ask me. jangan tanya orang lain. mereka tak tahu. arasso? :)





much love. ♥


Sunday, October 16, 2011

cooking.

assalamualaikum wbt.


a very tiring week for me.
assignments, presentations, quizzes, and also midterm exams.
minggu neh pon serabut jugak.
midterm exams sedang melambai-lambai untuk berjumpe.
hukhuk. takmo jumpe boleh? :P


semester neh i'm taking cooking skill 1.
semester lepas ambil counseling skill 1, 
so patutnya semester neh harus sambung counseling skill 2.
tapi rasa macam bosan je skill 2 tu. 
so i decided untuk tukar ambil cooking skill.
heee. seronok!


cooking class baru je bermula 2 weeks ago.
minggu pertama kelas kitorang belajar nak buat mee hailam.
tapi kitorang tolong Uncle Chef potong-potong dan sedia bahan je.
yang part masak-masak Uncle Chef yang masak.
kitorang memerhati sambil ambil bau. kehkeh. :P


last week kitorang diajar nak masak english breakfast.
bahan utama ialah telur.
muakkkkk sangat!
bayang laaa kitorang guna 9 biji telur pastu kena la makan kan sebab sape lagi nak makan kalau bukan kitorang? sobs. hahaha.


sunnyside by me. Uncle Chef kate good! heeee. :)

scramble egg on toast by gha. :)

french toast by lela. :)

akibat telur ada lebih, maka terciptalah omelette by gha. :D

our so-called-english-breakfast. ekeke

with lela. :D


sape-sape nak resipi gtaw laa eh. hahaha.
hopefully this week menu Uncle Chef ialah spaghetti!
takmo dah telurrrr.
mabuk rasa makan 9 biji. kikikiki.


p/s: tiket balik raya haji dah beli. 4th november! weeehuuuu~ ;))


p/s/s: tak perlulah nak keluarkan statement kentang putar kalau dah tahu diri tu salah. arasso? anda kelihatan sangat kelakar. 


p/s/s/s: ramai kate pucat. ade yang dapat detect i fake my smile. ada kate nampak effort untuk senyum tu tapi tak menjadi katenye. hahaha. adehh. harus gimana lagi dong? :P


p/s/s/s/s: ohh hari tu berpeluang jugak sertai IIUM Got Talent Iron Chef. kikiki. tapi kalah. cuba la lainkali menu tu jangan traditional sangat. lemah tol. hahaha :P


much love. ♥



Tuesday, October 4, 2011

pilihan.









assalamualaikum wbt.


dari pagi hingga sekarang (pukul 6.02 petang) hujan still rintik-rintik.
eh. i'm talking about the real weather ye bukan kias-kiasan. hihi.
entah bila laaa baju-baju di jemuran tu nak kering. dah 3 hari neh sidai. ><


sepatutnya pukul 5 petang tadi ada kelas cooking.
sampai-sampai je di tempat kejadian, ada notis kata kelas postponed to 740pm.
adoii. penat makcik berjalan macam kilat tau! hahaha.
so saya dan cik lela pulang semula ke mahallah.
and now i end up depan lappy padahal esok pagi ada prensentation Public Sector Accounting dan petangnya ada quiz Malaysian Tax.
haa elok lah kan. adehhh.


ohh ye.
apa kaitan nya dengan tajuk kita pada hari neh ye?
pilihan, choices, options.
benda yang membawa maksud yang sama.
kalau kita diberi dua pilihan, kanan dan kiri untuk ke sesuatu destinasi.
dan kita tahu kanan tu banyak sangat berlaku kemalangan dan kiri adalah jalan yang selamat,
mestilah kita akan pilih kiri kan?
taaaaaapi kenapa ramai yang degil ikut kanan jugak?
bila dah kemalangan baru nak menyesal dan mengeluh kenapa tak ikut kiri.
salah siapa?
salah sendiri lah kan? huhuhu.


sama jugak dengan hati dan perasaan.
kalau dah tahu orang tu memang perangai dia macam tu,
kenapa hati tu nak suka jugak?
padahal you can point out every bad attitudes that orang tu ada.
you knew him all out. 
tapi suka degil kan.
menidakkan benda yang benar.
then sendiri merana sakit hati.
padahal ramai lagi manusia kat luar sana.
kenapa mesti nak menangis dan menunggu dekat luar pintu yang terkunci rapat tu?
sedangkan pintu-pintu lain elok je terbuka.
kenapa?


dan bila sesuatu yang tak pernah kau duga terjadi,
barulah nak rasa menyesal bagai kan.
tapi takpe.
belum terlambat.
sempat lagi bangun daripada pintu tu dan pergi kat pintu lain yang sedang menunggu. :)


saya nekad.
from what happen today,
saya takkan letakkan kepercayaan saya pada orang 100%.
walaupun pada best friend sendiri.
i've had enough.
i've seen enough.
i've cried enough.
dan saya dah sabar enough.
cukuplah.
cukuplah 3 tahun lepas saya rasa sedih macam neh.
cukuplah sekali je saya menangis dengan lemahnye.
dan saya taknak peristiwa 3 tahun lepas terjadi lagi.
jadi dengan ini,
kepada cik hati,
saya nak awak berehat.
saya nak awak lupakan semua bebanan.
saya nak awak gembira.
rehatlah puas-puas okay.
saya akan pastikan awak akan tersenyum je lepas neh. :)


dan kepada anda,
saya bukan tali untuk di tarik dan di tolak sesuka hati.
saya tak rasa anda sebengap itu untuk tak nampak.
jika anda tahu dan tak dapat terima, dan niat anda ingin menjaga persahabatan kita menyebabkan anda cuba menjaga hati saya dengan berbaik dengan saya,
maka saya harap lupakanlah.
kerana anda ibarat menuang garam ke luka saya.
you've knew about my previous love.
but yet anda serupa je.
jadi dont you worry.
mulai saat tengahari tadi,
saya nekad untuk stop semua benda neh.
whatever happens to you,
whatever about you,
saya dah tak peduli.
saya tak mahu kehilangan anda sebagai kawan,
tapi tolonglah bagi saya masa untuk sort things out.
i'm confused.
mix feelings.


dan kepada anda yang sorang lagi,
i trusted you dengan semua cerita dan segala cerita hati saya.
but then saya taktahu kenapa you did this to me.
bukan saya nak marah awak dengan dia,
it just kenapa?
kenapa macam nak rahsiakan?
kenapa?
hmmm.
tapi jangan risau.
saya takkan bencikan awak semata-mata kerana lelaki.
it's not worth it.
my girlfriends are more precious than my boyfriends.
tapi maaf la ye if trust saya pada awak dah takde.
trust is like an eraser. it gets smaller after every mistakes.
it's not completely because of you,
tapi sebab hal ini, saya ada a strong reason kenapa saya perlu give up this feelings.
so, i thank you.


saya minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan post ini.
ye. agak emotional post kali neh.
maaf maaf maaf maaf.


p/s: deactivated my fb. serabot. malas nak nampak dan tahu apa-apa.

p/s/s: saya dah sepenuhnya give up. jadi tak usah rasa gusar atau tak selesa atau sebagainya. 



p/s/s/s: tak penah2 aku tinggalkan nasi sepinggan penuh macam tu je. huhuhu.


p/s/s/s/s: i'm okay. :)


p/s/s/s/s/s: addicted to fix a heart and lightweight by demi lovato. ♥






ohhh. 
happy birthdayyyyy Aiza Adibah Roslan. 
sweet 22 dearest! i love youuuuu! thank you for always being there. 
friends through thick and thin! muah3! ;) ;)




much love. ♥

Wednesday, September 28, 2011

I thank YOU. :)

assalamualaikum wbt.


sedang takde mood nak study ADAIS.
mari layan lagu di bawah. :P






Everything I know about love I learned from you, from you
And everything I know about pain I learned from you, from you
You were my only, You were my first
You showed me lonely, and you took me in when I was hurt
But the most important thing you ever gave me,
You was the one that hurt the most

So thankyou for the broken heart, oh yeah
And thankyou for the permanent scar
Cause if it wasn’t for you
I might forget, how it feels to let go
And how it feels to get a brand new start
So thankyou for the broken heart

I still remember when you called
and said that he didn’t admit anything
How could you expect me to look at you the same way
You were my only but not my last
You showed me lonely, and you made me put you in the past
The most important thing you ever gave me was the one that hurt the most

So thankyou for the broken heart, oh yeah
And thankyou for the permanent scar
Cause if it wasn’t for you
I might forget, how it feels to let go
And how it feels to get a brand new start
So thankyou for the broken heart

And everytime I find myself alone in pieces
I find myself I’ll just remember when you hurt me and I made it

So thankyou for the broken heart
And thankyou for the permanent scar
Cause if it wasn’t for you
I wouldn’t be here, With the love of my life all my pain disappear
I’ve come so far
So thankyou for the broken heart
I thank you, I thank you
For the broken heart
Oh yeah oh, Broken heart..



p/s: happy birthdayyyyyyy to my dear Nur Aliah Azhari dan Aida Safiyyah Ismail! love you both much much! muah3! ♥







much love. ♥


Sunday, April 3, 2011

countdown. teeheee.




1 April - Company Law - 3pm
2 April - Decision Making & Control - 230pm
4 April - Fiqh For Economist III - 9am
11 April - Company Accounting - 230pm
12 April - Audit Fundamentals - 230pm
13 April - Business Finance - 230pm
14 April - Balik Rumah - 615pm ;D ;D



much love. ♥

Wednesday, March 30, 2011

syndrome finals.

assalamualaikum wbt.


maaf le cik blog sebab membiarkan awak berhabuk seminggu.
macam tak biasa kan? ekeke.
okeh. 
abaikan monologue dalaman saya bersama blog saya. :P


here we go again.
final exams kembali!
meaning,
masa untuk pulang ke rumah juga da semakin hampir. heee :D


jadual finals saya agak sengal juga la sem neh.
berderet!
tapi saya bersyukur sebab saya berderet 2 dan 3 papers je.
ada kawan saya tu sampai 4 papers berderet.
fuhhh.
kalau saya memang da berjalan tak pijak bumi da. 
okayyy overrr. abaikan. :P


1 April - Company Law - 3pm
2 April - Decision Making & Control - 230pm
4 April - Fiqh For Economist III - 9am
11 April - Company Accounting - 230pm
12 April - Audit Fundamentals - 230pm
13 April - Business Finance - 230pm
14 April - Balik Rumah - 655pm ;D ;D


subject yang agak membuatkan nadi saya berdenyut dengan tidak normal ialah Decision Making & Control.
huuuuuu T___T
tolong doakan ye agar saya dan kawan2 saya dapat melepasi subject tu. ;)


oh. nak cerita sikit.
hari isnin lepas,
saya dan kesayangan2 ke JJ Wangsa Maju.
pergi untuk makan McD.
makan2 before finals.
seronokkkkkkkk yang amat!
I really enjoyed myself that day.
after makan kami main kt arcade.
main basketball tu dengan hockey.
hahaha. ;D
I always love main basketball dekat arcade tu.
if pegi KB Mall pun,
akan main basketball dekat arcade.
my adik bongsu si A-ah tu pun addicted sama sebab saya selalu bawak dia main. 
sukaaa3. ♥


thank you for making it a memorable day, DEARS!
i laughed a lot kot. hihihi.


oh lagi satu.
hari sabtu tu I had Mahabbah Night.
neh ala-ala Appreciation Dinner for BRCs, MRCs dan juga Graduate Students.
makanan fabulous sangattttttt.
kenyangggg hingga nak pecah perot. hihihi.


nampak tak hadiah bernombor "10" tu? first time saya menang lucky draw that nite. heee.

theme: Mystic Purple. with Leya and BK. ;)

cantik tak? we were supposed to make it masuk dengan theme. but it seemed to be Arabian Purple pulak kan. :P

much love. ♥

Tuesday, March 8, 2011

saya sayang awak sebanyak bulu kucing.


lukisan courtesy from zackzukhairi. cuteeeee gileeeeee kan? ;D

assalamualaikum wbt.

pada petang yang hening ini,
hati ini tersangatlah sedih dan keciwa.
kenapa?
sebab mama cakap sabtu neh papa nak bawa pergi cameron.
kan cuti sekolah next week.
yang paling penting, saya tak dapat ikut! T__T
papa kata saja nak bawa adik-adik berjalan sebab mereka akan exam lepas cuti.
papaaaaaa!
ayong pun nak exam jugak bulan 4 nehhh.
takmo bawak ayong jalan-jalan juge ke? huwaaaaaa. T____T

rasa nak terbang balik rumah sekaranggggg.
kenapa laaa UIA neh jauh sangat dengan rumah?
UIA ku sayang, buat la satu lagi cawangan dekat kelantan.
boleh tak? boleh takkk?
*okeh. permintaan yang mustahil! hahaha*

ohh ye.
pernah tak korang rasa sedih, marah, geram, sakit hati, dan kecewa yang meluap-luap, 
tapi tak boleh nak luah?
bila tiba waktu makan,
korang telan aje makanan tu dengan harapan semua perasaan yang menjadi bebanan tu akan hilang bersama makanan yang ditelan tu macam ala cara-cara nak hilangkan tercekik tulang.
tapi tetap juge tak hilang.
pernah tak?


kucing tercekik.
much love. ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...