.

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Contengan.




Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih daripada segalanya.
Dan kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang kita tidak hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yang kita lakukan.

-Nah! Untuk Awak. Nirrosette. Jemari Seni.-


p/s: Lukisan di atas terhasil dalam kelas Zakat Accounting. Konon sesi kaunseling with Atiq Yudin. 
1. Draw a person. 
2. Draw an opposite gender to the person in (1). 
3. Draw a person in the rain. 
4. Draw a family. 
Kikikiki. Setiap lukisan dan tulisan kita sebenarnya menunjukkan siapa diri kita dan sifat kita. And no. Am not going to tell what are the hidden meanings behind those 4 'contengan'. :P

p/s/s: I can't wait for tomorrow. Selamatkan perjalanan mereka ya Allah. ^^


Much love.




Tuesday, October 4, 2011

pilihan.









assalamualaikum wbt.


dari pagi hingga sekarang (pukul 6.02 petang) hujan still rintik-rintik.
eh. i'm talking about the real weather ye bukan kias-kiasan. hihi.
entah bila laaa baju-baju di jemuran tu nak kering. dah 3 hari neh sidai. ><


sepatutnya pukul 5 petang tadi ada kelas cooking.
sampai-sampai je di tempat kejadian, ada notis kata kelas postponed to 740pm.
adoii. penat makcik berjalan macam kilat tau! hahaha.
so saya dan cik lela pulang semula ke mahallah.
and now i end up depan lappy padahal esok pagi ada prensentation Public Sector Accounting dan petangnya ada quiz Malaysian Tax.
haa elok lah kan. adehhh.


ohh ye.
apa kaitan nya dengan tajuk kita pada hari neh ye?
pilihan, choices, options.
benda yang membawa maksud yang sama.
kalau kita diberi dua pilihan, kanan dan kiri untuk ke sesuatu destinasi.
dan kita tahu kanan tu banyak sangat berlaku kemalangan dan kiri adalah jalan yang selamat,
mestilah kita akan pilih kiri kan?
taaaaaapi kenapa ramai yang degil ikut kanan jugak?
bila dah kemalangan baru nak menyesal dan mengeluh kenapa tak ikut kiri.
salah siapa?
salah sendiri lah kan? huhuhu.


sama jugak dengan hati dan perasaan.
kalau dah tahu orang tu memang perangai dia macam tu,
kenapa hati tu nak suka jugak?
padahal you can point out every bad attitudes that orang tu ada.
you knew him all out. 
tapi suka degil kan.
menidakkan benda yang benar.
then sendiri merana sakit hati.
padahal ramai lagi manusia kat luar sana.
kenapa mesti nak menangis dan menunggu dekat luar pintu yang terkunci rapat tu?
sedangkan pintu-pintu lain elok je terbuka.
kenapa?


dan bila sesuatu yang tak pernah kau duga terjadi,
barulah nak rasa menyesal bagai kan.
tapi takpe.
belum terlambat.
sempat lagi bangun daripada pintu tu dan pergi kat pintu lain yang sedang menunggu. :)


saya nekad.
from what happen today,
saya takkan letakkan kepercayaan saya pada orang 100%.
walaupun pada best friend sendiri.
i've had enough.
i've seen enough.
i've cried enough.
dan saya dah sabar enough.
cukuplah.
cukuplah 3 tahun lepas saya rasa sedih macam neh.
cukuplah sekali je saya menangis dengan lemahnye.
dan saya taknak peristiwa 3 tahun lepas terjadi lagi.
jadi dengan ini,
kepada cik hati,
saya nak awak berehat.
saya nak awak lupakan semua bebanan.
saya nak awak gembira.
rehatlah puas-puas okay.
saya akan pastikan awak akan tersenyum je lepas neh. :)


dan kepada anda,
saya bukan tali untuk di tarik dan di tolak sesuka hati.
saya tak rasa anda sebengap itu untuk tak nampak.
jika anda tahu dan tak dapat terima, dan niat anda ingin menjaga persahabatan kita menyebabkan anda cuba menjaga hati saya dengan berbaik dengan saya,
maka saya harap lupakanlah.
kerana anda ibarat menuang garam ke luka saya.
you've knew about my previous love.
but yet anda serupa je.
jadi dont you worry.
mulai saat tengahari tadi,
saya nekad untuk stop semua benda neh.
whatever happens to you,
whatever about you,
saya dah tak peduli.
saya tak mahu kehilangan anda sebagai kawan,
tapi tolonglah bagi saya masa untuk sort things out.
i'm confused.
mix feelings.


dan kepada anda yang sorang lagi,
i trusted you dengan semua cerita dan segala cerita hati saya.
but then saya taktahu kenapa you did this to me.
bukan saya nak marah awak dengan dia,
it just kenapa?
kenapa macam nak rahsiakan?
kenapa?
hmmm.
tapi jangan risau.
saya takkan bencikan awak semata-mata kerana lelaki.
it's not worth it.
my girlfriends are more precious than my boyfriends.
tapi maaf la ye if trust saya pada awak dah takde.
trust is like an eraser. it gets smaller after every mistakes.
it's not completely because of you,
tapi sebab hal ini, saya ada a strong reason kenapa saya perlu give up this feelings.
so, i thank you.


saya minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan post ini.
ye. agak emotional post kali neh.
maaf maaf maaf maaf.


p/s: deactivated my fb. serabot. malas nak nampak dan tahu apa-apa.

p/s/s: saya dah sepenuhnya give up. jadi tak usah rasa gusar atau tak selesa atau sebagainya. 



p/s/s/s: tak penah2 aku tinggalkan nasi sepinggan penuh macam tu je. huhuhu.


p/s/s/s/s: i'm okay. :)


p/s/s/s/s/s: addicted to fix a heart and lightweight by demi lovato. ♥






ohhh. 
happy birthdayyyyy Aiza Adibah Roslan. 
sweet 22 dearest! i love youuuuu! thank you for always being there. 
friends through thick and thin! muah3! ;) ;)




much love. ♥

Saturday, July 23, 2011

pantai.

assalamualaikum wbt.


sekarang berada di Cherating.
da dua malam.
tadi petang ke pantai dengan adik-adik.
seronok sangat kene angin pantai. 


saya duduk seorang diri sambil memerhatikan pantai.
subhanallah!
indah. :)


ku lihat laut.
ku lontarkan segala beban di hati.
biarkan angin membawa ia berlalu pergi.
segala kesedihan, segala kesakitan, segala bebanan.
kerana hati ini milik Allah.
bukan milik ku.
bukan milik kita.
bukan milik sesiapa.
milik Allah.
kerana hati kita Allah yang pegang. :)













much love. ♥


p/s: Ramadhan countdown. 
p/s/s: i've decided. to let go. ini yang terbaik. :)




Thursday, June 23, 2011

ternyata. :)

assalamualaikum wbt.

 
The sky isn't always blue.
The sun doesn't always shine. 
So it's okay to fall apart sometimes. 
Don't be scared, you don't need to pretend that everything is fine.
Let it go, cry if you must, fall apart, go on. 
Let it drain you. 
Pour out everything, let your heart mourn, let it hurt until it hurt no more. 
And once you gain strength, 
stand up again, dry the tears, pick up the pieces and live again. 
And see how it molds you to a better and stronger person.
Ever notice how when you’re depressed or emotionally drained, 
that your heartbeat is stronger than normal? 
At times it seems as if it’s going to beat right though your chest.
It’s your heart’s way of letting you know that it’s still there.
It may have been broken, it may have been ripped out of your chest and stepped on but it still holds life. 
And eventually, it will beat strong and love again.

Its okay. :)

18062011 - ohhh. happy 2nd anniversary, detik waktu itu. ^^v

p/s: kelas untuk short semester sudah tamat! menghitung hari untuk final exam this coming 2nd July. :P
p/s/s: 20062011, i keep smiling ear to ear. million thanks for the day. ♥
p/s/s/s: i hate when you talked about her. cant you see?
 
much love. ♥
 
  

Sunday, November 14, 2010

my heavenly true love. ♥

seperti adam dan hawa.

yang cintanya sampai ke syurga.

saat pertama awak bertandang ke pintu hati,

semacam tahu yang saya tak perlu beralih,

telah banyak yang berkunjung,

mungkinkah awak takdir sampai ke syurga saya?

saat pertama awak bertandang dalam mimpi saya,

semacam sedar apa yang di hadapan saya ini,

telah ramai yang menegur,

mungkinkah ini takdir sampai syurga ku?

sudikah awak? sudikah awak? sudikah awak?

bawa saya ke syurga.


kemana saja cinta sejati pergi,

saya akan ikut ke sana juga.


dan bila awak keseorangan,

kebuntuan tentang cinta,

jangan lah cepat awak lupa,

DIA yang telah beri segalanya.


carilah di mana cinta sejati itu.

ikuti lah jalan cinta sejati itu.

turuti kata cinta sejati,

kejarlah ia!


sudikah awak? sudikah awak? sudikah awak?

bawa saya ke syurga.


ingatlah.

bila awak ditimpa badai dan awak masih mampu menepisnya,

mungkin itulah peluang untuk awak terselamat dari fitnah dunia.

dan jika awak berjaya mengharungi onak dan duri,

mungkin inilah masa untuk awak lebih kenal DIA.


saat pertama awak bertandang ke pintu hati,

semacam tahu yang saya tak perlu beralih.

telah banyak yang berkunjung,

mungkin awak takdir sampai syurga saya.


di saat saya tatap mata awak,

saya tahu ia cinta yang mantap.

tak mungkin saya biar ia berlalu,

kerana mungkin ini takdir sampai syurga ku.


tika saat awak kata, "saya sudi",

saya yakin dengan cinta ini.

dan takdir kita sudah ditentukan,

inilah takdir sampai syuga saya dan awak. ♥

carilah cinta sejati,

bersabarlah mencari cinta sejati,

biar akhirnya,

bercinta sampai ke SYURGA. (^^,)
MyEm0.Com

.heaven - yusuf islam.


p/s: i'm home for 3 weeks. heee. happy hols, people!


much love. ♥




Monday, November 8, 2010

sanggul unte.

assalamualaikum wbt.
selamat tengahari, sume!
hehe.

sanggul unte?
unte buat sanggul ke?
ke unte dijadikan sanggul?
ahahaha.
bukan3.
just nk bagi pesanan dekat perempuan2 diluar sane mengenai sanggul tinggi yang da macam unte punye bonggol tu.
da ramai sebenarnye orang buat post mengenai neh.
tapi saya nak gak buat versi saya.
heeee. mengada2 kan.

ada sape2 taktau ape itu sanggul tinggi?



nampak bagaimana sanggul tu?
bace tak hadith tu?
kot ye pon nak sanggul,
tak perlu kot tinggi camtu sekali.
orang yang rambut panjang sampai ke kaki pn takde la sanggul camtu.
haihhh.

yang paling menyakitkan mata,
sanggul kemain tinggi,
bila bukak tudung,
laaaaa. rambut pendek je rupanya.
ingatkan panjang bebeno.
kemain beso die punya sanggul tu.
rupenye pakai sanggul palsu.
sanggup beli tu.
ish3.
beli untuk dapat dosa.

masalahnye sekarang adek kakak,
cantek ke sanggul tinggi camtu?
daripada apa yang saya tengok,
tak cantek langsung.
pelik ade laa.
hahaha.

bukan saya kate tak boleh nak sanggul rambut.
sanggul laa kalo rambut tu panjang kan.
saya paham.
kalau tak sanggul,
mana nak letak rambut tu kan.
tapi tolong lah sanggul biasa-biasa je.
tak perlu tinggiiiiiiiiiii cam bonggol unta.
cuba tanya lelaki2 diluar sane.
cantek ke sanggul tinggi tu?

kalau berjalan sebelah unta,
agak2 unte tu ingat sedara dia.
agaga.




tu je nak bebel hari neh.
untuk peringatan kepada diri sendiri terutamanya.
sorry kalau ada terkasar bahasa.
no hard feeling okay.
MyEm0.Com

Monday, August 30, 2010

solat teraweh.

assalamualaikum. hari neh meh same2 renung2 sambil baca neh. kepada yang terasa, bukan niat saye nk suh terasa, tp nak share ilmu yg saye dapat.

Copy dari artikel ustaz zaharuddin. sila klik - Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


Copy dari artikel ustaz zaharuddin: Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan dan Luar Ramadhan

1. Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah
Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini. Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.


2. Hadir ke masjid dengan berwangian.
Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid.


Soal-jawab berkaitan [copy dari] artikel Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan dan Luar Ramadhan


1. Ustaz, kalau suami dan anak lelaki afdal solat berjemaah di masjid, maka perempuan akan dapat pahala yang sedkit sebab solat seorang. Kalau berjemaah itu 27 kali gandakan ustaz. Terima kasih.

UZAR: Wanita yang solat dirumah sendirian pahalanya sama dgn lelaki solat jemaah di masjid. kerana itulah arahan nabi, kecuali jika ada kuliah di masjid, boleh solat di masjid juga.



2. Assalammuaikum Ust, Saya ada mengerjakan solat tarawih dgn membawa anak berumur 5 tahun. Saya rasa berdosa pula kerana umurnya yang kecil dia hanya bermain dan berlari dan kadang-kadang buat bising. Di rumah tak ada org yang boleh jaga dia jadi bagaimana kedudukan saya dalam mengerjakan ibadah sama ada lebih baik berada di rumah tanpa mengerjakan solat tarawih disebabkan akan mengganggu jemaah lain ataupun pergi saja ke masjid walaupun anak saya tak duduk diam. Saya sudah nasihatkannya untuk ikut bersembahyang dan duduk diam namun biasalah ustaz kan umurnya baru 5 tahun sedangkan yang jauh lebih besar darinya pun tak duduk diam juga.

UZAR: WANITA LEBIH ELOK DAN BESAR PAHALA JIKA HANYA SOLAT DI RUMAH...ITU YANG DISEBUT OLEH NABI S.A.W

JIKA ITU DIBUAT, MAKA TIADA TIMBUL MASALAH ANAK BERLARI DAN MEMBUAT BISING TADI.

wallahu'alam.

p/s: moral of the story, bpe kali nk ckp. dont assume others. manusia tak layak nak judge manusia yg lain. sbb dalam setiap perbuatan, niat tu yang diambil kira. dan hanya Allah tahu ape yang ade dalam hati hambaNya.

p/s/s: jauhi lah aku daripada perasaan riak. ameen.

Monday, August 16, 2010

jaga lidah.

assalamualaikum wbt.
alhamdulillah da hari ke-6 bpuasa.
hehe.
bulan ramadhan neh sgt3 busy.
tiap2 malam ade je kelas la tutor la.
jd xdpt nk ke masjid utk solat teraweh.
hanye sempat solat d MultiPurpose Hall, mahallah sumayyah je.
kadang2 sbb ade kls pkul 830 pm,
solat teraweh kt bilik je.

td tghr,
sangat3 terkecil hati dgn seniors.
mungkin mereka nk bgurau je.
tp saye sgt3 terasa hati.
mereka mngkhabarkan mngenai seorang guru saye dtg ke UIA beberapa hari lalu.
saye agak tkejut sbb tak taw pape pn.
kate mereka, "tu la. malas sangat g masjid"
ya Allah!
rase bdebuk kt muke neh.
saye kecik ati sgt3.
knp mesti mngatakan saye malas ke masjid?
mereka taw ke btape saye ingin sangat2 solat teraweh d masjid?
tp apekan daya. reasons nye da saye stated kt atas.
maybe owg akan kate,
"teraweh neh skali setahun je. skip la kls."

kelas = study = ilmu.
kalo saye g kls, kls saye abes pkul 10,
anda ingt saye xsolat teraweh sndrik ke?
solat teraweh bukan nye wajib berimam.
solat teraweh tu solat sunat.
saye dpt 2 skaligus.
saye dpt ke kelas dan dpt pahala sbb belajar, and saye dpt pahala utk solat sunat. (insyaAllah).

tolonglah jangan nak assume things you dont know.
walopn skadar gurauan.

THINK.

sbb tu Islam suh fikir dlu sblm bcakap.
anda seniors, anda lagi byk ilmu dr saye.
jgn sbb my appearance anda kate saye malas ke masjid.

pegi bukak buku ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR balik.


credits to Brotherhood Arts.

p/s: no hard feelings. saye cume ingin menekankan mngenai hal assuming and judging a person. pergi bukak Quran, surah al ahqaf ayat 9 and surah al ghasyiyah ayat 25 dan 26.


p/s/s: sorry kalo emo lbey.

Friday, August 6, 2010

kami tak berzina!

Anda Sedang Bercouple?
www.iLuvislam.com
Diforwardkan oleh: afdhal87


1. Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


2. Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu pn.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


4. Tidak semestinya semua orang yg bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.


6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.


7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


8. Ish. Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


9. Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi. Salah ke?
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula tu.


10. Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.


11. Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


12. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


13. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?


14. Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.


15. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

16. Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


17. Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


18. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


19. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!


20. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )


21. Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

"Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka."



*sekadar peringatan bersama, terutama buat diriku. wallahu'alam. [^^,]

Thursday, May 13, 2010

baik.

nassalamualaikum. :)
dan salam sejahtera.

erm2.
nk cte ape pn xtaw.
hahaha.
da sebulan kt uma neh,
tataw pn ape yg da saye bwt.
yg saye taw,
berat saye nek!
haiyoooo!!!
ahahaha.
tensi2!!!! (~~")

ptg smlm ulang bace novel Versus - Hlovate.
sje bce balik. bosan2 kn.
hehe.
meh nk msuk pd topic yg sbnr.

kalo ttbe de owg tnye anda, apekah definisi "baik"?
pe kowg nk jwb?
sgt tertarik dgn ayt2 dlm Versus.
"baik" tu, sape2 yg beriman dgn Allah, die baik.
dlm Quran da gtaw lam surah Al-Baqarah: 208,
"masuk lah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh"

cmne nk msuk ke dlm Islam secara mnyeluruh?
iaitu ble kte amal kan, amar maaruf nahi munkar.
err. amar maaruf nahi munkar tu ape eh?
mksd nye, bwt ape yang DIA suruh, dan tinggal kan sume larangan Nya.
cnth la kan.
owg akan kate, pmpn yg pkai tdg tu, baik dan pmpn yg xpkai tdg tu jht.
tu stereotype pny pmikiran.
cnth nye la.
pmpn yg pkai tdg, tp solat xjage, aurat yg len xjage, pergaulan xjage, tu nm nye blom ckup baik lg.
pstu, pmpn yg xpkai tdg, tp jage solat, xkua uma, tetap blom ckup baik jugak.
okay. skrg cnth laki lak.
laki yg ckup solat, jage pandangan, jage adab pergaulan, tp g men bola, pkai short. xckup baik lg tu.
laki yg xpkai short, yg tgo kalo de owg bwt slh, tp solat xckup or solat lambat, ujung2 waktu bwu nk solat, xckup baik lg gak.

menarik kan?
dlm surah An Nur: 26, Allah da bkate,
"perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebalik nya"

kita salu kate kalo bce novel, or tgk cte kt tv ke,
"mn laa nk crk lelaki sbaik tu?"
"ya Allah, nk laki baik cmtu~"
so, kalo kita baik (sebagaimane definisi baik tu), insyaAllah kita akan perolehi jodoh yg baik gak.
pesanan untuk diri sndrik neh. hehe.

semoga kita semua same2 berada dlm golongan yg baik tu. :)

Thursday, March 4, 2010

beritahu pada muslimah itu.

beritahu pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerna pulut santan binasa.
kerna kata badan binasa.

beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian;
ia mencerminkan peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam mana sekali pun.
biar orang kenal,
DIA orang ISLAM. :)

beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis MALU;
kerana malu itu,
sebahagian daripada IMAN. ^^

p/s: sekali lagi peringatan buat diriku dikala aku alpa. terima kasih kepada yang sering mengingati, yang tak putus2 mnyayangi diri ini. terima kasih. :)

Tuhan,
kirimkanlah aku,
yang mencintai Mu,
lebih daripada mencintai ku.
yang mencintai ku,
apa ada nya.
serta pelihara lah diri ku,
untuk dirinya. ameen. :)

Friday, January 29, 2010

hidup adalah?




Hidup adalah nyanyian ------ Nyanyikanlah.
Hidup adalah permainan ----- Mainkanlah.
Hidup adalah tentangan ----- Hadapilah.
Hidup adalah mimpi --------- Jadikanlah kenyataan.
Hidup adalah pengorbanan --- Persembahkanlah.
Hidup adalah cinta --------- Nikmatilah.
~ Sai Baba ~



saye pnh get rid semua neh.
dan saye nak get rid semua neh lagi.
sbb saye xmo rasa sakit mcm dulu.
cuma kali neh,
it's for a different person.

semoga saye lagi kuat.
dan saye tahu saye kuat.
dear Allah, tetapkan hati hamba ye. :)



Thursday, October 15, 2009

condolence. may they rest in peace. Allahumma ameen.

assalamualaikum wbt.
dear people,
dalam sebulan neh,
da 2 berita kematian saye dgr.
dua2 melibatkan owg2 yg berada rapat disekeliling saye. T__T


berita 1.
26 sept 2009.
time tu saye bsama mama dan adk2 pmpn saye g shopping sambil carik baju melayu plain for my bro, afiq for his MRSM's convo.
ttbe saye dikejutkan oleh satu msg dari marhan.

"ja, ayah ali meninggal ke?"

"eh. mn awk dgr?"

"jiran ali tu kwn kakak saye. akak tu la gtaw ayah ali mninggal. cbe msg ali"

i was very very shocked!
tros msg ali.
but no reply.
nk call, cm serba salah lak.

so i waited for his reply.
ttbe marhan msg lg.


"ja, mmg confirm ayah ali yg mninggal. after subuh td. lps zohor japg solat jenazah."

saye terdiam. innalillah.
gtaw mama.
air mata cm nk jatuh bderai.
tahan tahan.

msg ali lg.

"ali. heard bout your dad. takziah. be strong! moga die tenang disane dan ditempatkan bersama owg2 beriman. ameen."

xtaw la cmne ali faced berita neh.
bru je 2 3 hari before tu tgk gmba raya ali and family.
huhu.
then terbaca kt fb.
kt page adk ali, fatimah.

katenye ali skrg emotionally unstable.
xdpt nk trime kenyataan lg.
siyesly,
i know, ali mmg rapat gle ngn ayah and mak die.
die ank sulung. laki plak tu.
skrg tggungjawab sume terletak atas bahu die.

ali, be strong okay!
aku taw mu kuat. jadi la kuat utk mak and adk2 mu.
ktore saim2 mu tetap ado kalo mu nk mntk tlg.
ayah mu mesti xsey tgk mu sedih2 gni.
be strong okay!
doa byk2.
may he rest in peace.
semoga pkck che azlan ditempatkan di syurga bersama owg2 beriman.
ameen. al fatihah.

berita 2.

14 oct 2009.
tgh dlm kls ungs - Fiqh and Ethics for Everyday Life.
tgh ngntuk2, sengguk2 dgr sir aja.
tgh elok2 landingkan kpale atas meja,
marhan pggl dr blkg.


"ja, ade ke nm muallimah nazirah sidek kt smi dlu?"

"yup2. ade. knape?"

"mlmh bru je mninggal. car accident."

*marhan bg fon die. bce msg dr mlmh sakinah*

"ya Allah! innalillah." *al fatihah*

dari mate yg tgh ngntuk, tros segar.

chck fon kot2 ade gak owg fwd msg psl brite neh.
tade pn.
maybe fwd kt fon celcom.
alamak. fon celcom tggl kt bilik.
dgr cte nye,
mlmh nazirah lam perjalanan nk amik anak die yg berusia 8 bulan dr nursery.
mlmh baru je balik dr skolah.
suddenly de kete lggar kete mlmh.
drunk driver drpd sumber yg cte.
kt wakaf baru.
meninggal kt hospital.
huhuhu.

lam kls tu,
mate da berair.
ttbe kenangan ngn muallimah nazirah dtg.
ya Allah.
kuatkan lah kami semua dgn berita ini.
pemergian muallimah sgt dirasai.
kt skola dlu,
mlmh aja bahasa arab tinggi ngn pendidikan quran sunnah.
byk ilmu nlmh tggalkan kt kami sume.
saye da lame sgt2 xjumpe mlmh.
last jumpe kalo xsilap form 5. awl2 tahun.
sbb mlmh kawen, then dpt JQaf.

tros xjumpe da rse nye after that.
almost 3 years. :(

sjk bulan puasa hari tu,
mate kiri neh asyik bergerak2.
penah dgr owg kate,
kalo mate kiri bergerak2 tu,
de owg terdekat nk mninggal.
saye takot.
sgt takot.
but then kwn saye kate,
xde pape kot. maybe sbb saye migrain.

time dpt berita kematian ayah ali,
mate saye stop bergerak2.
tp 2 hari je.
then gerak2 balik.
smpai la smlm dpt berita kematian mlmh nazirah,
mate saye stop bergerak2 lg skali.
petanda kah?
dlu sebelum dpt berita kematian ayah marhan,
mate kiri neh pn bergerak2. sminggu.

after dpt news tu,
tros stop.
huhuhu.




kepada mlmh nazirah, *i know mlmh xkn dpt bce. just luahan rase saye*
kte rindu sgt kt muallimah.
muallimah nk taw x,
my naqibah for halaqah sem neh muke die nk sme ngn muallimah.
ble tgk muke akak naqibah tu,
mmg teringat mlmh.
lately mmg asyik teringat mlmh.
xsangke mlmh da pegi dlu.
*tears*
semoga muallimah tenang di sane.
semoga berada bersama owg2 beriman.
semoga kte dpt berjumpe di akhirat sane nnt.
terima kasih utk segala ilmu yang dicurahkan.
tenanglah disane bersamaNya.
ameen. al fatihah.

ajal maut ditangan Tuhan.
kte xtaw ble plak turn kte.
selagi hidup neh,
byk kan lah amal ibadah.
sebagai bekalan utk kite di sane nanti.
peringatan terutama nye buat diri sendiri dan juge anda semua.
may Allah bless.
ameen ya Allah. ameen.

Monday, August 17, 2009

ramadhan, aku menanti mu.

♥ ♥ ♥


salam 'alayk.
ramadhan is just around the corner.
3 days left.
siyesly, xsabar sgt nk ramadhan.
ramadhan mngajar kite untuk mndisplinkan diri.
bukan stkt mnahan diri dari lapar dan dahaga.
ramadhan mngajar kite untuk lebih bersabar.
untuk lebih bersyukur, mngawal nafsu dan banyak beribadah.
ya Allah,
seandainya ramadhan kali ini adalah ramadhan yg terakhir bagiku,
aku mohon ya Rahman,
jadikan lah ramadhan kali ini ramadhan yang paling bermakna dan terbaik bagi diriku.
kurniakan lah daku kekuatan bagi menempuhi hari-hari ku.
berilah aku petunjuk Mu ya Rabb.
berilah aku petunjuk Mu dikala aku buntu.
tunjukkan lah aku jalan yang benar dikala aku kesesatan.
permudahkanlah segala urusan ku ya Allah.
tetapkan lah iman di hatiku.
kurniakan lah aku rahmat kasih sayang dan hidayah Mu.
bantulah hamba ya Rahim.
sesungguhnya, aku lemah.
aku lemah tanpaMu ya Allah.
kuatkanlah hamba.
kuatlah hati.
tenanglah jiwa.
ameen. ♥

Friday, August 7, 2009

kata hati kepada hati.


dearest raja siti afiqah, ♥

alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya..

begitu jugalah dengan kehidupan manusia.
riang, ketawa, sedih pilu,
hanya Allah swt yang tahu rahsia kehidupannya.

jika rasa kecewa dan putus asa, pandanglah ke sungai,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.

jika rasa sedih,
pandanglah ke langit,
maka dirimu akan sedar bahawa Allah sentiasa ada.



Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku diampunkan
Ingin bahagia, Dunia akhirat
Turunkan rahmat-Mu untukku

friendship = endless love. ♥


friends and love.




Walau kita punya kekasih,
teman tetap paling setia.

Walau kita punya harta banyak,
teman tetap paling berharga.

we can live without love.
but not without friendship.

[CAWAN] yg berisi kopi tp xde gula tentu pahit bila ditelan.
[LAWAN] kalau ada tumbuk menumbuk, kita akan rasa sakit.
tapi kalau..
[KAWAN] macam mana pahit dan sakit nya dia buat kita, dia
tetap yg terbaik dalam hari2 kita. ♥
titik.

Monday, July 20, 2009

Allah tahu. ♥

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan,
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah.
walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap,

Allah tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...