.

Showing posts with label cintahati. Show all posts
Showing posts with label cintahati. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

belated wishes.

assalamualaikum wbt.








ehem. walaupun dah agak terlambat,
tapi saya nak tetap nak ucap jugak.


Eidul Adha Mubarak!
Maaf Zahir dan Batin. ;)


raya tahu neh macam biasa lepas solat sunat hari raya,
kami ke Selising, Pasir Puteh untuk mengerjakan ibadah korban.
tahun neh empat ekor lembu disembelih didepan mata.
keempat-empat lembu tenang je. hihi.
dorang da tahu kot dorang akan masuk syurga. :)


semoga ia akan menjadi tunggangan kami ke syurga. ameen. ^^


pejam celik pejam celik, cuti dah nak sampai ke penghujungnya.
huwaaaa rase baru semalam sampai rumah dah nak kena balik UIA berjuang. sobs!
memang isnin neh kena pergi berjuang dekat department accounting pon.
my practical training akan start on 16th January 2012. 
my final paper utk final exam ialah pada jam 230pm on 15th January 2012!
mesti la exam tu abes 530pm.
pastu bilanye aku nak kemas segala khazanah alam tu?
dala akan berada di Kelantan for 9 months nanti.
if UIA x bagi letak barang dekat dalam store cmne?
pastu nak rushing balik rumah lagi.
kalau bas mesti jam 10 malam.
kalau flight kena amik last flight la nampaknye.
urghhh!
mati laaaaaa ai~ =,="


tak paham nape Dept nak sangat suruh start 16th tu. 
start je la 1st Feb. 
kan senang company nak bagi allowance. huuu.
da tu nanti cuti CNY pulak end of January tu. 
eee tak paham! *emo emo :P*


eh seronok pulak aku menaip panjang2 post neh kan?
tak sedar diri esaimen duk flying kiss dari tadi. hiks! :P


p/s: "hasbunallahu wa ni'mal wakil - (ali-imran: 173)" ^^
p/s/s: terima kasih kerana sentiasa doakan diri ini. it tears me knowing that you still remember me. lagi-lagi in your doa. i dunno whether betol ke tak, but i thank you. thank you, sahabat. thank you for the wishes and doa. thanks for the thoughtful thoughts. :)


much love. ♥


Friday, November 4, 2011

my sweet 22. ;)

assalamualaikum wbt.


hai hai!
ehehehe. terlebih ceria laa pulak kan? ekeke.
ye. saya sudah genap 22 tahun pada 2 november lepas.
Alhamdulillah.
365 hari telah berlalu.
365 hari yang penuh dengan macam-macam perkara.
yang gembira, yang sedih.
ada yang datang, ada yang pergi.
yang mengajar itu dan ini untuk saya lebih kuat mengharungi masa depan.
semoga 365 hari akan datang akan lebih bermakna.
a year older, a year wiser.
insyaAllah. ;)


tahun neh saya dapat dua birthday cakes!
terharuuuuu yang amat! :') :')


from kak hanem. <3




pada malam 2 nov, 930malam,
my ex-roommate, kak hanem telefon.
saya yang ketika itu baru jee tersedar daripada tidur akibat keletihan dan PMS,
menjawab fon dengan penuh mamai-mamai.


kak hanem: "awak kat mana neh?" 
saya: "kte kat bilik." 
kak hanem: "baru bangun tdo ke neh?" 
saya: "ha'ah. hihihi" 
kak hanem: "oh okay lah. bye!" 
saya: "itu jee? itu ajee?" 
kak hanem: "ha'ah la. tu je. bye." *talian diputuskan*


time tu mood da berbolak-balik da sebab kak hanem tak wish pon birthday saya.
i thought she forgot.
tak lame kemudian dalam 10 minit lepas tu,
dapat satu sms daripada kak hanem,


"kak anem ade nak bg something dekat awak neh. kak anem letak dkt pondok dekat post pakgad. turun sekarang tau."


saya dengan keadaan yang masih mamai me-reply,


"neh main2 ke betol2 kak anem?"


tak sampai 10 saat kak anem reply,


"neh betol2 laa bukan cobaan!"


hahahaha. teros saya capai tudung yang da tersedia pastu turun ke pondok yg dikatakan.
dengan muka yg tak basuh nye baru bangun tdo,
saya mencari-cari kelibat kak anem.
tapi tak nampak la pulak sape2 dekat pondok tu.
yang kelihatan satu kotak kecik dalam plastic.
tengok ada satu kertas atas kotak.
it's from kak hanem. :')
teros berderai air mata saya.
memang lebat jugak laa air mata menitis. hahaha.


pastu saya pun pulang ke bilik bersama kek tu dengan air mata masih belum mahu berhenti.
sampai-sampai bilik, cik zati ade depan muka pintu bilik saya.
kesian zati sampai terkejut tgk saya sedang nanges.
hahaha. lawak je kan zati? ekeke :P


from zati, myra, leya dan BK. <3<3<3<3




pastu tadi pukul 1030malam,
sejurus selepas saya dah siap packing bag untuk pulang ke rumah tercinta esok pagi,
cik zati, cik myra, cik BK dan cik leya datang pulak buat surprise dengan sebiji lagi kek.
huwaaaa. time tu mmg terkejutttt sgt!
tapi airmata tak boleh nak menitis dah sebab penat packing bag. hahaha. 
tapi siyes korang sangat2 superb! :')


my dear family, bestfriends and friends, 
thank you for the wishes, thoughts and the doa. 
cant thank you guys enough. 
semoga Allah juga merahmati kalian. 
sayang korangggg ketat3! ♥




from nur aqilah usri. <3<3




p/s:

My heart is a kite

held by a string
in the middle of a storm

O Allah,
I’m not asking You
for a calmer storm
Rather, I am asking You
for a thicker string

O Allah,
I’m not asking You
to end this storm soon
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends

                             
much love. ♥

Monday, September 26, 2011

terlambat!

assalamualaikum wbt.
mak aih! 
tepat satu bulan saya tak update belog neh.
maaf! sorry! mianhae! asif! heeee


dek kerana kesibukan dengan segala benda di campus,
saya tak berkesempatan nak update. (padahal ada je masa, tapi entah kenapa tak sempat jugak. T_T)
maaf eh!
ber-blogwalking ke belog kawan-kawan pon tak sempat. adehh. maaf3!


*bajet ada orang tunggu kau update lettew* :P


syawal pon dah nak berakhir kan?
alhamdulillah.
i've completed my puasa 6. :)
semput jugak kejar masa takot tak berkesempatan nak selesaikan puasa 6. hehe


ohh. i'm in my week 3 here in UIA!
yup. i'm now 3rd year 2nd semester.
tahun depan bulan February akan menjalani internship selama 6 bulan. *cuak!*
dalam dua minggu berada di UIA,
macam-macam da berlaku.
pada weekend pertama,
sabtu, kami berkonvoi raya macam tahun2 lepas. :D
ahad pulak saya dan Cik Lela ke Shah Alam ke wedding kak Kina. hihi.
on weekend kedua,
on khamis (22/9) ada eid gathering EMSS.
jumaat (23/9) bermovie with girlfriends menonton Johnny English Reborn.
it was superbly hilarious! like like like! hahahaha.
dan ahad (25/9) pula, berlunchdate dengan schoolmates. hihihi.


orait. mahu bersiap2.
kelas pukul 1130!
oh ye. semester neh kelas saya start 10 pagi dan 1130 pagi TAAAAAAPI tiap2 abes kelas pukul 7 malam dan khamis pada pukul 830 malam. :(








much love. ♥

p/s: jangan sentuh hatiku. jangan permainkan jika tahu. jangan beri harapan jika tak mahu. please please.


p/s/s: selamat pengantin baru kak Siti Nurhanim dan suami serta kak Sakinah Suhaimi dan suami! mabruk! barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma! selamat bercinta hingga ke syurga. :)



Sunday, August 7, 2011

mari ke dapur.

assalamualaikum wbt.

baru selesai memerap ayam dan kambeng untuk dibakar kejap lagi.
hehehe.
ape menu berbuka korang hari neh?
tak kisah la buka makan ape pun,
yang penting jangan berlebihan dan mengganggu ibadah nanti ye. :)




semalam kawan-kawan kak ngah datang iftar kat rumah.
tiap kali ada orang datang untuk makan,
selalunya satu family akan turun ke dapur untuk masak.
dan ketua chef nye ialah papa.
dibantu oleh mama.
saya ialah budak suruhan.
hahaha. tapi salunye part dessert ialah part saya.

yes.
papa sangat pandai masak.
mama pun!
tiap kali raya or buat konon open house,
papa dan mama dan masak macam2 jenis makanan kat dapur.
dan sepupu serta kaum kerabat saya tahu akan kesedapan papa dan mama masak.
kadang dorang datang sebab excited nak makan masakan papa dan mama.
hehe :D

my adik2 pun pandai masak.
even firdaus yg berusia 12 tahun tu.
dan kami adik beradik masak ikot gaya papa.
campak masuk je ape yang ade.
semua tu influence rancangan masakan kat tv.
hahaha.
dan if kat tv tade rancangan yang best,
maka channel AFC dan juga channel Asian Food Network akan menjadi pilihan.
pastu mula la nak try buat itu ini. :P

dear future hubby,
awak tak perlu pandai masak pun if awak tak reti.
jangan risau.
cuma saya harap awak akan makan masakan saya dengan ikhlas walaupun tak sedap. hehe.
tapi if awak pandai masak,
tu bonus la untuk saya.
tade la saya masak, saya makan.
nak jugak awak masak, saya makan.
hihihi.
takde la nak suruh awak masak tiap2 hari pun,
on special occasion ke, wat surprise ke. hehehe. *okayyy da berangan. :P*

p/s: semoga aku dapat bersabar untuk 4 bulan je lagi. ameen!

p/s/s: dear future hubby, this one is for you. "cintai aku dengan hatimu seperti aku mencintaimu. ♥ "

p/s/s/s: ohh gediknyaa kau. tak payah nak eekk ekkk sangat laa~ meluat. titik.


much love. ♥




Monday, August 1, 2011

ramadhan datang lagi! :)

assalamualaikum wbt.


Ramadhan is finally here!
alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan.
tapi tak tahu la kan sempat merasai Ramadhan hingga ke akhirnye ke tak. 
ajal maut di tangan Tuhan.
kita sebagai hamba neh kena selalu ingat dan selalu berdoa agar dipanjangkan umur dan dimatikan dalam iman.
bak kata Syam Kamikaze dalam Bicara Selebriti yang saya pergi semalam,
kalau umur panjang sampai 1000 tahun pun, tapi amal ibadah, solat tah kemana-mana, tak guna jugak.
so jangan la minta doa umur panjang je. 
minta lah juga semoga matinya kita nanti mati yang sempat mengucapkan syahadah. :)


alhamdulillah juga tadi berpeluang berterawikh di masjid.
raaamai sangat tadi. hehe. ;)
semoga Allah berikan ku kekuatan untuk melalui Ramadhan ini dengan sempurna.
kalau boleh Ramadhan kali neh saya nak tenang je.
sebab bila Ramadhan kita boleh mendisiplinkan dan mengawal diri.
saya nak kawal dan buang segala apa yang tak perlu saya fikir dan yang tak perlu saya rasa. :)


tiap kali Ramadhan tiba,
saya akan amat tersangat rinduuu pada kenangan di CFS Nilai. :')
ohh i wish i could go back to the time.
sebab Ramadhan itu saya rasa Ramadhan saya yang paling bermakna.
ohhhh RINDUUU! ekeke. :P


Doa malaikat Jibril menjelng Ramadhan "Ya Allah tolng abaiknpuasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukn hal2 berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dulu kpd kedua orang tuanya (jika masih ada)
 
* Tidak bermaafan terlebih dulu antra suami isteri; 
* Tidak bermaafan terlebih dulu dgn orang2 sekitarnya. 
Maka Rasulullah pun mengtakn Amiin sebanyak 3 kali.


saya nak minta maaf untuk semua salah dan silap saya.
ampunkan semua kekhilafan diri saya.
maafkan andai ada hati yang terguris dengan mana-mana kata dan perbuatan saya.
semoga Ramadhan kali ini memberi seribu penuh makna kepada kita semua.
salam Ramadhan Kareem. ^^


p/s: batuk makin menjadi-jadi. da seminggu tapi tak baik-baik lagi. huhu. 


selingan;
Ramadhan 2010.
kelihatan kucing ku bernama Spicy sedang minum air. jam menunjukkan pukul 3 petang.
a-ah: sedaaaapnyee tengok Spicy minum. terliur nye. *telan air liur* 
hahahaha. adoii. kucing minom air pun boleh tergugat puasa budak kecik tu. semoga Allah kuatkan imanmu, adikku sayang. :D


picnic @ Taman Tengku Anis. 29th July. ;)

RV for them. :)

Aisyah Hanaan dan bundanya Indah. :)




much love. ♥






That feeling you get when you see something that upsets you and your stomach drops and a lump forms in your throat and your eyes swell with tears and your body begins to shake and your heart is racing and your head is spinning and you feel the blood drain from your face and it feels as if you’re about to explode and then that first tear drops and you just break down as your body uncontrollably shakes and you gasp for air as you choke back tears.





Wednesday, July 27, 2011

cerita hati.

assalamualaikum wbt.


mood berholiday dah habis.
sekarang mood driver dan baker kembali. kikiki.
i would say, i had an awesome jalan-jalan makan angin. hihi ♥
sukaaaa! 
hope nanti plan vacation dengan kawan-kawan menjadi realiti. tak sabarr! :DD







my fav. :)







sebenarnya ada je cerita nak beritahu.
tapi sifat malas nak mengarang bercambah-cambah pulak malam neh. keh3.
insyaAllah esok lusa ke bila sifat rajin datang, saya post ye. :D


p/s: tadi tengok cerita korea. bila fikir-fikir balik, kesian kan sebenarnye dekat 2nd hero/heroin. tak kisah la dalam cerita korea ke jepun ke melayu ke english ke indon ke, nasib 2nd hero/heroin mmg mcm tu. sebab dorang tak dapat orang yang mereka nak. sbb terpakse melepaskan demi hero/heroin tu. yelaa. cinta tak boleh dipaksa kan. cerita Nora Elena pn mcm tu gak. tapi what to do kan? hmm. 


p/s/s: saya nak ia terhenti.


p/s/s/s: gila tak kalau beritahu mama suruh carikan jodoh? kikikiki :P penat la beremosi dengan hati.


much love. ♥



Saturday, July 23, 2011

pantai.

assalamualaikum wbt.


sekarang berada di Cherating.
da dua malam.
tadi petang ke pantai dengan adik-adik.
seronok sangat kene angin pantai. 


saya duduk seorang diri sambil memerhatikan pantai.
subhanallah!
indah. :)


ku lihat laut.
ku lontarkan segala beban di hati.
biarkan angin membawa ia berlalu pergi.
segala kesedihan, segala kesakitan, segala bebanan.
kerana hati ini milik Allah.
bukan milik ku.
bukan milik kita.
bukan milik sesiapa.
milik Allah.
kerana hati kita Allah yang pegang. :)













much love. ♥


p/s: Ramadhan countdown. 
p/s/s: i've decided. to let go. ini yang terbaik. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...