.

Showing posts with label cabaran 30 hari. Show all posts
Showing posts with label cabaran 30 hari. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

mari gelak tergolek. ;P

assalamualaikum wbt.
pertama sekali,
alhamdulillah.
da habis pun 3 papers midterm saya.
penat otak study untuk exam berderet neh.
there goes my precious weekend.
haihhh.


minggu yang kelam kabut sangat sebenarnya.
sebab sir DMC kami tiba-tiba buat kelas tambahan pada malam hari untuk belajar part calculation.
terumbang-ambing jugak la last week. agaga.


pada suatu maghrib di surau KENMS,


kakak: adik duk sini sampai pukul berapa ye? 
saya: sampai 830 sebab kelas 830. nape kak? 
kakak: anak akak tidur. akak tak sampai hati nak kejutkan dia. tolong tengok kan kejap boleh? akak ada kelas. nanti awak nak g kelas, awak miskol husband akak. neh no dia. miskol je, nanti dia datang sini ambil anak akak. 
saya: *terkedu dan salin no husband kakak tu* ohh. okay2.


selepas saya, aiza dan aida bersiap-siap pakai tudung untuk ke kelas dan oleh kerana jam baru 810, 
kami pun saja duduk dekat baby kakak tu. 
nyenyak nyeeee dia tidurrrr~
tiba-tiba dia tersedar dan nangis!
kalut kejap. hahaha.


aida: piqah. miskol husband kakak tu. *sambil mententeramkan baby tu* 
saya: okay2.


tuttt tuttt. *bunyi caller ringtone*
tak sempat nak cancel call, husband kakak tu angkat.
hailaaa. ingat nak miskol je.


saya: err. assalamualaikum, hello? 
husband kakak: haa. ye. kenapa? 
saya: *tergagap-gagap* errr. anak... errr.. anak... *dalam hati: anak ape neh nk cakap? anak awak ke? anak encik? anak abang? anak saudara?* errrr. anak awak da sedar. 
husband kakak: okay2. 
*letak fon*
aiza dan aida: anak AWAK????!! SEDAR???!!! HAHAHAHAHA. anak dia bukan pengsan laa piqah! HAHAHA. =))


huwaaaaaaaaa. aiza dan aida da gelak separuh mati da.
saya lagi laaa.
da terguling-guling malu dlaam surau tuuu.
maluuu nyeeeee!!!!
sumpahhhh failed bahasa melayu. adoi laaaaaaaa. 
hahahaha.
cerita dekat Amira J and Seha, dorang pun gelak jugak.


myra: piqah neh. macam doktor pulak cakap "anak awak da sedar." hahahaha. 
saya: huwaaaa. da tu nak cakap ape? "anak encik" ke? takkan nak cakap "anak tuan"? sounded macam bibik pulak. hahahaha. 

adoi. maafkan kesengalan saya ye. heheee. ;D
okeh. enough da dengan cerita sengal tu.
nak tunjuk gambar-gambar saya ketika bermastautin di Edinburgh, Scotland 9 tahun yang lepas.
hehehe.
hari tu balik rumah, papa tunjuk.
saya pun hampir terlupa ada gambar-gambar tu.
ingatkan da hilang.
tak sangka papa ada simpan. heeee. ;D


neh adek. hahah. comey je time neh. :P

neh la Edinburgh. capital city of Scotland, UK. ;) rinduuuu.

dengan papa and acah. acah pendek ag time neh. sekarang lagi tinggi dari saya. heh.

berangin~ haha.

mama and adek dengan scottish man. adek nangis takut. keh3.

neh afiq. pun pendek time neh. tapi sekarang mmg kene dongak bercakap dengan dia. 

neh kak ngah. :D

cuba teka neh sape? ahahaha. berusia 12 tahun. 

kak ngah, saya, scottish man, afiq, acah, gee. ♥

hari raya EidulFitr. raya pertama di perantauan.

first snow! heeeee. 25 Jan 2002. ;)


p/s: crush jeee. crush tu minat. minat tu admire. that's all. ;)
p/s/s: neh cabaran hari kelima untuk cabaran 30 hari - a photo of you two years ago. tapi saya tuka kepada a photo of me nine years ago. ekeke.

p/s/s/s: da makin jatuh cinta dengan tumblr la pulak. huahua.


much love. ♥

Thursday, January 20, 2011

my most favourites. ;)

assalamualaikum wbt.

neh adalah cabaran day 04 untuk cabaran 30 hari.
day 04; your favourite photo of your best friends. 
hehehe.
maap le lambat sikit.
pabila ada orang da mula bertanya bila nak post day 04 neh,
dan ugut nak tarik balik permission untuk letak gambar dia,
saya rasa baik saya post cepatcepat. hihihi. ;)

o ye.
susun atur gambar adalah mengikut berapa lama saya kenal mereka ye. 
bukan ranking by number ke ape.
sebab, walauapapun, they're my most favourites! ♥
mari kita lihat siapa yang kena~ ;DD


nama yang diberi ialah Nadiah Ahmad Sabri a.k.a Nadia.
sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di UKM Kuala Lumpur.
sama tadika, sama sekolah rendah, sama sekolah menengah.
tapi hingga tingkatan 3 je sebab nadia masuk MRSM time tingkatan 4.
time tadika pernah berjanji nak masuk universiti yang sama.
tapi oleh sebab aliran kami berlainan, maka saya di UIA, nadia di UKM.
ehehe. ;)
oleh sebab kami kenal time kecik sangat2, 
so tak dapat nak ketahui the exact tarikh kenal tu bila.
tapi bila di tambah darab tolak bahagi,
kami da kenal lebih kurang for almost 18 years.
been best friends since the date till now.
lama kan? ♥


nama di beri Athirah Othman a.k.a Tyrah.
sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di MMU, Cyberjaya.
first impression dulu rasa dia tak friendly and tak tahu kenapa saya takot dengan dia.
 agagaga.
kenal sejak darjah 1,
tapi mula sekelas since darjah 4.
her family da macam my family. hihi.
dekat sekolah kami dikenali sebagai twin.
pergi mana mana mesti ramai tertukar sampai laa sekarang.
known each other for almost 11 years.
been best friends since forever.
hihihi. ♥


nama diberi Nik Marhan Nik Ab Rahman a.k.a Mc An.
sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UIAM, Gombak.
kami satu universiti, satu sekolah menengah dan juga satu sekolah rendah.
kami juga jiran! hahaha.
seorang yang pendiam sejak sekolah.
sampai sekarang pun pendiam.
tapi dengan certain orang,
dia boleh jadi kecoh jugak laa.
kenal since darjah 4.
been best friends sejak tingkatan 2. ;)
♥ ♥


nama diberi Amira Jamil a.k.a Myra.
ohh. neh bukan rakan sekolah da.
kami ditakdirkan berjumpa dalam sebuah bilik kecil iaitu 417B, Zainab College, Centre For Foundation Studies IIUM, Petaling Jaya yang mempunyai 2 katil double decker; means 4 katil laa kan.
berasal dari Sungai Petani, Kedah.
sama macam saya, myra mengambil jurusan Perakaunan.
kami kenal pada tarikh 24 June 2007.
ini bermakna da kenal myra for almost 3 tahun 7 bulan.
mempunyai seorang adik bongsu yang sangat comey dan kelakar bernama Amani a.k.a money. :DD


nama diberi Nur Aqilah Usri a.k.a Qlaa.
sama course jugak dengan saya. hehe.
cik qlaa adalah my partner-in-crime.
kenal dalam bulan July 2007.
first met and first talk dalam kelas Religion in Malaysia yang sejuk ala-ala peti ais tu.
suka tengok cerita korea and suka rebut oppa-oppa korean yang handsome tu dengan saya.
itu menunjukkan kami mempunyai persamaan iaitu suka lelaki korea yang handsome. hahaha. ♥
dan ohh. cik qlaa neh budak lompat.
so dia mude setahun.
tapi bila lepak sama-sama,
saya rasa saya yang muda setahun. :P :P :P


afiq semasa zaman kurus. sekarang dia da makin gemok. so sila tambah dan bayangkan beberapa kilo lemak pada gambar ini. agagaga

nama diberi Muhammad Afiq Dosmy a.k.a Afiq.
mengambil jurusan Ekonomi, universiti yang sama. hihi.
kenal dalam bulan July 2007 jugak sebab sama kelas arab.
tapi mula baik pabila saya kena jadi person-in-charge untuk Persatuan Silat Gayung untuk Sports and Martial Arts Carnival semasa d Centre For Foundation Studies IIUM, Nilai.
ohh. dan afiq neh adalah President Persatuan tu.
so mula baik sebab kena kerja bersama.
dia juga merupakan kembar nama saya.
tapi saya kakak la.
kakak tua sebulan 20 hari. kehkeh. :P


nama diberi Muhammad Faiz Muhamad Arif a.k.a Faiz.
kenal melalui Yahoo! Messenger.
tapi sama universiti jugak. 
cuma faiz dekat kuliyyah Human Science, 
ambil bidang Mass Communication. (xreti nk translate BM. haha!)
afiq yang kenalkan sebab conference YM.
kenal dalam bulan April 2008.
first bercakap time faiz masuk gombak iaitu May 2009.
tu pun sebab dia pesan suruh beli keropok keping yang tak masak lagi tu 2 kilo. haihh.
da bertunang sebulan yang lepas!
sedang menghitung hari menanti hari bahagia nye.
jangan lupa jemput aku! :DD



nama diberi Mohd Zulhelme Mohd Yusoff a.k.a Zul.
sama macam afiq, zul pun bidang Ekonomi and sama universiti.
kenal dalam bulan puasa dekat Nilai dulu iaitu September 2008.
kenal pun sebab ada kawan dia mintak tolong ajarkan nak buat database untuk presentation project subject Computer 2.
so sejak tu laa kenal.
i called him ayah kadang-kadang.
kenapa? lupa dah sebab. agagaga!
ohhh! point penting sebelum terlupa.
sangat kuaaaaaaaaaattt bergossip!
pantang jumpa saya, mula la bergossip dengan dia.
hahaha. sengal je.
tapi dia banyak bagi kata nasihat time saya berada di zaman kesedihan yang melampau dulu. thanks! ;)



dan akhirnya,
nama diberi Muhammad Khairi Azmi Kassim a.k.a Gemok. eh silap. Kyrie. :P
kenal pada 1 April 2009 dekat Library IIUM.
again, kenal sebab afiq sebab die kawan kepada afiq.
mengambil jurusan yang sama dengan saya, myra dan juga qlaa.
seorang yang sangat-sangat unpredictable. :P (mentang2 tadi buat colour test tu kan? haha!)
tapi dia lah yang selalu jadi telinga.
dengar aje apa yang saya bebel.
tak kira la bebelan sedih ke, gembira ke, marah ke, bosan ke.
dengorrr aje die.
kadang-kadang risau gak susahkan die sebab asyik terpakse kena dengo je kan tanpa sebarang complain. huhuhu.
tapi dia seorang kawan yang best sangat walaupun dia suka sangat kutuk2 dan kenakan saye. haihh. hahaha.
i owe you loads!
thank you! ;) ;)


p/s: gambar nadiah ada 2 sebab both are my fav. tak tahu nak pilih mana satu. ekekeke.
p/s/s: maaf laa ye if saya letak gambar without asking for permission dulu. huhu.
p/s/s/s: tak semestinye anda tiada dalam list ini, anda bukanlah favourite saya. maaf kepada yang terasa hati. :)


*sakit pinggang da duduk menaip neh. akhirnye dari pukul 12 malam, siap jugak pukul 3 pagi. ~ ceh. gaya macam buat esaimen. :P:P*


much love. ♥



Friday, January 7, 2011

cerita cinta.

assalamualaikum wbt.
hai awak, awak dan awak awak semua. :)
neh adelah post pertama untuk tahun baru 2011.
agak lambat laa kan sebab da seminggu 2011 menjenguk.
tapi saye nak jugak ucap,
semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun yang sebelum-sebelumnya. kullu 'am wa antum bikhair. happy new year 2011! ^^

so, ape azam anda tahun neh?
make sure anda cuba untuk memenuhi azam tu ye.
jangan buat pekasam plak. agaga.

ape azam saya tahun neh?
well, azam saya tiap2 tahun same je.
nak tahun ini dipenuhi dengan perkara2 yang happy dan indah je.
nak tahun ini menjadi a memorable year. 
senang cite, nak tahun neh lebih baik dari tahun-tahun yg lepas. :) :)

o ye.
untuk cabaran 30 hari tu, nantikan update day 04 nye ye.
on the way da. tgh draft lagi. heee. ^^,

meh nak share satu lagu best. 


mataku terlirik senyuman mu
dan bila jelingan pertamamu
terpancar keikhlasan
di balik keayuanmu

bagai mentari terangi siangku
bagai rembulan suluhi malamku
tika hadirmu dalam cerita cintaku

berputik cintaku untuk dirimu
saatku cerita isi hatiku
kau balas kisah kasihku
terima cinta ku

c/o

kau hadiah tuk ku syukuri
hiasi mahligai cintaku
dan kini ku tahu hanya kau
selalu kurindu

kau hadir beriku bahagia
kau beri cinta yang ku damba
duhai kekasihku sudikah dirimu
jadi permaisuriku

oh tuhanku satukanlah
hatiku dengan hatinya
kerna hanya kepadamu
tempat ku merayu


okeh sampai sini je ye untuk malam neh. 
nak sambung tengok cerita secret garden.
hyun bin oppa, saranghae! :P :P

new year's kittens. lahir jam 0100, 1.1.11. ;)


p/s: saya suka bila awak buat ayat ala-ala jeles. maybe awak tak jeles pun, tapi ayat awak, seolah-olah. maybe awak tak perasan pun. hihihi. :D :D 

much love. ♥


 

Thursday, December 30, 2010

the perfect first date.




assalamualaikum wbt.
how are you, people?
heee. sorry lama sangat tak update.  
(gaye mcm ade la yg bace blog neh kan. agaga)

been busy and tak punya mood nak update. 
sebenarnye nak tdo da td.
tp tak boleh lelap pulak.
maybe sebab tdo petang.
tadi tengahari pergi derma darah.
dan sekali lagi tangan lebam.
haihh.
tapi seronok!
jd addicted kot donate blood. ngeee. :DD

okeh.
mari kita berbicara mengenai title post pd kali ini.
title tu adalah cabaran ketiga untuk cabaran 30 hari tu.
baiklah.
apekah my perfect first date?
well. saya tak penah date.
yup. not even once.
sebab saya nak date dengan suami saya je.
mungkin akan ada mulut2 manusia yang kate,

"ek eleh. kolot gila kau."

"ketinggalan zaman!"
"tak remaja langsung!"

heh. awak, ade saye kesah ke? ahahaha.

dulu time sekolah saya penah janji dengan diri sendiri.
i wont fall in love dengan mana2 lelaki selain daripada suami saya.
sebab saya rasa kesian sangat if saya bercinta bagai nak mati dengan seorang lelaki neh, but then i married someone else.
poor my dear hubby tu.
sebab i've loved orang lain selain dia. (okeh. sile muntah. :PP)

but then saya macam ala2 break that promise.
then i got hurt.
so saya rasa, padan muka dekat diri sendiri sebab tak tetap pendirian. ahaha.

apa yang saya melalut neh? adoidoi.
hahaha.
so, my perfect first date will be with my dear husband and saya tak kesah how it will be.
but i know, it will be awesome sebab date dengan someone who is made in heaven for you. heee. 
(okeh. anda boleh klik tanda pangkah kt ujung belah kanan sekarang. HAHA)

sebelum saya melalut merapu meraban dengan lebih lanjut,
saya rasa lebih baik saya beradu dulu.
ahahaha.
goodnight, people!

p/s: i know i always troubled you. i know i always made you listened to my boring stories. i know and i am sorry. i'll try not to bother you. well, not that frequent. :) 

much love. ♥

Monday, December 13, 2010

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.

assalamualaikum.
malam neh ade 2 post.
semangat tak?
keh3.



gambar neh diambil pada hari sabtu lepas.
tapi description dan feeling nya hari neh adalah sama dengan hari sabtu lepas.
PENAT.
sabtu lepas saya masuk larian sejauh 10 km.
hari neh takde la masuk apa2 larian,
tapi hari neh saya dan 3 orang lagi kawan ke hulu ke hilir ke sana ke mari selama 10 jam demi meminta secebis belas simpati daripada lecturers supaya dapat add subjects.

alhamdulillah.
usaha dan penat lelah serta peluh2 kami berbaloi sebab berjaya add subject Auditing Fundamentals apabila Head Of Department Accounting approved form kami and classified it as Special Case. thanks Madam Putri Nor Suad for your help. :)

okeh. nak tdo da.
esok kelas pukul 10 pagi.
tapi ada banyak nak kena prepare mental dan fizikal.
ekeke.
au revoir! 


much love. ♥



cabaran, onak dan duri.

assalamualaikum wbt.
apa khabar semua?
heee.
da lame sangat tak update.
duk rumah jadi sangat malas nk berbelog.
adoidoi.
okay. title takde kena-mengena eh.
saje2 je. :P

cuti selama sebulan da pun habis.
hari neh bermula lah hari pertama saya sebagai seorang siswi tahun ketiga!
agagaga.
insyaAllah dkt sini saya akan rajin update.
sebabnye saya nak join kak alah menyahut cabaran di bawah. heee.;D

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
Day 2 – A photo of something you ate today.
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – A photo of yourself two years ago.
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – A photograph of the town you live in.
Day 13 – Your favorite musician and why?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your celebrity crush.
Day 17 – A photo of you and your family.
Day 18 – Something you crave a lot.
Day 19 – Another picture of yourself.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – What’s in your purse?
Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
Day 28 – Your favorite movie.
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of youself today + three good things that have happened in the past 30 days
nampak macam seronok je kan?
lagi satu, by joining this, saya akan update tiap2 hari laa nanti. ngeh3.

o ye.
saya dapat award! hehehee.
award neh diberi oleh kak alah juge.
thanks kakak sayang! ♥







saya beri award neh kepada kesayangan2;

heheh. ;D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...